Kisah Pemuda dan Gadis

Komik versi Bahasa Malaysia klik sini
Komik versi English klik sini

Di suatu malam, ada seorang gadis sedang berjalan keluar dari masjid seorang diri, ingin pulang ke rumahnya. Di pertengahan jalan, dia ternampak sekumpulan orang sedang bergaduh dan merusuh, tidak jauh dari tempat dia berhenti. Oleh kerana takut diapa-apakan, gadis tersebut mengambil keputusan untuk berpatah kembali ke masjid, lalu masuk semula menunggu pergaduhan tersebut reda.

Kebetulan pula, di masjid itu tinggal seorang pemuda, yang selama ini memang menetap dan belajar di masjid tersebut. Apabila terdengar bunyi tapak kaki orang masuk, pemuda tersebut menoleh ke belakang, lalu terkejut kerana melihat seorang gadis berada di dalam kawasan masjid tersebut.


Pemuda : Kamu siapa? Kenapa kamu ada disini? Pergilah! Aku khawatir jika ada orang yang
               melihatmu disini, mereka akan menyangka yang bukan-bukan, pulanglah!

Gadis : Tidak, di luar sana ada banyak pemuda-pemuda yang sedang berkelahi. Aku khuatir jika
            aku melintas di hadapan mereka, sesuatu yang tidak baik akan berlaku kepada aku.

Pemuda tersebut ternyata mendengar suara orang sedang merusuh diluar sana. Kerana memikirkan keselamatan gadis tersebut, akhirnya si pemuda itupun mengizinkan, dengan syarat…

Pemuda : Baiklah kalau begitu, demi keselamatanmu, duduklah di penghujung pintu itu, berdiamlah
               disana!


Mereka berada dalam ruangan mesjid dan duduk berjauhan,ditemani cahaya lilin, si pemuda duduk dikursi dan melanjutkan penulisannya, sedangkan si gadis itu duduk di tepi pintu, tertunduk dan rasa takut akan kejadian rusuhan yg dilihatnya di jalan tadi. Detik demi detik, waktu terus berlalu, mereka tetap dgn posisi seperti itu.


Alangkah terkejutnya si gadis, ketika melihat si pemuda tersebut, dia melihat suatu yang pelik. Setiap kali pemuda tersebut menulis untuk beberapa ketika, dia akan meletakkan alat tulisnya seketika, kemudian meletakkan jarinya ke arah api lilin, sehingga api tersebut membakar jari-jarinyanya. Kemudian, perlahan-lahan dia melanjutkan penulisannya semula, namun selang beberapa saat kemudian, pemuda tersebut kembali membakar lagi jari-jarinya di atas api lilin itu. Kejadian itu berlaku beberapa kali, sehingga hampir sahaja tangan lelaki tersebut melecur teruk, dan hitam hangus kerana dibakar api lilin.

Gadis itu tidak mengerti apa yang dilakukan pemuda tersebut. Namun, dia tidak berani untuk bertanya kepada pemuda tersebut, kerana takut dimarah sebab mengganggu pembelajarannya.

Suara diluar mulai hening, akhirnya si pemuda itu menyuruh si gadis untuk segera pulang,

Pemuda : Pulanglah! Keadaan diluar sudah aman.
 

Gadis : Terima kasih. Akan tetapi, aku tidak akan pulang sebelum kau menceritakan apa yang
            telah kau buat dengan jari-jarimu yang kau bakar di atas api lilin itu. Jelaskan padaku,
            maka aku berjanji akan pergi.

Pemuda : Tahu kah kamu. Beberapa kali syaitan telah berbisik padaku untuk menyentuhmu, maka
               saat itu pula aku membakar jari-jariku. Ketika syaitan berbisik lagi hal yg sama, maka
               aku akan kembali membakar jari-jariku. Sakit yg kurasa hanya sebatas dari api dunia, tak
               terbayang olehku jika aku menuruti bisikan syaitan, maka api neraka yang akan menantiku
               kelak. Aku takut kepada tuhanku, dan takut akan siksa api neraka. Sekarang kau telah
               mengetahui jawapannya, maka pulanglah.


Si gadis itu pun pulang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Masjid Paling Cantik di Perak