Logik Hak Hadhanah dan Mesin Coca Cola

Oleh : MuhammadNadzri




Dalam post kali ini, saya nak tunjukkan satu contoh apabila berlaku perlagaan antara filsafat dengan ilmu, dan bahayanya jika seorang terlalu banyak berfilsafat, tapi tak mahu melebihkan ilmu.

Ada kawan yang hantar mesej ni melalui WhatsApp, asalnya sengaja nak kongsi-kongsi cerita santai, buat hilang stress lah katakan. Tapi, lepas baca berulang kali, dapat pulak ilham lain. Moga-moga bermanfaat.



STUDI KES
Logik Hak Hadhanah: Siapa Mendapat Hak Penjagaan Anak?


Rentetan kes:
 Seorang Suami(Rizal) dan Isterinya (Nora) menghadiri perbicaraan perceraian mereka. Dalam perbicaraan tersebut, hakim akan memutuskan siapa yang mendapat hak penjagaan anak.


Terdakwa : Nora
Pendakwa : Rizal


Kenyataan Pembelaan:


Nora : "Yang Mulia, Saya yang mengandung, melahirkan bayi itu ke dunia dengan kesakitan dan kesabaran saya ! Anak itu harus menjadi hak Saya !!"


Hakim: "Apa pembelaan anda terhadap tuntutan isteri Anda?"


Rizal: "Yang mulia... Jika saya memasukkan wang ke mesin minuman Coca-Cola, mesinnya bergoyang sebentar, dan minumannya keluar, menurut Tuan Hakim, Minumannya milik Saya atau Mesinnya?"


Maka, terpinga-pingalah si Hakim kerana kecetekan ilmunya.....




 


P\S : Akal manusia ibarat mi segera, kadang-kadang bagus buat alas perut, tapi berbahaya pada tubuh kalau makan kerap sangat....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Masjid Paling Cantik di Perak