Salat Khauf (Salat Takut)

Oleh : MuhammadNadzri
Penulisan ini merupakan hasil tugasan bagi kuliah Fiqh Ibadah semasa penulis mengambil Ijazah Syariah di Institut Agama Islam Negeri Sumatera Utara, telah dibentangkan pada tarikh 27 Oktober 2013. Ditulis asal dalam Bahasa Indonesia.
 

Apabila kita sedang ada di medan pertempuran (menghadapi musuh), seperti berperang dengan orang kafir atau musyrikin, atau gerombolan-gerombolan yang hendak merosakkan keamanan dalam negeri, misalnya merampas harta benda dan sebagainya, bolehlah kita mengerjakan “solat takut”, apabila telah masuk waktu salat.
  
Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran :


وَإِذَا كُنتَ فِيهِمْ فَأَقَمْتَ لَهُمُ الصَّلَاةَ فَلْتَقُمْ طَائِفَةٌ مِّنْهُم مَّعَكَ وَلْيَأْخُذُوا أَسْلِحَتَهُمْ فَإِذَا سَجَدُوا فَلْيَكُونُوا مِن وَرَ‌ائِكُمْ وَلْتَأْتِ طَائِفَةٌ أُخْرَ‌ىٰ لَمْ يُصَلُّوا فَلْيُصَلُّوا مَعَكَ وَلْيَأْخُذُوا حِذْرَ‌هُمْ وَأَسْلِحَتَهُمْ

“Dan apabila kamu ada pada mereka, dan kamu hendak mengerjakan solat beserta mereka, maka hendaklah berjaga sebahagian di antara mereka bersama-sama dengan kamu dan hendaklah mereka pegang senjata mereka, dan apabila mereka (yang solat besertamu) sujud hendaklah mereka pindah dari belakang kamu (untuk menghadap musuh), kemudian datang pula golongan yang lain yang belum solat hendaklah mereka solat bersama-sama dengan kamu yang lain mengambil penjagaan dan memegang senjata mereka.”     QS AN-Nisa’ :102

Definisi Solat Khauf

Bahasa : Berasal dari kata arab خوف yang bererti takut.
Istilah   : Solat yang dilakukan dalam keadaan khuatir yang bersangatan atas keberadaan musuh, atau 
                dalam keadaan perang.[1]

            “Cara solat ketika sangat khuatir kemungkinan adanya bahaya sewaktu sedang solat.”[2]

Adapun syarat, rukun, dan jumlah rakaat solat takut adalah seperti solat biasa yang dilakukan pada waktu aman, kecuali sesuatu yang khusus di dalamnya sebagaimana yang akan diterangkan nanti.

Permulaan disyariatkannya solat takut ialah pada zaman Nabi SAW dan syariat itu tetap berlaku hingga sekarang, bahkan hingga akhir zaman. Ertinya boleh pula dilakukan bila perlu.

Apabila hendak mengerjakan solat takut di medan pertempuran, terlebih dahulu hendaklah kita memperhatikan keadaan musuh yang sedang kita hadapi.

Jenis-jenis Solat Khauf

            Cara yang dijalankan oleh Rasulullah SAW berbeza riwayatnya. Sebagian ahli hadis meriwayatkan tiga cara, sedangkan yang lainnya sepuluh cara, ada yang meriwayatkan 16 cara, bahkan ada pula yang meriwayatkan 24 cara.[3]

            Di dalam Fiqih Imam Syafi’i karangan bersama Drs. H. Ibnu Mas’ud dan Drs. H. Zainal Abidin S., dinyatakan bahawa ulama fiqh berkata, “Cara-cara melaksanakan solat takut yang berasal dari Nabi SAW ada enam belas cara, tetapi Imam Syafi’i memilih tiga cara saja dari keenam belas tersebut.”[4]

            Semua perbezaan itu mungkin telah dikerjakan oleh Rasulullah SAW kerana keadaan pada waktu itu berbeza-beza. Namun, yang dimaksudkan sebenarnya adalah betapa pentingnya untuk mengerjakan solat sebaiknya, di samping tidak melalaikan penjagaan serta perlawanan terhadap musuh.

            Di sini hanya akan digambarkan tiga cara yang dikerjakan baginda, dengan tidak membantah cara-cara yang lain, yang benar disampaikan oleh kebanyakan alim ulama dan pengarang fuqaha’ kita sekalian.
  1. Ketika musuh berada dalam posisi tidak pada arah kiblat dengan jumlah yang sedikit. 
  • Sepertimana Solat Rasulullah SAW di “Zatur Riqa” dan “Bathnin Nakhl”[5] 
  • Imam membagi jamaahnya menjadi dua regu : 
    1. Regu pertama berdiri menghadap ke arah musuh untuk membentengi regu kedua yang sedang melaksanakan solat bersama imam. 
    2. Regu kedua berdiri solat di belakang imam.
  • Lalu, imam solat berjamaah dengan regu di belakangnya satu rakaat. Setelah itu, imam berdiri tegak untuk rakaat yang kedua, dan regu di belakang imam menyelesaikan solatnya masing-masing hingga salam.
  •  Selanjutnya, regu yang sudah selesai berbalik menghadap musuh menggantikan regu yang tadi melindunginya. Regu yang tadi membentengi imam bersolat jamaah pada rakaat pertama, sekarang bergiliran mengikuti imam untuk solat sebanyak satu rakaat. Bagi imam, ini adalah rakaat kedua. Ketika imam menjalankan tahiyyat, regu ini terus melanjutkan solat sampai selesai salam. Imam duduk tahiyyat sambil menunggu mereka mengucapkan salam bersama-sama.

  
2.  Ketika musuh berada di arah kiblat dan terlihat oleh tentera muslim tanpa terhalang oleh apapun.
  • Sepertimana Solat Rasulullah SAW di “Asfan” 
  • Imam boleh mengatur jamaah menjadi dua saf. Ketika imam takbiratul ihram, diikuti pula oleh seluruh jemaahnya, kerana sudah menghadap kiblat semuanya. 
  • Pada rakaat pertama, imam melakukan gerakan sampai sujud, hanya diikuti oleh barisan pertama sahaja. Barisan di belakangnya melindungi. 
  • Ketika imam bangun, barisan kedua terus mengikutinya sampai bersujud bersama imam, kemudian melakukan tahiyyat bersama barisan kedua dan mengucapkan salam bersama-sama.
3.  Ketika dalam suasana yang sangat gawat kerana sedang berlangsungnya pertempuran, di mana semua   pasukan sedang dalam keadaan berlaga pada jarak yang sangat dekat.
  • Keadaan ini tidak memberi peluang sedikit pun untuk meninggalkan medan pertempuran. Bagi yang berkenderaan juga tidak mampu lagi turun dari kenderaan, bagi yang berkenderaan juga sudah tidak mampu lagi berhenti keluar dari pertempuran. 
  • Dalam keadaan ini, pasukan boleh melaksanakan salat semampu mungkin, boleh sambil berjalan, boleh sambil berkendaraan, boleh tidak menghadap kiblat, boleh pula sambil menembak bertubi-tubi kepada lawan.[6] 

 فإن خفتم فرجالا أو ركبانا فإذا أمنتم فاذكروا الله كما علمكم
“Jika kamu dalam keadaan takut (bahaya), maka solatlah sambil berjalan atau berkendaraan. Kemudian apabila kamu telah aman, maka sebutlah Allah (solatlah), sebagaimana Allah telah mengajarkan kepada kamu”.                       QS Al-Baqarah : 239

            Menurut Tafsir Ibnu Umar, yang dimaksudkan dengan “berjalan atau berkendaraan” dalam ayat tersebut ialah menghadap atau tidak menghadap kiblat.[7]


[1] Marzuqi Yahya, Panduan Fiqih Imam Syafi’I; Ringkasan Kitab Fathul Qarib Al-Mujib, Cetakan 1, Penerbit Al-Maghfirah, Jakarta Timur 2012, hlm. 54
[2] H. Sulaiman Rasjid, Fiqh Islam, Cetakan Sinar Baru Algensindo Offset Bandung, Juni 2012, hlm. 154
[3] H. Sulaiman Rasjid, Fiqh Islam, Cetakan Sinar Baru Algensindo Offset Bandung, Juni 2012, hlm. 154
[4] Drs. H. Ibnu Mas’ud, Drs. H. Zainal Abidin S., Edisi Lengkap Fiqih Madzhab Syafi’I, Buku 1: Ibadah, Cetakan II, Bandung, Pustaka Setia Januari 2007, hlm. 337
[5] Drs. H. Ibnu Mas’ud, Drs. H. Zainal Abidin S., Edisi Lengkap Fiqih Madzhab Syafi’I, Buku 1: Ibadah, Cetakan II, Bandung, Pustaka Setia Januari 2007, hlm. 338
[6] Marzuqi Yahya, Panduan Fiqih Imam Syafi’I; Ringkasan Kitab Fathul Qarib Al-Mujib, Cetakan 1, Penerbit Al-Maghfirah, Jakarta Timur 2012, hlm. 55
[7] H. Sulaiman Rasjid, Fiqh Islam, Cetakan Sinar Baru Algensindo Offset Bandung, Juni 2012, hlm. 158

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Masjid Paling Cantik di Perak