Ibu bapa Jepun mengajar anak mereka formula darab - Sifir Sarang Lelabah


Oleh : MuhammadNadzri



Sifir, darab, kali, dan ganda. Istilah saja berbeza, tapi inti dari perkataan tu sama je. Ingat lagi, masa di bangku sekolah rendah, buku petak-petak lah yang kebanyakan kita guna untuk buat rumus matematik. Mudah, dan bagusnya, kebanyakan buku tulis masa tu ada sifir 1 sampai 12 kat kulit belakangnya...


Kali ini, saya nak kongsi satu ilmu, kaedah "Spider Web Multiplication" ataupun dalam bahasa Malaysia disebut "Sifir Sarang Labah-Labah". Cara ini diguna oleh ibu bapa di Jepun untuk ajar anak-anak diorang rumus sifir.

Nak tau macam mana kaedahnya, mari sama-sama kita cuba!

Untuk kali pertama ni, kita guna nombor kecil dulu.... 13 darab 12...


1. 13 x 12 = ?
2. Untuk no 13, lukis 1 garis melintang, kemudian 3 garis lagi di bawahnya. (seperti gambar di atas)
3. Dan untuk no 12 pula, lukis 1 garis menegak di atas garisan melintang tadi, kemudian diikuti 2 garisan menegak di sebelahnya pula.
4. Kemudian, hitung berapa jumlah titik mengiring yang bertemu, bermula dari paling atas kanan, kemudian turun ke baris seterusnya.
5. Kita dah dapat no 1, 5 dan 6. Oleh kerana semuanya nombor tunggal (nombor sa), maka jawapannya mudah, iaitu 156.


Hmm...boleh tahan.....

Masih kurang yakin dengan kaedah ini? Jom kita cuba lagi dengan nombor yang lebih panjang....


146 x 15 = ?



\
1. Buat seperti tadi. lukis 1 garis menegak, kemudian, 4 garis menegak di sebelahnya, dan 6 lagi garis menegak.

2. Ditindih pula dengan 1 garisan melintang, dan 5 lagi garisan melintang dibawahnya.

3. Maka setelah kita kira titik silang tersebut, dapatlah 1, 9, 26, dan 30.

4. Jika nombor yang terhasil adalah dua digit atau lebih, kita perlu buat rumus tambah. Cuma bezanya, susun nombor akhir setiap digit tu satu petak ke belakang.

Contoh :

   1
   09
   026
0030
   2190             Maka, 146 x 15 = 2190, tak percaya cuba test dengan kalkulator.




Bagaimana?....mungkin kebetulan...

Jom cuba lagi dengan nombor yang lebih panjang...


14,759 x 365,421 = ?

Guna kalkulator senang je...tapi kita try guna cara spider web tadi tadi pulak




Sekarang, sama-sama kita kira titik silang




Buat rumus tambah macam tadi....




Hasilnya, 5,393,248,539....test guna kalkulator dulu....




P/S : Bagus untuk pelajar sekolah rendah, sebab mereka tak boleh pakai kalkulator. Kalau sekolah menengah dan ke atas, rasanya semua dah pakai kalkulator saintifik, ye tak? Mana lah tau kalau ada yang terlupa bawak kalkulator, boleh la cuba-cuba....

Sekadar perkongsian ilmu :)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Masjid Paling Cantik di Perak