Mengapa anak kecil di tangan pengemis kebanyakan tertidur?

Diterjemah oleh : MuhammadNadzri
Artikel asal : Why is the child in hands of the beggars always sleeping?

Pernahkah anda tertanya-tanya?

Sila baca dengan sabar.

Berdekatan dengan sebuah stesen minyak, kelihatan seorang wanita sedang duduk, tidak pasti berapa umurnya. Rambutnya kusut tidak terurus, dia terduduk sayu dan lemah.

Wanita itu duduk di atas lantai yang kotor itu, dan di sebelahnya diletakkan sebuah beg. Orang-orang yang lalu lalang di kawasan itu akan mencampakkan duit ke dalamnya. Dalam pelukan wanita tersebut, ada seorang kanak-kanak berusia sekitar dua tahun, sedang lena tidur di bahu wanita itu. Anak kecil itu turut kelihatan sedih, berpakaian lusuh dan kotor.


Kebanyakan pejalan kaki yang melewati mereka akan mendermakan wang. Sudah menjadi lumrah, sebagai seorang yang mempunyai belas manusiawi, mereka akan akan turut bersimpati kepada golongan yang kurang bernasib baik. Jauh di sudut hati, masih timbul kesanggupan untuk memeberikan sepasang baju dan wang kepadanya, walaupun hanya itulah yang kita miliki saat itu, tanpa paksaan.
.
Saya berjalan melewati peminta sedekah tersebut selama sebulan. Sekalipun tanpa memasukkan wang kedalam begnya seperti mana orang lain, kerana saya tahu bahawa kemungkinan ada sindiket penyeludupan manusia, yang mana hasil kutipan tersebut akan diserahkan kepada orang yang mengawal mereka ini. Golongan yang menguasai para pengemis ini sangat kaya dan menaiki kereta mewah.

Akhirnya sudah sebulan saya berlalu di hadapannya. Namun, suatu hari saya terkejut apabila menyedari sesuatu.

Ketika itu, saya sedang berjalan di satu kawasan yang sibuk dengan pejalan kaki. Melihat kepada anak kecil di tangan wanita tersebut, Mereka telah duduk di situ sejak dari pagi sehinggalah ke petang, justeru saya menyedari sesuatu yang aneh.

Anak kecil tersebut sentiasa tertidur. Sekali pun tidak pernah menangis, merengek atau meraung, sentiasa lena di bahu wanita tersebut, dengan wajahnya yang tertutup oleh kain selendang wanita yang dipercayai 'ibunya'. Mungkin?

Adakah anda mempunyai anak kecil sekitar umur 1 hingga 3 tahun? Ingatkah bagaimana payahnya melayan kerenah mereka, susah untuk tidur lebih dari dua jam pada satu satu masa? Berbeza dengan anak kecil tadi, dia sentiasa tidur. Memang sangat kerap! Ketika itulah saya mulai mengesyaki sesuatu.

"Mengapa anak awak ini sentiasa tidur?" saya memberanikan diri bertanya, sambil berpaling kepada anak kecil tersebut.

Pengemis itu berpura-pura tidak mengendahkan saya. Dia menutup matanya dan menyembunyikan wajahnya di sebalik selendang buruknya. Saya bertanya sekali lagi. Wanita itu mendongak, dan melihat ke belakang saya, sambil menunjukkan riak muak dan menyampah dengan pertanyaan saya.

"Berambus", bibirnya mengomel perlahan.

Ketika itu, seseorang meletakkan tangannya di atas bahu saya. Saya berpaling ke belakang. Seorang lelaki tua merenung kepada sayam tidak berpuas hati. "Apa yang kamu mahu dari dia? Kamu tak sedarkah dia sudah ditimpa kesusahan dalam hidupnya, mengapa mahu menyusahkan lagi?" Lalu, lelaki tersebut mengeluarkan wang syilinh dari koceknya, dan memasukkan ke dalam beg si pengemis tadi.

Pengemis tersebut menunjukkan riak kasihan dan tanpa rasa malu. Lelaki tersebut melepaskan tangannya dari bahu saya, dan terus berlalu pergi.

Saya yakin, di rumah nanti, dia akan bercerita bagaimana dia telah mempertahankan seorang yang lemah, yang telah diganggu oleh seorang yang tidak berhati perut tadi.

Keesokan harinya, saya menghubunggi rakan. Daripadanya, saya mendapat tahu bahawa memang benar terdapat sindiket penipuan di kalangan mereka, jelas diatur oleh seseorang yang berlatar belakangkan jenayah dan penyalahgunaan.

Anak kecil tersebut dipercayai "disewa" daripada keluarga yang pemabuk, menjual anak-anak mereka, dan kebanyakannya juga diculik.

Saya masih tertanya-tanya, dan perlu mendapat jawapan, mengapa anak kecil itu sentiasa tertidur? Dan kini saya mengetahuinya. Rakan saya menceritakan dalam nada yang tenang, "Dia itu mabuk dengan heroin, atau mungkin vodka."

Saya tertanya, "Pengemis itu seorang penagih?"

Lalu dia menjawab, "Bukan, tetapi anak itu. Dia telah diberi dadah dan ubat khayal. Sebab itulah anak itu langsung tidak merengek. Wanita itu akan duduk sehari suntuk dengannya, takkan lah anak itu langsung tidak bosan?"

Untuk memastikan anak kecil tersebut sentiasa terlena di bahunya wanita pengemis, anak itu diberi dadah atau dimabukkan dengan minuman keras. Sudah tentu juga, badan mereka yang masih kecil itu tidak dapat menerima kejutan seumpama itu, kerana itulah kebanyakan daripadanya meninggal dunia. Lebih buruk lagi, anak kecil tersebut mati semasa sedang "bekerja" bersama "ibunya". Wanita tersebut akan terus memeluknya sehinggalah ke waktu petang. Terpaksa, kerana inilah peraturannya. Orang yang lalu lalang pula akan terus mencampakkan syiling kepada mereka, dan terus mempercayai bahawa mereka sedang melakukan sesuatu yang baik, yaitu membantu seorang ibu tunggal yang tidak bernasib baik.

Keesokan harinya, saya berjalan lagi di tempat yang sama, kali ini sebagai seorang pengkaji dan penulis berita. Saya sudah bersedia untuk suatu perbincangan yang serius dengan wanita tersebut. Namun malangnya, ia tidak berhasil, perkara sebaliknya pula terjadi.

Perempuan tersebut duduk di atas lantai, dan seperti biasa dia akan memeluk seorang anak kecil. Saya bertanya tentang asal usul anak tersebut, dan paling penting, di manakah anak yang dikendngnya semalam, kerana ternyata hari ini dia membawa anak kecil yang lain. Dia terus tidak mengendahkan saya.

Orang yang lalu lalang di kawasan itu terdengar perbualan saya, lalu mereka mendesak supaya saya tidak mengganggu wanita tersebut. Mereka menuduh saya tidak siuman gara-gara sengaja menaikkan suara kepada seorang pengemis dan anaknya. Akhirnya saya dibawa jauh dari situ dalam keadaan malu. Lantas saya terfikir untuk menalifon polis.

Apabila pihak polis tiba, pengemis dan anak tersebut telah hilang.

Apabila anda melihat seorang pengemis bersama anak kecil, fikir dahulu sebelum memberi. Fikirkan, jika bukan kerana tangan-tangan yang sentiasa 'pemurah' tanpa alasan itulah, sindiket seperti ini sudah pasti akan musnah dan tidak boleh berjaya. Lebih baik kegiatannya yang mati, bukan anak-anak kecil itu yang mati. Cuba melihat kepada anak kecil secara lebih berhati-hati, bukan atas dasar kasihan sahaja. Lihatlah kebinasaan disebaliknya.

Sekarang anda sudah tahu mengapa anak kecil di tangan pengemis kebanyakannya tertidur.

Kongsikan ini. Ingatlah apabila anda berniat untuk memberi sesuatu kepada mereka, ada kemungkinan kebaikan yang anda buat itu sebenarnya menyumbang kepada pembunuhan satu lagi nyawa kecil yang tidak berdosa.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Masjid Paling Cantik di Perak