Mengapa anda membuat blog?

Oleh : MuhammadNadzri


Mengapa anda berblogging?? Ada yang niat nak luangkan masa lapang dengan aktiviti brfaedah, ada juga yang sengaja nak cuba berjinak-jinak dengan dunia blogging ni. Apa-apa pun, blog ni memang suatu media yang fleksibal dan natural, siapa-siapa pun boleh terlibat dengan dunia blog, sama ada anda di kalangan pembaca ataupun anda seorang penulis blog. Agak-agaknya apa faedah kalau membuat blog ni ye?

1. Mungkin ramai dah tahu, orang yang blogging ni dapat berkongsi ilmu dan nasihat. Tak semua orang mampu nak mengajar secara direct, terus je cakap dan bagi ceramah. Jadi, blogging la cara terbaik untuk sampaikan pesan-pesan baik.

“Sampaikan dariku walau sepotong ayat”


2. Suatu media untuk anda melampiaskan idea-idea kreatif anda. Contohnya macam mana nak buat perkakas dari barang terbuang, dan lain-lain.


3. Nak mengasah bakat menulis anda. Lagi banyak anda menulis, makin bertambah cantik bahasa dan gaya penulisan yang anda gunakan.


4. Kalau anda pandai menulis cerita, cerpen dan novel, tetapi anda tak berkesempatan untuk menghasilkan dalam bentuk buku, (mungkin kerana kurang modal dan sebagainya), maka blogginglah salah satu cara untuk anda kongsikan idea anda tersebut.

Mana la tau, ada penulis skrip yang minat dengan cerita anda, dan nak ambil idea untuk buat filem.


5. Sebagai resume untuk dirujuk oleh penggaji dan syarikat-syarikat yang anda nak mohon kerja nanti, lebih-lebih lagi kalau kerja anda itu tentang penulisan. Contohnya, kerja sebagai freelance-writer ke, journalist ke, reviewer ke, dan sebagainya.

Berminat jadi freelancer, rujuk sini.


6. Sebagai diari online anda. Zaman kan sudah maju, macam-macam cara orang guna untuk buat diari. Boleh juga disimpan sebagai kenang-kenangan untuk anak cucu anda baca nanti.


7. Mencari traffic untuk tujuan bisnes dan iklan. Nak tahu lebih lanjut, rujuk ke laman sini.


8. Cita-cita untuk menegakkan kebenaran. Khususnya macam blog-blog politik, malas nak komen lebih-lebih.

“Mata pen lebih tajam dari mata pedang”
”Tapi saya guna keyboard?”


9. Blogging secara tidak langsung dapat membantu anda untuk istiqamah mencari ilmu.

Kalau tak baca buku, korang nak tulis apa? Merapu boleh la….


10. Kerana anda bosan, dan tak tahu nak buat apa?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Masjid Paling Cantik di Perak