Sejarah Peradaban Islam di Kemboja
Oleh : MuhammadNadzri
Penulisan ini merupakan hasil tugasan bagi kuliah Sejarah Peradaban Islam semasa penulis mengambil Ijazah Syariah di Institut Agama Islam Negeri Sumatera Utara. Ditulis asal dalam Bahasa Indonesia.
PENDAHULUAN
Islam merupakan agama yang minoriti di Kemboja secara keseluruhan yang mengiktiraf agama Buddha sebagai agama rasmi, namun Islam merupakan mayoritas di daerah Cham. Terdapat kira-kira 150,000 hingga 200,000 penduduk Muslim di Kemboja pada lewat 1975. Pencerobohan yang dilakukan oleh rejim Khmer, sebuah pencerobohan oleh puak komunis yang sangat kejam telah mengurangi jumlah komunitas Muslim secara mendadak.
Walaubagaimanpun pada tahun 1980-an, rejim gasar tersebut akhirnya telah berjaya dilumpuhkan dan mengekalkan komunitas Islam walaupun sedikit. Kesemua penduduk Muslim di Cham bepegangan Sunni dan bermazhab Shafi’i. Muslim yang ada di Kemboja pada masa kini dapat dibagikan kepada dua latar belakang, yaitu Muslim Tradisional dan Muslim Ortodoks (Moden).
Di dalam makalah ini, penulis akan membahas lebih lanjut berkenaan Kemboja, sejarah dan teori kedatangan Islam, sedikit latar belakang berkenaan rejim Khmer serta beberapa pembaikan yang telah berlaku di Kemboja setelah berakhirnya sejarah hitam tersebut.
PERBAHASAN
2.1 KEMBOJA DAN SEJARAH ISLAMNYA
Kemboja merupakan sebagian dari lingkungan Indo-China dan terletak di lokasi tenggara lautan Asia. Ia terletak berhampiran dengan Laos di sebelah timurnya, di bagian selatan terletaknya Vietnam, manakala di bagian tenggara dan baratnya besambung dengan kepulauan Thailand.[1]
Kemboja mempunyai keluasan sekitar 182,000 km persegi. Keberadaan kelompok Islam di Kemboja tidak diketahui secara tepat, karena banyak sumber yang berbeda mengenai teori kedatangan mereka ke tanah kemboja. Populasi penduduk muslim di Kemboja adalah kurang 10% dari jumlah keseluruhan rakyat Kemboja. Walaupun begitu, kerajaan langsung tidak mengambil peduli dan mengiktiraf keberadaan mereka, seraya mengeluarkan statistik yang kurang tepat berkenaan polulasi masyarakat minoritas tersebut.[2] Masyarakat Muslim Kemboja pada masa awalnya dihalang daripada meninggalkan tanah Kemboja, sama ada untuk keluar mengerjakan ibadah Haji, atau keluar melanjutkan pengajian Islam ke luar negara, gara-gara ingin mengkaburi fakta kepada dunia bahawa terdapat kelompok Muslim yang tinggal di wilayah Kemboja.
A. Teori Kedatangan Islam di Kemboja
Teori berkenaan asal usul Islam di Kemboja adalah berbeda-beda. Di dalam suatu sumber, penduduk Muslim Cham telah menelusuri sejarah asal nenek moyang mereka dan menemui bahawa ianya bersambung dengan bapa mertua Nabi Muhammad Saw yaitu Jahsh, bapa kepada Zaynab binti Jahsh. Islam dikatakan telah datang ke tanah Indo-China semasa penyebaran Islam ke wilayah dunia oleh para sahabat pada masa pemerintahan Abbasiyah melalui jalan laut pada tahun sekitar 617 – 618 masehi.[3]
Mempunyai 372 perkampungan, masyarakat Muslim Kemboja membagikan komunitas mereka kepada dua kelompok, yaitu kelompok Cham yang berasal daripada tanah Champa, sebuah bekas kerajaan yang terletak di selatan Vietnam. Manakala satu kelompok lagi adalah Chvea, yaitu kumpulan penduduk Melayu Muslim yang asli tinggal di selatan tanah tersebut. Komunitas Muslim di Kemboja mewakili 4% daripada keseluruhan populasi di Kemboja, yang mana peratus besarnya adalah beragama Buddha, kira-kira sebanyak 13 juta orang. Komunitas muslim pada masa tersebut tidak dapat diketahui secara tepat, dianggarkan sebanyak 400,000 hingga 500,000 sahaja. Menurut Farina So pula, komuniti Muslim Cham dianggarkan sekitar 700,000 orang atau 10% daripada 7 juta jumlah keseluruhan rakyat Kemboja pada masa tersebut.[4] Teori lain mengatakan bahawa keberadaan kelompok Islam di tanah Kemboja pula telah bermula sejak abad ke 17, yaitu kira-kira pada tahun 1823 semenjak peristiwa migrasi penduduk Muslim Cham ke daerah Kemboja, yang mana pada masa sebelumnya, langsung tidak didapati jumlah penduduk Muslim di situ.[5] Kebanyakan mereka tinggal di kawasan Timur Tengah Kemboja (provinsi Kampong Cham, Kandal dan Kampong Chnang) dan di sebelah selatan (provonsi Kampot dan Kampong Som).[6]
Namun tidak seperti Thailand, Muslim Kemboja merupakan kaum minoritas di mana-mana sahaja, dan karena itulah mereka kurang mendapat layanan dan tidak bebas untuk menempati mana-mana kawasan mengikut pilihan mereka, jelasnya atas faktor keselematan. Tambahan pula, sebagaimana keberadaan Muslim dari Yala, Pattani dan Narathiwat yang menjadi bahan kolonisasi Thailand, Muslim juga dianggap sebagai warga imigran di Kemboja. Kedatangan Cham ke Kemboja dicatat sebaik sahaja mereka beramai-ramai berhijrah melarikan diri daripada serangan tenteta Vietnam, semasa penaklukan besar-besaran negara tersebut pada abad ke 15 hingga 19. Kedatangan Chvea ke Kemboja pula adalah lebih selesa berbanding Cham, yang mana kebanyakan mereka merupakan golongan pedagang yang datang pada abad ke 14 daripada kepulauan Melayu, Jawa dan Sumatera.[7]
Masyarakat Cham memiliki mesjid-mesjid mereka sendiri. Pada tahun 1962, terdapat kira-kira 100 buah mesjid di sana. Setiap tahun, beberapa orang penduduk Cham akan dihantar untuk mengaji Al-Quran ke Kelantan, Malaysia. dan sebagian lainnya, akan mendapat peluang tajaan untuk menyambung pengajian ke Mekkah. Dilihat daripada statistik dan kajian pada lewat tahun 1950, kira-kira tujuh peratus (7%) daripada penduduk Cham telah berjaya menamatkan pengajian mereka dan kebanyakannya memakai serban sebagai tanda mereka menamatkan pengajian.[8]
B. Muslim Tradisional dan Ortodoks
Pada dasarnya, pemikiran dan sosial masyarakat Muslim di Kemboja dapat dilihat kepada dua kelompok yang utama. Kelompok Melayu asli yang telah lama tinggal di perkampungan Kemboja dikatakan sebagai Muslim tradisional, oleh karena mereka masih setia mengamalkan adat dan tradisi turun temurun mereka. Manakala, masyarakat Muslim yang lebih moden dikenali sebagai Muslim ortodoks, karena pemikiran mereka adalah berasas kepada pemikiran-pemikiran akademis dan fahaman agama yang tinggi. Maka, golongan inilah yang kebanyakannya terdapat di Kemboja pada masa kini.
Masyarakat Cham tradisional masih mengekalkan banyak istiadat dan tradisi masyarakat lama. Mereka mengakui bahawa Allah merupakan tuhan yang maha agung, namun mereka tidak secara langsung tidak menafikan pengamalan-pengamalan bersifat non-islamik. Di dalam kebanyakan praktek istiadat, mereka lebih dekat kepada tradisi yang mana peratus besarnya adalah daripada penganut Buddha. Ahli-ahli agama di kalangan penduduk Cham memakai seragam putih, dan mereka mencukur segala rambut di kepala dan muka mereka. Golongan ini juga turut mempercayai pengaruh sihir dan perdukunan. Mereka masih mempercayai dan melakukan praktek dukun untuk mengelakkan bala bencana, menyembuhkan penyakit, dan lain-lain untuk keselamatan mereka. Adat mereka juga mempercayai kepada mitos-mitos magis di kalangan orang-orang lama. Walaupun begitu, mereka tetap menunjukkan minat dan member keutamaan terhadap beberapa amalan Islam seperti mengerjakan haji, solat lima waktu, dan sebagainya. Masyarakat Muslim tradisional amat sinonim dengan adat istiadat mereka, walaupun ianya sekarang sudah semakin lurus dan ditapis, karena berkembangnya ajaran Islam di kalangan mereka secara perlahan-lahan.[9]
Masyakarakat Cham ortodoks telah berjaya mengadaptasi lebih banyak pengamalan dan kefahaman mereka hasil dariapa perhubungan baik mereka dengan komunitas Melayu, khususnya di dalam perkawinan campur diantara mereka. Malahan, masyarakat Cham telah banyak mengamalkan adat istiadat Melayu, mengamalkan institusi kekeluargaan Melayu, dan ramai juga di kalangan mereka yang bertutur di dalam bahasa Melayu. Mereka turut aktif menghantar jemaah-jemaah haji ke Mekah, dan turut menghadiri seminar-seminar Islamik di peringkat internasional. Konflik di antara penduduk Cham tradisional dan ortodok mula lahir secara perlahan-lahan, jelasnya pada tahun 1954 hingga 1975. Misalnya, jika terdapat dua kelompok tersebut di dalam suatu daerah perkampungan, setiap kelopok akan mempunyai mesjid mereka masing-masing, dan membedakan organisasai keagamaan di antara mereka.[10]
C. Agensi Kemasyarakatan Islam di Kemboja
Komunitas Muslim Cham tinggal di kalangan kelompok kampung mereka yang tersendiri, oleh karena perbedaan mereka dengan masyarakat Kemboja yang lain dari sudut pegangan agama, bahasa dan budaya. Perkampungan tempat tinggal mereka dikenali sebagai Kampung Cham. Terdapat beberapa kampung mempunyai yang mempunyai sebuah mesjid, namun tidak terlalu banyak. Penduduk Muslim Cham tidak menikahi masyarakat Kemboja yang lain, kecuali dalam kuantiti yang kecil. Sangat jarang juga golongan Kemboja yang mayoritas ingin menikahi orang-orang Cham, dan beralih kepada agama Islam. Karena itulah, jumlah penduduk Muslim di Kemboja amat kecil. Di setiap perkampungan mereka akan didirikan sebuah bangunan pentadbiran kecil, yang diselia oleh dua atau tiga orang pejabat dari kalangan setempat, dikenali sebagai ketua kampung.
Bangunan ketua kampung tersebut bertujuan untuk menyelenggarakan aktivitas berkenaan penduduk Muslim, khususnya yang berkaitan dengan urusan ibadah dan muamalah harian mereka. Seorang ketua kampung berperan melantik seorang Imam untuk mengepalai solat di mesjid, Khatib yang membacakan khutbah setiap Jumaat dan Mu’azzin yang bertugas menguarkan waktu masuk solat. Setiap kampung tersebut terletak di bawah kawalan Majelis Tertinggi Pengamalan Agama Islam Kemboja yang kebanyakannya diwakili oleh golongan Imam, penasihat dan penguasa mesjid. Majelis ini pula berada di bawah pengawasan Kementerian Keagamaan Buddhist dan Pengamalan di dalam Kementerian Kemboja.
Pada pengakhiran abad ke 19, masyarakat Muslim Kemboja telah membentuk satu kesatuan komuniti yang utuh, menggunakan autoritas yang dimiliki oleh empat penasihat dan penguasa tertinggi, terdiri daripada golongan mufti, tok kalih, raja kalik, dan tuan pake. Suatu majelis permesyuaratan telah ditubuhkan di perkampungan Cham terdiri daripada seorang hakim dan beberapa orang khatib, bilal dan labi (siak). Keempat-empat penasihat tertinggi dan hakim tersebut telah dikecualikan daripada pajak persendirian, dan mereka turut dijemput menghadiri perbicaraan dan pengacaraan kebangsaan di Mahkamah Agung.
Semenjak kemerdekaan Kemboja, komunitas Muslim telah diletakkan di bawah pemerhatian lima ahli majelis yang mewakili komuniti tersebut yang membabitkan pengaturcaraan bersifat formal dan berhubung dengan komunitas Islam yang lain. Setiap kelompok Muslim tersebut akan diwakili oleh seorang hakim yang mengepalai komunitas dan mesjid, seorang Imam yang mengetuai solat, dan seorang bilal yang melaungkan azan untuk panggilan solat.
Pada tahun 1970, dua agensi kemasyarakatan Islam telah didirikan di Kemboja :[11]
1. Pusat Pembudayaan Islam Kemboja, yang mengatur tentang adat, sosial dan keadaan masyarakat Muslim Kemboja.
2. Pertubuhan Belia Islam Kemboja, yang membela hak pendidikan, hak sosial, menanggani permasalahan sosial keagamaan golongan pelajar, dan menjamin kelangsungan pelajar miskin yang datang untuk melanjutkan pengajian di kota. Pertubuhan ini telah memainkan peranan penting semasa tercetusnya Regim Khmer yang mana kebanyakan daripada penduduk Muslim telah lari keluar dari kawasan-kawasan penempatan mereka.
Di sebalik kemunculan pertubuhan-pertubuhan tersebut, masyarakat muslim masih kurang mengambil perhatian terhadap fungsi dan tujuan penubuhannya, menyebabkan kebanyakan mereka enggan untuk menghantar anak-anak mereka untuk belajar ke sekolah-sekolah publik di kota-kota besar, karena masih khuatir dengan pengaruh agama Buddha yang merupakan pegangan mayoritas masyarakat Kemboja. Mereka lebih cenderung memilih untuk kekal di pengajian-pengajian Al-Quran yang disediakan di pondok-pondok kecil. Di sanalaj mereka mempelajari ilmu kira-kira (ilmu hisab), membaca, dan mengaji Al-Quran. Kebanyakan kelas-kelas pengajian ini juga terletak di dalam mesjid-mesjid. Masyarakat Muslim di Kemboja kebanyakan bekerja sebagai petani dan pesawah. Mereka menggunakan alatan tradisional lama, sama ada dalam aktiviti nelayan, pertanian dan pembinaan. Hanya segelintir daripada mereka yang menceburi bidang perniagaan ke bandar-bandar besar.
Di sebalik itu, ada juga segelintir umat Islam Kemboja yang memainkan peranan penting dalam kehidupan politik. Dalam era pembangunan ini, terdapat beberapa orang Muslim yang menjabat sebagai penasihat bagi Kementerian Keagamaan dan Kebudayaan, yang khususnya dipelopori oleh mayoritas beragama Buddha. Terdapat juga rakyat Muslim yang dilantik sebagai perunding bagi permasalahan-permasalahan berkaitan masyarakat Islam di Mahkamah Agung Kemboja. Begitulah beberapa contoh peranan Muslim Kemboja dalam arena politik negara.[12]
2.2 REJIM KHMER: PERISTIWA HITAM PENDUDUK MUSLIM CHAM
Demokratis Kemboja, yang lebih dikenali sebagai Rejim Gasar Khmer telah berkuatkuasa pada 17 April 1975 setelah rejim Lon Nol menjadi dingin.[13] Beberapa kelompok pemimpin komunis, dengan “bersenjatakan” ideologi radikal Maoist dan Marxist-Leminist, telah berencana untuk merubah negara Kemboja kepada sebuah kerajaan agrarian utopia. Dalam rangka melaksanakan visi mereka tersebut, rejim Khmer telah dilancarkan dengan melupuskan pasaran, keuwangan, menghapuskan segala bentuk pengamalan keagamaan, dan menutup semua bank-bank, institusi akademik, pendidikan tambahan, gereja, institusi keagamaan, dan perdangangan komersial.[14] Banyak mesjid dan rumah-rumah ibadat diselongkar, lalu ditukar kepada kandang-kandang binatang, gudang barangan, rumah simpanan, dan tempat penyeksaan. Bekas askar, pejabat-pejabat awam, pemimpin politik, warga pendidik, dan para medis turut menjadi sasaran para komunis. Para pendeta dikurung dan dihantar ke perkampungan untuk melakukan kerja buruh berat. Sebagian daripada mereka dibunuh, dan sebagian lain dipaksa untuk turun ke medan peperangan. Naskah-naskah suci, seperti kitab-kitab agama Buddha dan Al-Quran turut dibakar, malah lebih jijik dijadikan pengganti alas kamar mandi. Rejim Khemer memasang niat untuk melenyapkan semua etnis-etnis lain dan mewujudkan hanya satu etnis yang berkuasa, yaitu puak Khmer.[15]
Pol Pot selaku perancang rejim tersebut melaksanakan polisi radikal yang dimulai dengan pelupusan kesemua rakyat daripada kota besar Phnom Penh dan beberapa kota kecil di kawasan pedalaman, dengan tujuan menjayakan tranformasi agrikultur yang sudah jelas membutuhkan tenaga kerja manusia yang sangat banyak.[16] Hasil daripada institusi polisi radikal yang telah dibawa inilah, masyarakat dibagikan kepada dua kelompok yaitu golongan “murni” diwakili golongan-golongan yang mengeluarkan perintah dan golongan “tercemar” yaitu komunitas baru hasil ciptaan krisis tersebut.[17]
Semua bahasa juga telah diharamkan penggunaannya kecuali bahasa pertuturan yang dipkai oleh kelompok Khmer. Setiap hasil seni, musik, lagu, persembahan, dan drama hasil rejim terdahulu dihapuskan, malah para artis turut dikecam dan dipantau. Hasil daripada rejim tersebut juga, segala bentuk penyembahan telah ditukar, malah memaksa setiap orang untuk menyembah kepada berhala Angkar. Mereka menyebarkan fahaman Angkar bahawa setiap penghasilan yang mereka perolehi itu adalah berkat kurniaan Angkar.[18]
Di bawah rejim gasar ini juga, populasi rakyat Kemboja telah menurun dengan sangat mendadak, disebabkan jumlah kematian yang sangat tinggi setiap hari dan penyeksaan yang dilakukan ke atas mereka. Semua rakyat dikerah untuk berpakaian hitam, malah ada juga yang ditelanjangkan sesuka hati, mereka dilarang untuk mengadakan sebarang tanda protes dan bantahan terhadap golongan atasan. Dalam tempoh empat tahun sahaja, hampir dua juta nyawa telah gugur akibat penderitaan, kebuluran, penyakit dan hukuman bunuh.[19]
Selepas empat tahun, rejim Khmer telah dijatuhkan oleh pakatan ketenteraan Vietnam bersama Kesatuan Kebangsaan Kemboja pada Januari 1979. Sejurus selepas kejatuhan rejim tersebut, ramai pelarian yang pulang semula ke kampung halaman mereka, sebagiannya berpindah ke tempat-tempat lain yang lebih selesa. Mereka membina kehidupan baru setelah itu, hanya menggunakan tangan mereka sendiri selepas kejatuhan ekonomi yang sangat mendadak, termasuklah krisis pendidikan dan lain-lain yang telah hancur semasa rajim Khmer.[20]
Menurut sumber masyarakat Cham, sebanyak 132 buah mesjid telah dimusnahkan sewaktu berlakunya era keganasan Rejim Khmer. Golongan Muslim tidak dibenarkan untuk menyembah tuhan mereka, dan kebanyakan daripada mereka telah dibunuh tanpa sebab. Namun, setelah campur tangan Vietnam yang melancarkan rejim PRK (People’s Republic of Kampuchea), barulah Islam telah diberi kebesasan yang sama seperti Buddha. Dipercayai hanya kira-kira 185,000 Muslim Cham yang tinggal di Kemboja pada tahun 1980-an dan bilangan mesjid hampir sama dengan bilangannya sebelum tahun 1975. Pada awal tahun 1988, terdapat enam buah mesjid di sekitar kawasan Pnom Penh dan beberapa buah lagi dikawasan provinsi. Walaubagaimanapun, bilangan masyarakat Muslim kian menipis semenjak perisitiwa hitam tersebut, dianggarkan hanya 20 daripada 113 perkampungan Muslim Cham masih terpelihara dan selamat daripada era kekejaman rejim Khmer.[21]
Menurut beberapa pendapat sarjana, anggaran korban rejim Khmer adalah kira-kira 400,000 hingga 500,00 orang. Khususnya, masyarakat Muslim Cham telah mengalami derita yang sangat hebat disebabkan latar belakang agama dan etnis mereka. Secara kasar, 65% yang terselamat daripada korban tersebut adalah golongan wanita. Mereka jugalah yang telah membantu dalam usaha menghidupkan kembali taraf sosial di kalangan Muslim Kemboja. Walaupun mayoritas wanita pada masa tersebut tidak mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi, mereka tetap juga berusaha dan menyokong usaha-usaha lelaki mereka, setidaknya dengan mendidik dan menyara anak-anak mereka selepas kematian si bapa.[22]
2.3 FASA KEBANGKITAN DAN SELEPAS PENCEROBOHAN KHMER
Pencerobohan Khmer merupakan suatu peristiwa hitam yang tidak dapat dilupakan oleh setiap warga Kemboja, khususnya masyarakat Muslim yang sudah banyak mengalami trauma dan kepahitan daripadanya. Elizabeth Tonkin, seorang pengkaji sejarah dari Barat telah menulis bahawa, “Masa kini tercipta daripada apa yang telah diciptakan pada masa lampau.”[23] Memori rakyat Kemboja yang terselamat menjadi acuan yang membentuk komunitas Muslim yang baru, hasil daripada pengalaman mereka itulah masyarakat Muslim Kemboja memperoleh semangat untuk membina kehidupan baru.
Perjuangan Muslim dalam mempertahankan Kemboja daripada pengaruh komunis juga turut tercatat di dalam sejarah, banyak pencerobohan dan kisah penyeksaan mereka yang menjadi bahan cerita dari masa ke semasa. Sebagian daripada mereka ada yang ditanam hidup-hidup, beberapa orang dihukum bunuh dengan ngeri, dan kebnayakan mereka telah diseksa beramai-ramai. Mesjid-mesjid telah dicerobohi, param Imam, golongan ‘alim, professor, dan penguasa-penguasa perkampungan Muslim telah dikurung. Para wanita telah diperlakukan tanpa rasa hormat dan diperkosa secara terang-terangan oleh kafir komunis.[24]
Peristiwa komunis mengambil alih Kemboja pada tahun 1975 tersebut telah melahirkan kelompok mujahidin di kalangan pemuda-pemuda Muslim Kemboja, yang akhirnya telah memaksa mereka melancarkan perang terhadap pihak demi membawa pulang kembali saudara-saudara seagama mereka yang telah ditahan, serta mengembalikan kesejahteraan tanah air mereka.[25] Jihad adalah berjuang dengan sungguh-sunguh menurut syariat Islam, dengan tujuan untuk menegakkan syariat agama dan membebaskan belengu penyeksaan umat Islam dengan cara-cara sesuai dengan garis perjuangan yang ditunjukkan Rasul dan para sahabat.[26]
Selepas tahun 1975 yaitu pada era permulaan sistem republik, jumlah pejabat-pejabat politik yang disertai orang-orang Muslim semakin meningkat. Seorang Muslim telah dilantik sebagai Wakil Senat, empat orang yang mendapat kerusi di dalam Bangunan Perwakilan, beberapa lagi Muslim yang diangkat sebagai Menteri Dalam Negara, dan lima orang yang diberi mandat sebagai Menteri Perhubungan Luar.
Kepimpinan Pol Pot berakhir ketika terjadi invasi Vietnam dan kekuasaan diambil alih oleh Front Kesatuan Kemboja untuk Keselamatan Nasional yang dipimpin oleh bekas tentera Khmer Merah Heng Samrin. Pemerintahan berhasil cukup baik dengan program kemandirian produksi bahan pangan, pendidikan dan kesehatan serta dilakukannya usaha besar-besaran untuk mendapatkan bantuan dari PBB. Memang sampai sekarang masih cukup bergantung dari bantuan luar negeri, tetapi perbaikan sudah banyak terjadi setelah kehancuran total akibat berbagai masalah yang telah terjadi sebelumnya.[27]
KESIMPULAN DAN PENUTUP
Pada hari ini, Muslim Kemboja telah bebas untuk mempraktek urusan keagamaan mereka sehari-hari, secara normal tanpa ada kekangan dan pandangan sinis terhadap mereka lagi. Ini merupakan salah satu hasil positif daripada era PRK (People’s Republic of Kembodja) yang mana Islam diberikan kebesasan yang seumpama dengan agama Buddha. Rakyat Cham juga turut senang dengan hak-hak demokratik yang diberikan kepada mereka kini, akhirnya mereka dibenarkan untuk turut serta dalam pemilihan pemimpin negara dan menjabat sebagai ahli-ahli politik.
Walaupun begitu, kesan daripada peristiwa hitam yang berlaku pada 1975 tersebut sedikit sebanyak meninggalkan kesan yang dapat kita lihat sehingga kini. Walaupun sudah kembali aman, perkembangan masyarakat Muslim di Kemboja masih di tahap yang perlahan. Akibat dibebani dengan pelbagai krisis sebelumnya sehingga menyebabkan kejatuhan terhadap ekonomi dan pelbagai sektor lain, umat Islam di Kemboja kini terpaksa membanting tulang untuk menstabilkan kembali kondisi sosial mereka.
Di samping itu, mereka sentiasa memerlukan bantuan dan sokongan daripada kita. Selaku saudara sesama akidah, kita seharusnya lebih peka terhadap isu-isu umat Islam, sama ada dengan mengambil tahu, menyebar maklumat, mahupun turut sama dalam membantu mereka membina semula peradaban Islam di tempat mereka.
DAFTAR PUSTAKA
Buku :
F. Hassan, Abdillah. 2011. Ensiklopedi Lengkap Dunia Islam: Mengenal dan Menelusuri Jejak Sejarah Islam Lebih Mendalam, Cetakan Pertama, Yogyakarta: Mutiara Media.
Ibrahim, Ahmad. 1985. Readings on Islam in Southeast Asia, Cetakan Pertama, Singapore: Institute of Southeast Asia Studies.
North, Peter. 2008. Culture Shock! A Survival Guide to Customs and Etiquette :Cambodia, Cetakan Kedua, Tarrytown, New York: Marshal Cavendsih Corporation.
Tjahyono Adi, Robert. 2007. Mengenal 192 Negara di Dunia, Cetakan Pertama, Jakarta: PT. Buku Kita.
Jurnal / Makalah / Disertasi:
De Féo, Agnés. Transnational Islamic Movement in Cambodia, kertas kerja sempena International Conference diselia oleh Centre de Sciences Humaines (CSH) dan India International Centre (IIC) di New Delhi, April 16, 2007.
So, Farina. An Oral History of Cham Muslim Women in Cambodia under the Khmer Rouge (KR) Regime, disertasi diselia oleh Haley Duschinski, Faculty of Center for International Studies, Ohio University, June 2010.
Laman Internet :
Islam in Cambodia :
http://en.wikipedia.org/wiki/Islam_in_Cambodia
Story of Islam in Cambodia :
http://islamstory.com/en/node/42867
___________________________________________________________________________
[1] Robert Tjahyono Adi, Mengenal 192 Negara di Dunia, (Jakarta: PT. Buku Kita, 2007), h. 299
[2] Agnés De Féo, Transnational Islamic Movement in Cambodia, (New Delhi, April 16, 2007), h. 6
[3] http://en.wikipedia.org/wiki/Islam_in_Cambodia
[4] Farina So, An Oral History of Cham Muslim Women in Cambodia under the Khmer Rouge (KR) Regime, (Ohio University, June 2010), h. 18
[5] http://islamstory.com/en/node/42867
[6] Peter North, Culture Shock! A Survival Guide to Customs and Etiquette: Cambodia, (Tarrytown, New York: Marshal Cavendsih Corporation, 2008), h. 67
[7] Ibid. Agnés De Féo, h. 2
[8] http://en.wikipedia.org/wiki/Islam_in_Cambodia
[9] http://en.wikipedia.org/wiki/Islam_in_Cambodia
[10] http://en.wikipedia.org/wiki/Islam_in_Cambodia
[11] http://islamstory.com/en/node/42867
[12] http://islamstory.com/en/node/42867
[13] Ibid. Robert Tjahyono Adi, h. 300
[14] Ibid. Peter North, h. 68
[15] Ibid. Farina So, h. 15
[16] Ibid. Robert Tjahyono Adi, h. 300
[17] Ibid. Farina So, h. 15
[18] Ibid.
[19] Ibid. h. 16
[20] Ibid.
[21] http://en.wikipedia.org/wiki/Islam_in_Cambodia
[22] Ibid. Farina So, h. 17
[23] Ibid. h. 13
[24] Ahmad Ibrahim, Readings on Islam in Southeast Asia, (Singapore: Institute of Southeast Asia Studies, 1985), h. 195
[25] http://islamstory.com/en/node/42867
[26] Abdillah F. Hassan, Ensiklopedi Lengkap Dunia Islam: Mengenal dan Menelusuri Jejak Sejarah Islam Lebih Mendalam, (Yogyakarta: Mutiara Media, 2011), h. 91
[27] Ibid. Robert Tjahyono Adi, h. 301

Ulasan
Catat Ulasan
Kereta rosak panggil pomen,
Sudah baca harap komen. XD