5 Idea Gila Yang Berjaya Membawa Kekayaan - Siri 1
Siapa sangka, kadang-kadang idea yang kita sangkakan gila dan kelakar itu rupanya boleh membawakan hasil yang lumayan? Ada beberapa contoh yang dapat kami bawakan berkenaan idea-idea yang pada mulanya dipandang mudah, namun terbukti telah menjadi terkenal dan menguntungkan!
Kami senaraikan 5 idea-idea gila yang telah berjaya menghasilkan kekayaan!
1. Mistake Out (Bette Graham)
Mistake Out, atau dikenali lebih popular dengan istilah "liquid paper" di kalangan rakyat Malaysia, ditemukan oleh Bette Graham. Ideanya untuk menutupi tulisan yang tersalah tulis dengan cairan putih yang cepat beku ini, dimulai pada tahun 1951. Pada waktu itu, Graham menjadi setiausaha eksekutif, tugasnya memerlukannya sentiasa menulis surat-surat dan dokumen penting.
Bette Graham, pencetus idea Mistake Out. |
Pada waktu tersebut, mesin alat pencetak masih belum dicipta. Bahkan "Microsoft Word" juga masih belum dikenal. Maka, menjadi masalah bagi Graham jika dia melakukan walau satu kesalahan di dalam tulisannya. Menulis semula dari awal hingga akhir amat memenatkan!
Supaya dia tidak perlu bersusah payah untuk menulis ulang dokumen-dokumen tersebut, hanya gara-gara satu kesalahan kecil, Graham telah menggunakan cat putih yang telah diadunnya sendiri. Ternyata, cat putih yang dicapur sedikit bahan likat yang dinamakannya Mistake Out itu disukai teman-temannya juga. Akhirnya, Graham mendirikan kilang membuat Mistake Out.
Pada tahun 1972, jualan produk usahanya sudah mencecah lima juta botol Mistake Out per tahun! Ketika Graham meninggal pada tahun 1980, kekayaannya dianggar mencapai 47.5 juta Dolar US! Siapa sangka idea kecil tersebut mampu menghasilkan keuntungan besar kepadanya!
2. Ugly Doll, Boneka Hodoh yang disukai Puteri Presiden (David Horvath dan Sun-Min Kim)
Sekarang boneka yang laku di pasaran tidak hanya berwajah cantik dan lucu. Dua orang teman karib bernama David Horvath dan Sun-Min Kim membuat boneka buruk dinamakan Ugly Doll, ternyata berjaya juga mendapat tempat dalam pasaran dengan jayanya.
Sehinggakan, anak-anak Presiden US, Barrack Obama juga turut mengumpul koleksi boneka Ugly Doll itu.
David mempunyai habi, suka melukis gambar raksasa di bukunya. Temannya Kim memberinya kejutan saat David menyambut ulang tahunnya. Kim yang berasal dari Korea membuat boneka berdasarkan gambar raksasa yang dilukis David. Boneka yang kemudiaanya diberi nama Ugly Doll itu dijual, dan ternyata mendapat respon yang positif. Kini, mereka menjadi pengusaha boneka yang terkenal di US gara-gara idea kecil dari gambar raksasa lukisan David Horvart.
3. Bisnes Kotoran Anjing (Matius Osborn)
Bisnes pembersihan kototan anjing dipelopori oleh Matius Osborn, yang mengurus web Pooper-Scooper.com. Dia tidak pernah tahu bahawa usaha ini pada suatu hari akan membuatnya menjadi seorang jutawan. Osborn memulainya pada tahun 1987 ketika dia membuka Pet Butler di Columbus, Ohio. Pada saat itu, Osborn menjalani dua perkerjaan sepenuh masa dan memiliki penghasilan kurang dari 6 Dolar per jam bagi setiap pekerjaan.
Dia kemudiannya menyedari bahawa ada sekitar 100,000 anjing dalam jarak 15 batu di sekitar rumahnya. dia berfikir jika semua anjing ini membuang kotoran, maka betapa banyaknya kotoran yang akan terhasil dan mencemarkan persekitaran. Osborn memutar otaknya untuk mendapat peluang bisnes dari fenomena tersebut. Akhirnya, dia mendapat idea untuk menyediakan perkhidmatan pembersihan kotoran anjing.
Dia kemudiannya menyedari bahawa ada sekitar 100,000 anjing dalam jarak 15 batu di sekitar rumahnya. dia berfikir jika semua anjing ini membuang kotoran, maka betapa banyaknya kotoran yang akan terhasil dan mencemarkan persekitaran. Osborn memutar otaknya untuk mendapat peluang bisnes dari fenomena tersebut. Akhirnya, dia mendapat idea untuk menyediakan perkhidmatan pembersihan kotoran anjing.
Bisnes itu perlahan-lahan dijalaninya. meskipun termasuk pekerjaan kotor, Osborn dapat mempekerjakan tujuh orang lain dan memiliki enam lori pembersihan digunakan untuk pembersihan kotoran anjing.
4. Range Rover Berlapis Koin Dirham (Ali Hassan Gharib)
Ali Hassan Gharib, lelaki berumur 29 tahun bersal dari Dubai memiliki imaginasi yang gila. Dia menyaluti seluruh badan kenderaan Range Rover miliknya dengan koin dirham. Koin dirham yang ada di mobilnya berjumlah 57,412 koin. Hal ini membuatkan keretanya itu sebagai kenderaan Range Rover yang temahal di dunia.
Pada awalnya, kereta ini hanya bernilai 42,000 Pound (kira-kira RM230,000), setelah mendapat tambahan koin dirham yang melapisinya, harganya naik sekitar 10 kali ganda dengan anggaran 500.000 Pound (RM2.8 juta) !
Pekerjaannya ini yang memerlukan ketelitian yang sangat tinggi iaitu dengan cara melekatkan koin dirham satu persatu dengan pelekat khusus pada bahagian badan kereta tersebut, ternyata membuahkan hasil yang sangat lumayan.
Pekerjaannya ini yang memerlukan ketelitian yang sangat tinggi iaitu dengan cara melekatkan koin dirham satu persatu dengan pelekat khusus pada bahagian badan kereta tersebut, ternyata membuahkan hasil yang sangat lumayan.
5. Pewangi Zombie (Demeter)
Demeter adalah seorang pencipta wangian dengan aroma-aroma yang aneh, seperti wangian dengan bau setergen, bau kotoran (najis), bahkan wangian Hello Kitty. Salah satu idea gilanya adalah membuat sebuah produk perfume (wangian) yang diberi nama Zombie Perfume (Pewangi Zombie).
Ada dua jenis pewangi yang diciptanya, iaitu Zombie for Him untuk lelaki dan Zombie for Her untuk wanita. Wangian Zombie for Him ini dibuat dari gabungan aroma daun kering, cendawan, cendawan lumut, dan lumut yang diracik dengan cara tertentu, sehingga membuat tubuh pemakainya berbu busuk. Sedangkan, Zombie for Her merupakan wangian dengan bau yang lebih ringan, dengan tambahan hampas dari anggur. Satu botol wangian berukuran 1 oz berharga 20 US Dolar atau sekitar RM70.
Sumber : 110 Tokoh Dengan Idea Gila Yang Mendunia, Ihsan Fauzi, S.Si.,M.M, Tun Zulaeha, S.Si
Ulasan
Catat Ulasan
Kereta rosak panggil pomen,
Sudah baca harap komen. XD