Uji Kecepatan Otak Anda

Sumber : Perkongsian daripada Whatsapp


PERMAINAN FOKUS WARNA

Hmm, mungkin ramai yang tak sedar, kebanyakan manusia kurang fokus terhadap beberapa perkara. Ini kerana kemampuan otak manusia yang terbatas dalam memikirkan banyak perkaitan dalam tempoh masa yang serentak, terutamanya apabila ianya saling diputar belitkan dan dimonopoli dengan kebiasaan. Tak percaya? Mari cuba permainan ringkas ini.



Syarat bermain :
1. Jawab dengan spontan (mesti cepat), tak boleh fikir lama-lama
2. Baca satu demi satu.
3. Fokus.

Mula.

1. Kertas A4 warnanya apa ?
2. Awan warnanya apa ?
3. Tisu warnanya apa ?
4. Lembu minum apa ?
Kalau jawapan anda susu, fokus anda terganggu, sebab lembu minum air. Ok, lagi skali dengan pantas.

1. Rambut anda warna apa?
2. Bulu mata warnanya apa?
3. Jalan tar warnanya apa?
4. Kelawar tidur bila?
Kalau jawapan anda malam, maknanya fokus anda silap. sebab kelawar tidur siang hari.
Ok try lagi. Jawab dengan pantas..!!!

1. Cendol warna apa?
2. Daun kelapa warnanya apa?
3. Rumput warna apa?
4. Zirafah makan apa?
Yang jawab rumput , itu salah, sebab zirafah makan daun.


Haaaa..!! Salah berapa?? Cepat mengaku! Jangan senyum sorang-sorang, nanti ada yang ingat anda kurang siuman..hehehe..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Masjid Paling Cantik di Perak