Pengajian Malam Ahad - Penerangan dari Pakar Aswaja dan Sunni
Oleh : MuhammadNadzri
Penulisan ini adalah berbentuk perkongsian tentang kuliah yang pernah dihadiri oleh penulis. Asal dalam bahasa Indonesia, namun disesuaikan dengan Bahasa Melayu untuk tatapan kebanyakan pembaca.
Penulis mengambil beberapa isi penting daripada hasil pembentangan di Pengajian Ta'lim Al-Ittihad, Medan untuk kali ke 196 pada tarikh 11 Januari 2014. Topik pembentangan pada malam itu adalah berkisar tentang Pencerahan terhadap kelompok Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) dan Sunni, serta beberapa maklumat penting berkenaan fahaman dan aliran-aliran kiri. Antara penceramah yang hadir untuk berkongsi adalah :
1. Professor Dr. Habib Muhammad Baharun daripada Majlis Ulama' Indonesia (MUI)
2. Kiyai Haji Muhammad Idrus Ramli dari Dewan Pakar Aswaja, Jawa Timur.
Pembentangan daripada Dr. Habib Muhammad Baharun daripada MUI
Pembentangan daripada Kiyai Haji Muhammad Idrus Ramli
**Dapatan dan sumber daripada ini diambil terus daripada pembentangan tersebut. Buat masa ini, penulis masih lagi dalam proses untuk mencari sumber-sumber asal tentang isi-isi yang dikongsikan untuk kegunaan rujukan dan bahan kajian. Namun tidak perlu khuatir, hasil awal daripada ini adalah diyakini benar, oleh kerana kezuhudan ilmunya dan giatnya kedua panel ini dilihat dalam usaha menyebarkan dakwah. Insyaallah, akan diperbaiki lagi pada masa akan datang. Penulis turut mengalu-alukan kepada pembaca untuk sama-sama membantu dalam membaiki penulisan ini. Terima kasih.
Untuk video penuh pengajian kali ke 196 bertarikh 11 Januari 2014, sila klik sini.

- Beliau memulakan dengan ucapan salam, dan kata aluan. Beliau mengalukan tuan rumah dan hadirin dengan menyebut yang terhormat, bukan yang dihormati.
- Orang yang TERHORMAT = diangkat oleh Allah, manakala orang yang DIHORMATI OLEH SAYA = hanya objektif kepada pengiktirafan manusia. Sinonim dengan orang yang berada di majlis ilmu, sudah tentu diangkat martabatnya oleh Allah.
- Dalam permasalahan umat, terdapat dua perkara pokok :
- Masalah daripada anasir luar
- Masalah keagamaan, merupakan punca timbulnya ajaran-ajaran sesat
- Pada masa pemerintahan Pak Suharto (mantan Presiden Indonesia), ada penegasan yang positif terhadap kelompok Aswaja, bahawa Aswaja adalah kelompok Islam rasmi dan lurus di Indonesia.
- Terbukti pada tahun 1998, adanya reformasi keagamaan
- Masyarakat kita adalah "masyarakat mudah percaya", buktinya apabila ada banyak ajaran sesat
- Syiah sekarang bukan lagi sekadar ancaman akidah sahaja, tetapi sudah termasuk dalam ancaman negara - buktinya sejak berlaku Revolusi Iran pimpinan Ayatollah Khomeni
- Saddam Hussein dijatuhkan dipercayai berpunca daripada komplot Amerika bersama orang Syiah.
- Muhammad Nasir, mantan Presiden Indonesia pernah menyatakan bahawa Syiah itu sudah terlalu ekstrimis, bahaya dan perlu diperangi bersungguh-sungguh.
- Menurut statistik bacaannya, terdapat lebih kurang 185,000 penganut Syiah di Malaysia kini.
- Klaim puak Syiah terhadap pemaksuman keluarga Nabi (Ahlul Bait) adalah berdasarkan Surah al-Ahzab ayat 33.
- "Ahlul Bait" bermaksud "isi rumah tangga", perkataan ini sudah disalah ertikan oleh kelompok Syiah
- Menjadi satu keaiban bagi adat orang Arab apabila kaum wanita disebut Ahlul Bait, namun tidak bagi Syiah.
- Syiah tidak melihat dalil-dalil di dalam Al-Quran dan Hadis secara penuh, hanya menumpukan kepada dalil yang satu semata-mata sedangkan ada banyak lagi perbahasan lain tentangnya di dalam Al-Quran dan Hadis.
- Buktinya, timbul pelbagai permasalahan jelas dalam aspek akidah mahupun fiqh, contohnya perihal kahwin kontrak, kepimpinan dan lain-lain.
- Ibaratnya seperti melihat ayat (وَيْلٌ لِّلْمُصَلِّين) (Neraka wail la bagi orang-orang yang solat) hanya kepada satu ayat sahaja.
- Ayat (وَ أَتِيعُوا اللهَ وَ أَتِيعُوا الرَّسُولَ وَ أُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ) (Dan taatlah kepada Allah, dan taatilah Rasul, dan kepada para pemimpin di kalangan kamu) disalah erti pada kalimat Ulil Amri.
Pembentangan daripada Kiyai Haji Muhammad Idrus Ramli
- Islam disebar ke Indonesia dan Nusantara kira-kira 500 tahun yang lalu oleh ulama'-ulama' Ahlul Sunnah wa Jamaah yang bermazhab fiqih Syafie.
- Setelah tempoh itu, barulah muncul aliran-aliran sempalan yang baru.
- Syiah dikatakan muncul sekitar 200 tahun yang lalu, 1800-an
- Wahabi merupakan Islam yang baru
- Guru-guru yang bawa Islam, yang mengajar Islam pada awal kelahirannya, semuanya dari pegangan Sunni. Lalu, dari mana lahirnya ajaran-ajaran seumpama ini?
- Islam tidak datang terus untuk menghapuskan budaya dan adat, namun secara perlahan-lahan cuba menerapkan dan mengajar nilai-nilai yang benar kepada umat.
- Proses Islamisasi, merupakan suatu upaya untuk cuba mengubah budaya-budaya masyarakat yang sudah lazim kepada suatu bentuk yang lebih mengikut syariat Islam.
- Dahulu, budaya hindu sangat kuat dipegang oleh kelompok nusantara. Namun setelah datangnya Islam, secara perlahan-lahan mula diterapkan asas Islam.
- Contoh : Mayat yang mati tidak boleh terus ditanam, harus ditunggu 7 hari untuk upacara keagamaan dan pemujaan. Pada setiap malamnya akan diadakan bacaan jampi dan dihidangkan dengan minuman-minuman keras dan pemujaan kepada roh.
- Islam datang dan mengubah budaya tersebut kepada yang lebih baik. Segala minuman keras dibuang. Bacaan mantera diganti dengan bacaan yasin dan tahlilan dengan tujuan mengabdikan diri kepada Allah. Mayat tidak lagi ditangguh pengebumiannya.
- Islam sedar akan situasi yang berlaku, dan faham dengan kejutan yang bakal diterima oleh mereka yang baru memeluk Islam jika ia serta merta dirubah dan dibuang.
- Adat dibiarkan kerana ingin menjaga haibah.
- ترك العادة عدوات - membuang adat menimbulkan permusuhan
- Sama seperti kes pembongkaran Ka'bah, Rasulullah berpesan kepada Aisyah bahawa Kaabah yang ada sekarang bukanlah Ka'ba asal yang dibina oleh Nabi Ibrahim, tetapi telah diubah semasa peristiwa banjir besar yang melanda Mekah sewaktu Jahiliyah dahulu. Namun, ia dibiarkan kerana kondisi umat yang baru sahaja menerima Islam, dan untuk mengelakkan permusuhan lebih berat oleh puak Quraisy kepada orang mukmin.
- Setelah kewafatan baginda, Aisyah menyampaikan berita ini kepada Abdullah bin Zubair, dan dia menganggapnya sebagai suatu amanah daripada Rasulullah. Maka dia telah mengubahnya, sehinggalah terjadi beberapa perang di kalangan tentera Islam pimpinannya. Abdullah bin Zubair tewas di tangan tenteta Abdullah bin Marwan, yang akhirnya memegang jawatan Khalifah selepas itu. Beliau juga berniat untuk mengubah Ka'bah sesuai dengan perasaannya bahawa Ka'bah tersebut masih lagi tidak sama dengan yang asalnya dibina oleh Nabi Ibrahim. Bijaknya Abdullah bin Marwan ini, kerana beliau terlebih dahulu meminta pendapat kepada kelompok ulama'-ulama' mujtahid pada masa itu. Dan akhirnya Imam Malik memberi pendapat supaya niatnya tidak diteruskan, kerana khuatir ia akan menjadi 'projek-projek' para pemerintah baru, maka akan jatuhlah martabat dan kewibawaan Ka'bah sebagai kiblat umat Islam. Maka dibiarkanlah seperti itu sehingga kini, kerana ingin menjaga Haibah.
- Amru Al-'As, gabenor Mesir pada ketika itu mendapat berita bahawa di kawasannya masih terdapat golongan penduduk yang memegang kepercayaan untuk mengorbankan anak perempuan mereka sebagai sembahan kepada sungai Nil, dengan tujuan mengelakkan bala bencana yang bakal dilakukan oleh 'roh' sungai Nil. Dia kemudian mengajukan kepada Khalifah Umar Al-Khattab tentang itu, kemudian Khalifah Umar menulis sepucuk surat khusus kepada sungai Nil.
- "Wahai Sungai Nil! Jika engkau mengalir pada hari ini atas kehendak Allah, maka teruskanlah, kerana tiadalah kuasa bagi aku untuk menghalang. Jika engkau mengalir kerana kehendakmu sendiri, ketahuilah bahawa aku adalah Khalifah Umar!"
**Dapatan dan sumber daripada ini diambil terus daripada pembentangan tersebut. Buat masa ini, penulis masih lagi dalam proses untuk mencari sumber-sumber asal tentang isi-isi yang dikongsikan untuk kegunaan rujukan dan bahan kajian. Namun tidak perlu khuatir, hasil awal daripada ini adalah diyakini benar, oleh kerana kezuhudan ilmunya dan giatnya kedua panel ini dilihat dalam usaha menyebarkan dakwah. Insyaallah, akan diperbaiki lagi pada masa akan datang. Penulis turut mengalu-alukan kepada pembaca untuk sama-sama membantu dalam membaiki penulisan ini. Terima kasih.
Untuk video penuh pengajian kali ke 196 bertarikh 11 Januari 2014, sila klik sini.
Ulasan
Catat Ulasan
Kereta rosak panggil pomen,
Sudah baca harap komen. XD