Gempar! Pelajar Sekolah Agama Mimpi Memijak Kepala Rasulullah SAW



sekadar gambar hiasan

Rasulullah SAW. Insan mana yang tidak mahu bertemu dengan Baginda? Hatta jika dapat bertemu dengan sebaik-baik manusia itu di dalam mimpi sekalipun, maka ia semestinya akan menjadi satu pengalaman yang paling menyeronokkan.

Namun, bukan mudah untuk bertemu dengan Baginda walaupun di dalam mimpi.

Hanya insan terpilih sahaja yang boleh bertemu dengan Baginda.


Dan ada satu kisah benar, daripada pelajar sekolah agama. Sekolah Menengah agama yang terletak di utara tanah air. Ya, pelajar itu diberi kesempatan bertemu dengan Rasulullah SAW di dalam mimpinya.

Namun, ia bukanlah satu mimpi yang indah.

Kerana dalam mimpi itu, pelajar tersebut seakan berdiri di atas kepala Baginda!

Sedar daripada lena, pelajar tersebut menjadi gelisah. Apa dosa yang dia telah buat sehingga diberi mimpi tersebut?

Lalu mimpi itu mula tersebar luas di seluruh sekolah.

Dan mula perbagai tafsiran yang diberikan terhadap mimpi tersebut.

Kisah mimpi itu lalu sampai ke pengetahuan ustaz di sekolah tersebut. Ustaz tersebut lalu bertemu dengan pelajar itu. Sesi soal jawab bermula. Ustaz tersebut serius mahu membantu merungkai apa sebenarnya tafsiran terhadap mimpi tersebut.

Akhirnya, ustaz tersebut menemui jawapannya. Jawapannya, kerana stokin!


stokin ini juga sekadar gambar hiasan

Kisah sebenarnya, pelajar itu tidur dalam keadaan memakai stokin. Dan stokin itu ada tertulis namanya, Muhammad ______ (namanya dirahsiakan). Dan kerana ada nama Muhammad yang mulia itu di stokin tersebut, di tapak kaki pelajar itu, maka kemungkinan pelajar tersebut mendapat mimpi  yang sebegitu.

Kesimpulannya, jangan sesekali memakai stokin yang ada nama Muhammad, atau apa-apa sahaja nama yang baik.


Wallahu alam


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Masjid Paling Cantik di Perak