Rukhsah Solat Qasar

Oleh : MuhammadNadzri
Penulisan ini merupakan hasil tugasan bagi kuliah Fiqh Ibadah semasa penulis mengambil Ijazah Syariah di Institut Agama Islam Negeri Sumatera Utara, telah dibentangkan pada tarikh 27 Oktober 2013. Ditulis asal dalam Bahasa Indonesia.


Allah SWT telah memberi kelonggaran dan keringanan kepada umat Islam dalam mengerjakan ibadah solat dalam situasi tertentu khususnya ketika bermusafir. Kelonggaran ini dinamakan rukhsah solat.

Sabda Rasullah SAW :
إن الله يحب أن تؤتى رخصـه كما يكره أن تؤنى معصـيته.
“Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringanan) yang diberikan olehNya seperti Allah membenci  dilakukan maksiat kepadaNya”.
Hadis riwayat Ahmad.

Rukhsah Solat bertujuan supaya umat Islam dapat menunaikan fardhu Solat dalam apa keadaan sekalipun, di samping membuktikan bahawa agama Islam yamg mengambilkira  kebajikan umat dan bukanlah agama yang menyusahkan. Allah telah mensyariatkan Solat Qasar dan Solat Jamak sebagai rukhsah bagi mereka yang bermusafir.

Hikmah Disyariatkan Solat Qasar

1. Meringan/memudahkan umat Islam utk menunaikan solat dalam perjalanan.
2. Tanda kasih sayang Allah kepada manusia.
3. Supaya solat fardhu dapat dilaksanakan dlm apa kedaan sekalipun.
4. Menggalakkan umat Islam bermusafir/melancong/ziarah-menziarahi bagi menambahkan keimanan dan 

    mengeratkan tali persaudaraan.

Definisi Salat Qasar

Bahasa : Berasal daripada kata arab (القصر) yang berarti pendek atau ringkas.
Istilah   :                                   هو تخفيف الصلاة الرباعية وأداؤها ركعتين في السفر
            “Meringankan solat empat rakaat menjadi dua rakaat semasa di perjalanan.”
            “Salat yang diringkas, yaitu dari 4 rakaat menjadi 2 rakaat apabila berada dalam perjalanan menuju 
              tempat yang jauh.”[1]

Syarat boleh mengqasarkan salat :

1. Bepergiannya bukan mengandung unsur negatif, misalnya untuk tujuan maksiat, merampok, menipu, atau 
    mencuri. Boleh mengqasar apabila bepergian untuk berdagang, membayar utang, minkmati keindahan 
    alam, pergi haji, silaturahmi, dan sebagainya yang baik.
2. Perjalanannya mencapai masafat qasar (jarak boleh qasar) :
            i. Perjalanan berjarak jauh, sekurang-kurangnya 80.640 km atau lebih (perjalanan sehari 
               semalam)[2]
عن شعبة قال سألتُ انسا عن قصر الصلاة فقال كان رسول الله صلى الله عليه و سلم اِذا خرج مسيرة ثلاثة فراسخ صلّى ركعتين
Dari Syu’bah : Ia berkata, “Saya telah bertanya kepada Anas tentang mengqasar salat. Jawabya, “Rasulullah SAW apabila menempuh jarak perjalanan tiga mil[3] atau tiga farsakh[4] beliau salat dua rakaat”.”                                     (Riwayat Ahmad, Muslim, dan Abu Dawud)
Keterangan berkenaan jarak perjalanan[5] :
1 mil syari’i          = 6 000 hasta = 4 000 langkah
1 hasta                  = 24 jarak biasa (sederhana) = 0.48 m
1 jari                     = 0.02 m
1 langkah              = 0.72 m
1 mil syari’i          = 6 000 hasta = 2 880 m = 1.9 pal
1 farsakh              = 3 mil = 8 640 m = 5.7 pal
1 bard                   = 4 farsakh = 34 560 m = 36.9 pal
1 safar tawil         = 4 bard = 138 240 km = 91.2 pal
            ii. Jarak perjalanan harus lebih dari 16 farsakh atau 48 mil atau di atas 88.5 km (melebihi 2 
                marhalah)[6]
            iii. Sejauh dua hari perjalanan unta yang dibebani, termasuk waktu yang dipakainya untuk berhenti 
                 makan dan minum secara sederhana, yaitu :
                              4 bard 16 fasakh 48 syari’i = 138.24 km = 91.2 pal.[7]
            iv. Sebahagian ulama berpendapat, “Tidak hanya disyaratkan dalam perjalanan jauh, tetapi asal 
                dalam perjalanan, jauh ataupun dekat.” – kebanyakannya ulama Saudi seperti Said Sabit, Ibn 
                Taimiyah.[8]

3. Salat yang bisa diqasar hanya yang berjumlah 4 rakaat, ialah salat adaan (tunai), bukan salat qada.[9] Salat yang ditinggal karena tidak sempat dikerjakan di rumah, tidak boleh diqasar. Misalnya, ketika berangkat dari rumah adalah masih waktu Salat Asar. Maka Salat Asar itu tidak boleh diqasar di perjalanan nanti, yang boleh diqasar adalah solat Isya’ nanti.[10]

4. Berniat qasar ketika takbiratul ihram.
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ/ العَصْر/ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا لله تعالى
“Sahaja aku solat fardhu Zuhur / Asar/ Isya’ dua rakaat Qasar kerana Allah Taala.”

5. Tidak boleh bermakmum sebagian rakaat salatnya kepada orang yang bermukim atau menetap yang 
    mengerjakan salat penuh 4 rakaat.

6. Tidak berniat mukim melebihi 4 hari, tidak termasuk perjalanan pergi dan balik.
قال النووىُّ : قال الشافعي والأصحاب إن نوى اقامة اربعة ايام صارمقيما وانقطعت الرخص
Nawawi berkata, “Syafi’i dan sahabat-sahabatnya berkata, “Jika seseorang berniat akan menetap (tinggal) selama empat hari maka jadilah ia mukim dan putuslah baginya rukhsah (tak boleh lagi melakukan qasar)”.”[11]                                                   
Al-Majmu’


[1] Drs. H. Ibnu Mas’ud, Drs. H. Zainal Abidin S., Edisi Lengkap Fiqih Madzhab Syafi’I, Buku 1: Ibadah, Cetakan II, Bandung, Pustaka Setia Januari 2007, hlm. 286
[2] H. Sulaiman Rasjid, Fiqh Islam, Cetakan Sinar Baru Algensindo Offset Bandung, Juni 2012, hlm. 118
[3] Tiga mil = 80.640 km
[4] Tiga farsakh = 25.92 km
[5] Drs. H. Ibnu Mas’ud, Drs. H. Zainal Abidin S., Edisi Lengkap Fiqih Madzhab Syafi’I, Buku 1: Ibadah, Cetakan II, Bandung, Pustaka Setia Januari 2007, hlm. 287-288
[6] Marzuqi Yahya, Panduan Fiqih Imam Syafi’I; Ringkasan Kitab Fathul Qarib Al-Mujib, Cetakan 1, Penerbit Al-Maghfirah, Jakarta Timur 2012, hlm. 46
[7] Drs. H. Ibnu Mas’ud, Drs. H. Zainal Abidin S., Edisi Lengkap Fiqih Madzhab Syafi’I, Buku 1: Ibadah, Cetakan II, Bandung, Pustaka Setia Januari 2007, hlm. 287
[8] H. Sulaiman Rasjid, Fiqh Islam, Cetakan Sinar Baru Algensindo Offset Bandung, Juni 2012, hlm. 119
[9] H. Sulaiman Rasjid, Fiqh Islam, Cetakan Sinar Baru Algensindo Offset Bandung, Juni 2012, hlm. 119
[10] Marzuqi Yahya, Panduan Fiqih Imam Syafi’I; Ringkasan Kitab Fathul Qarib Al-Mujib, Cetakan 1, Penerbit Al-Maghfirah, Jakarta Timur 2012, hlm. 46
[11] Drs. H. Ibnu Mas’ud, Drs. H. Zainal Abidin S., Edisi Lengkap Fiqih Madzhab Syafi’I, Buku 1: Ibadah, Cetakan II, Bandung, Pustaka Setia Januari 2007, hlm. 292

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Masjid Paling Cantik di Perak