Banjir - Hujan Rahmat atau Bencana?


Takziah kepada semua saudara dan kawan-kawan di Malaysia. Banjir yang datang kali ini sedikit sebanyak menjejaskan aktiviti manusia. Ada yang sedih kerana kehilangan harta benda dan nyawa tetangga. Termasuk juga yang berada jauh dari keluarga dan sahabat, walaupun tidak terjejas dek banjir di tempat mereka, hati kecil tetap merasa hiba, atas dasar sedarah dan sebangsa.


Siapa sangka, hujan yang turun seminggu tanpa henti, rupanya merupakan suatu petanda bahawa bumi Malaysia bakal dtengelami air, hampir 50%!!

Tahukah saudara sekalian, banjir 2014 ini merupakan salah satu daripada fenoma bencana terbesar di Malaysia. Peristiwa banjir 2014 ini pasti dicatatkan sejarah sebagai salah satu daripada peristiwa sedih yang telah menimpa bumi bertuah kita. Dalam sejarah negara, tengelamnya hampir separuh bumi semenanjung secara mendadak kali ini merupakan kali ke-3, sejak peristiwa "Bah Besar" yang pernah berlaku pada tahun 1926, dan keduanya pada tahun 1970-an yang menyebabkan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak terpaksa mengisytiharkan darurat bencana! Rujuk sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang sejarah ini.

Tidak dinafikan, bumi Malaysia banyak dicemburui oleh negara luar, kerana tempat letaknya tepat di atas garis khatulistiwa, yang didakwa para geografis sebagai titik yang paling aman dari gangguan fenomena alam di atas bumi.

Namun, sejak akhir-akhir ini, banyak ujian bencana telah menimpa negara tercinta kita. Lihat saja banjir kali ini, termasuklah juga beberapa peristiwa angin kencang yang melanda utara tanah semenanjung., gegaran kecil yang dirasai di sebelah selatan, jerebu tebal selama seminggu. Itu pun masih belum termasuk dengan kejadian tsunami yang berlaku sedekad yang lalu. Jangan dilupa pula beberapa siri kehilangan pesawat penumpang, juga asakan tentera Jamalul Kiram di tanah Borneo. FUHHHH,

Sedar tak sedar banyak juga yang sudah berlaku ya...takziah kepada bumi Malaysia.

Rahmat Perpaduan Dari Bencana Banjir

Namun, jika dihayati dan dimenungkan, musibah kecil yang datang tidak putus-putus ini mungkin sebagai cara sinis dari tuhan untuk menegut manusia.

Masih ingatkah kalian, bagaimana hebatnya kita bertelagah suatu masa dahulu?


Tahniah kepada anda semua, kerana sudi mendahulukan bantuan kepada sahabat anda di negeri-negeri yang jauh! Walau suatu masa dahulu kita pernah bertelagah, gara-gara tidak berpuas hati dengan keputusan perlawanan bola sepak.


Tahniah kepada para pemimpin politik, walau sering didengar perselisihan antara mereka, akhirnya sanggup mereka ketepikan demi mendahulukan ehsan manusiawi kepada mangsa bencana dari kalangan rakyat jelatanya! Walau tidak semua.....

Tahniah kepada negara jiran, Thailand, kerana sudi melupakan pergaduhan di stadium kemarin , dan sudi memberi peringatan kepada kami ketika lepasnya empangan di Yala tempoh hari!


Tahniah kepada kerajaan negeri dan semuanya, kerana telah sama-sama sepakat untuk menghentikan program-program hiburan tahun baru kali ini tanpa banyak bertelagah dan bertikam lidah!

Bukankah lebih baik begini?

Harapnya, semua ini tidak akan hilang selepas bumi kembali aman, insyaallah selepas seminggu dua lagi....sama-sama kita doakan...


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Masjid Paling Cantik di Perak