Pencabulan di sebalik Brazil 2014

Diterjemah oleh : MuhammadNadzri
Artikel Asal : Brazil 2014: Our lives are worth more than football!

Brazil 2014 : Hidup Manusia lebih Berharga dari Bola Sepak!




Atas perintah mahkamah, pihak polis telah mengarah keluar 2000 orang gelandangan daripada kediaman mereka berhampiran kawasan Stadium Marcana, yabg merupakan tempat berlangsungnya Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil pada musim panas ini. Dengan menganggap bahawa pengarahan ini sebagai "langkah modenisasi" dan suatu kepeluan untuk "keselesaan umum", arahan keluar ini telah menyebabkan beribu-ribu keluarga, termasuk lelaki, wanita dan anak-anak hilang tempat berteduh dan hidup merempat. Kami telah menandatangai petisyen ini sebagai tanda bantahan terhadap pengarahan ini, juga untuk membela nasib keluarga-keluarga ini.

Kami telah meminta kepada Datuk Bandar Rio Eduardo Paes, Gabernor Luiz Fernando de Souza, (Pezão) dan presiden FIFA, Joseph S. Blatter supaya menghentikan segera pengarahan ini, yang dianggap kejam dan tidak bermoral.

Video disediakan oleh Paula Kossatz dan Katja Schilirò, yang telah dialih bahasanya ke bahasa Inggeris, English, memaparkan testimoni berkenaan seorang wanita yang hidup merempat, yang turut sama berada di City Hall (Bangunan Pusat Bandar) Rio sebagai langkah protes setelah dihalau dan diugut untuk keluar daripada tempat kediaman mereka.

“Evicted from Rio de Janeiro:

Ini sangat memalukan! Mereka melakukannya sekali lagi! Secara sembunyi-sembunyi sepanjang malam! Ini semua arahan daripada ahli-ahli politik! Eduardo Paes (Datuk Bandar Rio) dan Pazao (Gabernor Rio) yang mengarahkannya!

Jelas bahawa mereka mengusir dan memukul anak-anak kita! Bukankah mereka menyediakan tempat tinggal untuk mereka? Apakah fungsi UPP untuk komuniti kita ketika ini?

Anda telah menyebabkan kam semua terjebak dengan perkara-perkara keji ini!

Kami tidak mempunyai kayu! Kami tidak mempunyai apa-apa untuk menghadapi anda! Anda sekumpulan pengecut! Kamu semua lebih teruk dan busuk daripada parit!

Berselindung di selabalik nama Piala Dunia FIFA, kerajaan telah mewujudkan projek UPP - Unit Polis Pengamanan - dalam beberapa kawasan miskin Rio


Tujuan diadakan UPP hanya sekadar untuk menetapkan beberapa polis tentera di dalam wilayah Favelas, untuk berpura-pura kepada dunia bahawa Rio bukan sebuah bandar yang ganas.


Lagipun, FIFA dan penaja Piala Dunia memerlukan "solekan-solekan" seumpama ini untuk keuntungan kerja mereka.

Dengan wujudnya yuran sewa "keamanan" bagi wilayah Favelas, ia telah menyebabkan begitu banyak orang miskin terpaksa meninggalkan rumah mereka dan menduduki bangunan-bangunan usang di pinggir bandar.

 Wanita merempat ini merupakan salah satu daripada mangsa Piala Dunia baru.

Ke mana sahaja mereka pergi, kerajaan menghantar polis tentera untuk mengusir mereka dengan menggunakan kekerasan dan keganasan. Orang-orang ini menduduki kaki lima di sebelah pusat dewan bandar, terus berjuang untuk hak-hak mereka selepas diusir dari pekerjaan dan kediaman mereka di sebuah bangunan usang bekas milik syarikat telefon Oi.

Inilah kenyataanya yang berlaku di Brazil ketika ini, di bawah pemerintahan diktator yang telah dibayangi dengan agenda mega mereka... "

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Masjid Paling Cantik di Perak

5 Bilik Hotel yang Paling Mahal di Malaysia