Muafakat tidak akan wujud pada tahun 2057 ??
Hidup Muafakat Urusan Menjadi Mudah
Adakah akan berlaku masyarakat yang "Individualisme" suatu hari nanti? Dimanakah Identiti kita sebagai Bangsa Melayu Islam yang penuh Adab dan Kesopanan ? kita lihat masyarakat dewasa ini, boleh dikatakan tidak mempunyai identiti sendiri, kemajuan yang dicapai hanyalah sebuah cedukan kepada model luar negara atau negara maju. Maka, kita berlumba-lumba untuk meniru mereka sehingga persoalan adab, adat dan budaya yang dahulunya menyentuh sisi-sisi kesantunan orang Timur semakin dilupa. Mengapakah kita perlu menjadi Barat sedangkan secara geografinya, kita berada di Timur?
Kelihatannya, dek kerana mahu menjadi Barat, kita memakai kot tebal sekitar bulan-bulan musim sejuk di negara empat musim, padahal tidak sesuai untuk dipraktikkan di negara kita. Bahkan, kita mula berfikir untuk menjadi seperti mereka. Lebih parah, dek kerana gagal menceduk secara total pembangunan lahiriah mereka, kita mula meniru untuk mempunyai warna kulit dan mata seperti mereka.
Saya tidak mempersoalkan tentang kebebasan individu untuk mempraktikkan apa yang mereka percaya, tetapi, kita bercakap tentang soal identiti sama ada kita teguh dengan diri atau berkrisis tentang diri. Semuanya ini berbalik pada soal percaya diri. Mengapa harus kita meniru mereka? Kenapa tidak mereka meniru kita?
Kita mungkin menanggapi bahwa tahun 2057 itu terlalu jauh berbanding tahun 2020. Namun, perlu diingatkan sepanjang 30 tahun bermula tahun 1991 sehingga 2020, bagaimanakah ketahanan kita dalam menghadapi faktor luar jangka seperti krisis kewangan 1998 dan 2008 yang telah menyebabkan unjuran pertumbuhan negara menjadi terganggu? Adakah kita telah mempersiapkan diri untuk menghadapi perkara ini? Adakah pula, demi mencapai sasaran pertumbuhan bersifat angka pada tahun 2020, kita mula mengabaikan aspek pengagihan dan sisi-sisi subjektif yang lain? Ini adalah beberapa persoalan yang harus dikemukakan.
Oleh kerana itulah, kita generasi muda, harus melihat ke hadapan. Menuju ke hadapan bukan bererti kita harus meninggalkan amalan nenek moyang yang menyentuh soal hidup bermasyarakat yang mendalam. Amalan gotong-royong yang telah dilupakan dek dimamah individualisme dalam hambatan mengejar kemodenan harus dihidupkan semula. Falsafah ‘self-interest’ yang diperkenalkan dalam tradisi ekonomi klasik dan melatari cara fikir kita harus direvisi. Setiap manusia dalam masyarakat kita melakukan pekerjaan kerana mengambil kira faktor kemaslahatan diri dan manusia lain. Sekiranya perkara yang dilakukan itu mendurjanakan manusia lain, maka, mereka tidak harus melakukannya.
Cetusan daripada seorang penulis berkuturunan Jerman-Yahudi yang memeluk Islam, Maryam Jamilah dalam bukunya ‘Islam dalam Kanca Modernisasi’ mungkin memberi suatu kesedaran pada kita. Tulisnya, “ Materialisme kepuasan diri akan menuju pada disintegrasi sosial dan akhirnya pembunuhan kolektif.” Kenyataan ini sebenarnya mempamerkan situasi dan kedudukan kita pada hari ini. Situasi persaingan pada hari ini menyebabkan kita bersikap keakuan. Falsafah ‘Zero-Sum Game’ yang menunjangi pemikiran ekonomi golongan merkantilis suatu ketika telah melatari kebanyakan kita. Tiada lagi erti kerjasama. Apa yang berlaku adalah, keuntungan aku bererti kerugian buat kamu.
Sedangkan dalam situasi ekonomi muafakat mahupun politik muafakat, perbezaan itu tidak menyebabkan setiap manusia akan menderita. Bahkan menjadi tanggungjawabnya untuk mengeluarkan manusia yang tidak terdaya ke arah situasi yang lebih baik. Inilah yang kita harus usahakan iaitu kelahiran sebuah generasi yang benar-benar memahami erti muafakat.
Wawasan 2057 haruslah berpaksikan pada idea ini. Idea permuafakatan dalam kalangan bangsa senegara. Mungkin tidak keterlaluan sekiranya kita meminjam terma ‘Assobiyah’ yang dikemukakan oleh Ibnu Khaldun dalam magnum opusnya, Mukaddimah, sebagai suatu dasar kekuatan dalam menunjangi wawasan ini!

MARI BERMUAFAKAT..HIDUPKAN IDENTITI SENDIRI, BUKAN "CEDOK" IDENTITI ORANG LAIN..!!
Ulasan
Catat Ulasan
Kereta rosak panggil pomen,
Sudah baca harap komen. XD