Apa Sebenarnya Maksud T90?


Siapa ada jersey T90? Korang ada? Aku ada satu.

Ok la, kalau tak ada jersey, kasut atau but bola T90?
Boleh kata hampir semua yang minat main bola, mesti ada jersey or kasut T90 kan? Aku percayalah. Dan aku juga percaya hampir semua orang yang ada brand T90 ini tidak tahu apa sebenarnya maksud T90 ini.

Aku percaya kerana aku sendiri tak tahu apa itu T90 walaupun aku ada 1 jersey nya. Hehe.

Maksud Di Sebalik T90
Oleh kerana aku tak tahu, maka aku berusaha mencari apa maksud T90 ini.

Oklah... Total 90 di ambil dari dua makna iaitu total dan 90. Angka 90  diambil berdasarkan durasi waktu bermain sepak bola. Game bola sepak kan 90 minit.  Dan Total sendiri adalah bermain secara habis-habisan sekuat tenaga, dan mengeluarkan seluruh kemampuannya. Sehinggalah T90 bermaksud bahawa seorang atlet atau pemain yang memakai jenama ini akan memberikan permainan dan usaha yang total selama 90 minit pertandingan sepak bola. 

Itulah maksudnya. Sekian.

p/s: Kita kelihatan macam pak pandir bila pakai sesuatu yang kita pun tak tahu apa benda tu.

_______________
Rujukan:

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Masjid Paling Cantik di Perak

5 Bilik Hotel yang Paling Mahal di Malaysia