Catatan

Tunjukkan catatan dari 2014

Banjir - Hujan Rahmat atau Bencana?

Imej
Takziah kepada semua saudara dan kawan-kawan di Malaysia. Banjir yang datang kali ini sedikit sebanyak menjejaskan aktiviti manusia. Ada yang sedih kerana kehilangan harta benda dan nyawa tetangga. Termasuk juga yang berada jauh dari keluarga dan sahabat, walaupun tidak terjejas dek banjir di tempat mereka, hati kecil tetap merasa hiba, atas dasar sedarah dan sebangsa.

Bagaimana Caranya Menyambut Hari Akhirat?

Imej
Gambar sekadar hiasan Sepulangnya dari menunaikan haji pada tahun 98 Hijrah, Amirul Mukminin Sulaiman bin Abdul Malik berniat menuju Kota Madinah untuk menziarahi makam Rasulullah s.a.w. Saat itu, Khalifah Sulaiman bersama orang alim yang ahli dalam bidangnya, iaitu Ibnu Syihab Az-Zuhri dan Raja' bin Haiwah. Amirul Mukminin telah bermukim beberapa hari di madinah. Di sela-sela itu, datanglah utusan dari segala penjuru menemuinya. Selain itu, datang pula para penduduk Madinah dari berbagai sudut kota, para ahli fikihnya, ulama'-ulama'nya, dan juga orang-orang pilihan untuk menemuinya.

5 Idea Gila Yang Berjaya Membawa Kekayaan - Siri 1

Imej
Siapa sangka, kadang-kadang idea yang kita sangkakan gila dan kelakar itu rupanya boleh membawakan hasil yang lumayan? Ada beberapa contoh yang dapat kami bawakan berkenaan idea-idea yang pada mulanya dipandang mudah, namun terbukti telah menjadi terkenal dan menguntungkan! Kami senaraikan 5 idea-idea gila yang telah berjaya menghasilkan kekayaan!

Apa Sebenarnya Maksud T90?

Imej
Siapa ada jersey T90? Korang ada? Aku ada satu. Ok la, kalau tak ada jersey, kasut atau but bola T90?

Top 10 Filem Animasi Paling Pecah Panggung

Imej
Animasi. Siapa yang tak suka tengok cerita kartun? Jangan kata budak-budak, bapak budak pun tengok tau! Ya, aku sendiri suka tengok filem kartun...sebab, best! Lagi-lagi kalau kartun itu ada watak-watak yang cute. Geram! Satu lagi, animasi film ni tak ada babak yang 18 tahun ke atas. Selamat ditonton dan bersih. Jadi, kalau korang baru nak berjinak-jinak untuk tengok filem animasi, ni saya syorkan 10 animasi yang paling pecah panggung! Yang paling banyak jualan tiketnya! Memang terbaik la semua animasi ini. (mungkin anda dapat mengagak dah siapa yang mendapat tempat pertama. huhu)

Gempar! Pelajar Sekolah Agama Mimpi Memijak Kepala Rasulullah SAW

Imej
sekadar gambar hiasan Rasulullah SAW. Insan mana yang tidak mahu bertemu dengan Baginda? Hatta jika dapat bertemu dengan sebaik-baik manusia itu di dalam mimpi sekalipun, maka ia semestinya akan menjadi satu pengalaman yang paling menyeronokkan. Namun, bukan mudah untuk bertemu dengan Baginda walaupun di dalam mimpi. Hanya insan terpilih sahaja yang boleh bertemu dengan Baginda.

Besan dalam Bahasa Inggeris, apa ya?

Imej
Oleh : MuhammadNadzri Percayakah anda apabila dikatakan bahawa kosa kata bahasa Inggeris tidak selengkap yang kita sangka?

Sejarah Peradaban Islam di Kemboja

Oleh : MuhammadNadzri Penulisan ini merupakan hasil tugasan bagi kuliah Sejarah Peradaban Islam semasa penulis mengambil Ijazah Syariah di Institut Agama Islam Negeri Sumatera Utara. Ditulis asal dalam Bahasa Indonesia. PENDAHULUAN Islam merupakan agama yang minoriti di Kemboja secara keseluruhan yang mengiktiraf agama Buddha sebagai agama rasmi, namun Islam merupakan mayoritas di daerah Cham. Terdapat kira-kira 150,000 hingga 200,000 penduduk Muslim di Kemboja pada lewat 1975. Pencerobohan yang dilakukan oleh rejim Khmer, sebuah pencerobohan oleh puak komunis yang sangat kejam telah mengurangi jumlah komunitas Muslim secara mendadak.

Pencabulan di sebalik Brazil 2014

Imej
Diterjemah oleh : MuhammadNadzri Artikel Asal :  Brazil 2014: Our lives are worth more than football! Brazil 2014 : Hidup Manusia lebih Berharga dari Bola Sepak!

Sedekah Menyelamatkan Nyawa Tukang Cuci

Imej
Oleh : MuhammadNadzri Sumber : Yunus Hanis Syam. Kisah-Kisah Inspirasi Islam; Mutiara Hikmah dari Kisah Islami  Dalam satu riwayat pada zaman Nabi Isa a.s diceritakan bahawa Abdul Laits Assamarqandi dengan sanadnya dari Abul faraj Al-Azdi berkata: Nabi Isa a.s berjalan di satu dusun. Sementara itu di dusun tersebut terkenal seorang tukang cuci pakaian. Penduduk kampung berkata: Wahai Isa, tukang cuci itu selalu merobek pakaian kami lalu ditahannya, kerana itu doakan kepada Allah semoga dia tidak dapat membawa bungkusan baju-baju itu ke rumahnya, Maka Nabi Isa a.s berdoa: “Ya Allah, jangan Engkau kembalikan dia dengan bungkusan itu.”

Logik Hak Hadhanah dan Mesin Coca Cola

Imej
Oleh : MuhammadNadzri Dalam post kali ini, saya nak tunjukkan satu contoh apabila berlaku perlagaan antara filsafat dengan ilmu, dan bahayanya jika seorang terlalu banyak berfilsafat, tapi tak mahu melebihkan ilmu. Ada kawan yang hantar mesej ni melalui WhatsApp, asalnya sengaja nak kongsi-kongsi cerita santai, buat hilang stress lah katakan. Tapi, lepas baca berulang kali, dapat pulak ilham lain. Moga-moga bermanfaat.

Mengapa anda membuat blog?

Imej
Oleh : MuhammadNadzri Mengapa anda berblogging?? Ada yang niat nak luangkan masa lapang dengan aktiviti brfaedah, ada juga yang sengaja nak cuba berjinak-jinak dengan dunia blogging ni. Apa-apa pun, blog ni memang suatu media yang fleksibal dan natural, siapa-siapa pun boleh terlibat dengan dunia blog, sama ada anda di kalangan pembaca ataupun anda seorang penulis blog. Agak-agaknya apa faedah kalau membuat blog ni ye?

Ibu bapa Jepun mengajar anak mereka formula darab - Sifir Sarang Lelabah

Imej
Oleh : MuhammadNadzri Sifir, darab, kali, dan ganda. Istilah saja berbeza, tapi inti dari perkataan tu sama je. Ingat lagi, masa di bangku sekolah rendah, buku petak-petak lah yang kebanyakan kita guna untuk buat rumus matematik. Mudah, dan bagusnya, kebanyakan buku tulis masa tu ada sifir 1 sampai 12 kat kulit belakangnya... Kali ini, saya nak kongsi satu ilmu, kaedah " Spider Web Multiplication " ataupun dalam bahasa Malaysia disebut "Sifir Sarang Labah-Labah". Cara ini diguna oleh ibu bapa di Jepun untuk ajar anak-anak diorang rumus sifir. Nak tau macam mana kaedahnya, mari sama-sama kita cuba!

Siapa sebenarnya Cikgu?

Imej
Sumber : Perkongsian Whatsapp Ada segelintir ibu bapa atau mungkin yang belum menjadi ibu atau bapa yang mempersoalkan peranan guru. JOMMMM… layan sembang orang kampung... baru kita tahu siapa sebenarnya CIKGU tu… A : Ehhhh…. Anak sape yang duk menangis dari td tu..? B : Anak cikgu Peah… kenapa…? A : Kesian budak tu, mak dia tak ada ke…? B : Mak dia pergi sekolah, anak yang kecik tu suami dia la yang tengok2kan... A : Biar betul…. Malam-malam macam ni pon pegi skolah jugak ke…?

Muafakat tidak akan wujud pada tahun 2057 ??

Imej
Hidup Muafakat Urusan Menjadi Mudah Oleh : Mohd Sofwan Ali Hidup Muafakat Urusan Menjadi Mudah Adakah akan berlaku masyarakat yang "Individualisme" suatu hari nanti? Dimanakah Identiti kita sebagai Bangsa Melayu Islam yang penuh Adab dan Kesopanan ? kita lihat masyarakat dewasa ini, boleh dikatakan tidak mempunyai identiti sendiri, kemajuan yang dicapai hanyalah sebuah cedukan kepada model luar negara atau negara maju. Maka, kita berlumba-lumba untuk meniru mereka sehingga persoalan adab, adat dan budaya yang dahulunya menyentuh sisi-sisi kesantunan orang Timur semakin dilupa. Mengapakah kita perlu menjadi Barat sedangkan secara geografinya, kita berada di Timur?

Nusantara yang bersalji?

Imej
Baru-baru ni, heboh satu dunia tentang isu salji di Indonesia. Kebetulan, saya pun sekarang sedang berada di Indonesia, tak habis study lagi. Dan rasanya rugi pulak kalau tak update tentang isu ni. Maklumlah ramai juga sahabat-sahabat di Malaysia yang tanya kabar tentang salji di sini. Mujur ada yang bertanya, kalau tidak, saya pun sudah tentu tak tahu, sebab sumber berita kami di Indonesia memang peratus besarnya dari Facebook saja.

Sudah Semakin Hampir - KUTUB BUMI & POLE SHIFT

Imej
Artikel ini diambil terus daripada laman blog mohdzopfan.wordpress.com. Admin mengekalkan format dan gaya penulisan asal. Klik sini untuk melihat ke laman asal. Hakcipta asal oleh Mohd Zopfan . Penulisan ini dirasakan amat bagus dan berguna untuk para pembaca. Justeru itu, admin merasakan adalah baik jika ia dikongsikan bersama-sama. Terpulang sama ada mempercayainya, atau hanya sekadar mengambil pengajaran baik daripadanya. Moga-moga dengan perkongsian ini, kita sentiasa beringat dan tidak leka sebagai hambaNya. Assalamualaikum warahmatullah hi wabara kaa tuh, Menyampaikan dalam bahasa termudah. Tidak perlu bermadah. Tidak perlu susah. AMARAN! BACA SAHAJA! Persoalan yang bermain di benak seketika anda membaca boleh diletakkan ke tepi dahulu. Perkara yang diberitahu ini adalah perkara yang tidak kita nampak. Masa depan. Masa depan dalam satu jangka waktu yang amat dekat TANPA disedari ramai. BACA dengan SABAR.

JOM RIHLAH ILMIAH..!! TERBUKA UNTUK SEMUA..!!

Imej
Oleh : Mohd Sofwan Ali Termasuk Anak Muda di MALAYSIA DAN INDONESIA..!! JOM RIHLAH ILMIAH..!! TERBUKA UNTUK SEMUA..!! Bersempena Pesta Buku Islami Jakarta yang akan berlangsung pada 28hb Februari - 9hb Mac 2014, tentunya ramai dari kalangan w arganegara Malaysia khususnya terdiri dari para pelajar, berhasrat untuk mengunjungi ke acara pesta buku terbesar di Indonesia itu. Justeru, beberapa orang anak muda dengan anjuran bersama Universiti Terbuka Anak Muda (UTAM) mengambil inisiatif untuk menawarkan peluang kepada anda dengan menganjurkan Rihlah Ilmiah Jakarta-Bandung 4 Hari 3 Malam yang julung-julung kalinya diadakan ini. Menyahut pesan Ilahi supaya mengembara dan bertukar-tukar ilmu pengetahuan, pakej Rihlah Ilmiah yang dirancang khusus untuk tujuan tersebut yang turut merangkumi ziarah-diskusi ke Institute for the Study of Islamic Thought and Civilizations (INSISTS), Pesantren Darut Tauhid dan UIN Syarif Hidayatullah, lawatan ke tempat-tempat wisata (pelancongan) seperti Old

Ayat-Ayat Tentang Hijab Dan Memandang Berdasarkan Surat An-Nur Ayat 30 & 31

Imej
Oleh : MuhammadNadzri Penulisan ini merupakan hasil tugasan bagi kuliah Tafsir Ayat Hukum Keluarga semasa penulis mengambil Ijazah Syariah di Institut Agama Islam Negeri Sumatera Utara. Ditulis asal dalam Bahasa Indonesia.             Sesungguhnya Allah telah menetapkan suatu aturan bagi setiap perkara itu dengan sangat sempurna dan teratur. Setiap yang diperintah dan dilarangnya itu tidak lain dan tidak bukan adalah demi kebaikan dan menjaga kemaslihatan umat manusia. Hanya kita saja yang perlu menyedari hakikat ini, sama ada secara langsung berdasarkan dalil ataupun secara kritis berdasarkan kajian dan pemerhatian di dalam setiap aspek aktivitas harian.

Mengapa anak kecil di tangan pengemis kebanyakan tertidur?

Imej
Diterjemah oleh : MuhammadNadzri Artikel asal : Why is the child in hands of the beggars always sleeping? Pernahkah anda tertanya-tanya? Sila baca dengan sabar. Berdekatan dengan sebuah stesen minyak, kelihatan seorang wanita sedang duduk, tidak pasti berapa umurnya. Rambutnya kusut tidak terurus, dia terduduk sayu dan lemah. Wanita itu duduk di atas lantai yang kotor itu, dan di sebelahnya diletakkan sebuah beg. Orang-orang yang lalu lalang di kawasan itu akan mencampakkan duit ke dalamnya. Dalam pelukan wanita tersebut, ada seorang kanak-kanak berusia sekitar dua tahun, sedang lena tidur di bahu wanita itu. Anak kecil itu turut kelihatan sedih, berpakaian lusuh dan kotor.

Pengajian Taalim Al-Ittihad di Masjid Nur Chadijah, Wisma Wartawan, Medan, Indonesia

LAMAN INI MASIH DALAM PEMBINAAN. HARAP BERSABAR.

Pengajian Malam Ahad - Penerangan dari Pakar Aswaja dan Sunni

Oleh : MuhammadNadzri Penulisan ini adalah berbentuk perkongsian tentang kuliah yang pernah dihadiri oleh penulis. Asal dalam bahasa Indonesia, namun disesuaikan dengan Bahasa Melayu untuk tatapan kebanyakan pembaca. Penulis mengambil beberapa isi penting daripada hasil pembentangan di Pengajian Ta'lim Al-Ittihad , Medan untuk kali ke 196 pada tarikh 11 Januari 2014. Topik pembentangan pada malam itu adalah berkisar tentang Pencerahan terhadap kelompok Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) dan Sunni, serta beberapa maklumat penting berkenaan fahaman dan aliran-aliran kiri. Antara penceramah yang hadir untuk berkongsi adalah : 1. Professor Dr. Habib Muhammad Baharun daripada Majlis Ulama' Indonesia (MUI) 2. Kiyai Haji Muhammad Idrus Ramli dari Dewan Pakar Aswaja, Jawa Timur.

Teori Ketata Negaraan Menurut Sunni Dan Syiah

Imej
Oleh : MuhammadNadzri Penulisan ini merupakan hasil tugasan bagi kuliah Fiqh Siyasah semasa penulis mengambil Ijazah Syariah di Institut Agama Islam Negeri Sumatera Utara, telah dibentangkan pada tarikh 23 Disember 2013. Ditulis asal dalam Bahasa Indonesia. Tata cara menjalankan dan memimpin sesebuah negara merupakan aspek yang sangat penting bagi keberadaan sesebuah negara. Selain itu, mempelajari pola pikir politik sangat perlu untuk mengetahui ciri-ciri politik dalam sesebuah negara.            Di dalam perkembangan pengajaran Islam dewasa ini, dikenali dengan beberapa pahaman dan pegangan yang muncul, walaupun masih sama kononnya berteraskan fahaman dan ajaran asal Islam, namun hakikatnya apabila ianya diteliti dengan lebih terperinci, maka dapat dilihatlah beberapa perbedaan dan perincian yang menyimpang dalam sesetengah ajaran, walaupun setiap satunya mengklaim bahawa masing-masing merupakan pegangan yang paling tepat dan murni.