Sistem Pembuatan Lesen Memandu Malaysia
Oleh : MuhammadNadzri
Penulisan ini merupakan hasil tugasan bagi kuliah Tatausaha Negara semasa penulis mengambil Ijazah Syariah di Institut Agama Islam Negeri Sumatera Utara. Ditulis asal dalam Bahasa Indonesia.
Lesen memandu, di Indonesia disebut Surat Izin Memandu (SIM), merupakan dokumen rasmi yang memberi kebenaran kepada seseorang individu untuk mengendalikan sesebuah kenderaan bermotor seperti kereta, motosikal, lori atau bas.
Peraturan perlesenan pemandu adalah berbeza mengikut negara, iaitu ada negara yang mewajibkan pemandu untuk lulus ujian memandu sebelum lesen dikeluarkan, manakala ada juga negara yang mewajibkan pemandu mendapatkan lesen sebelum mula memandu.
Terdapat beberapa kelas lesen memandu yang berbeza mengikut jenis kenderaan. Tahap kesukaran ujian memandu juga adalah berbeza mengikut tahap penguatkuasaan serta beberapa faktor lain seperti umur serta keperluan tahap dan tempoh latihan.
Di Malaysia, fungsi lesen memandu turut ditambah pada kad pengenalan pintar MyKad (di Indonesia disebut Kartu Tetap Penduduk), tetapi kedua-dua kad pengenalan serta lesen memandu wajib dipamerkan semasa pemeriksaan. Untuk mendapat lesen, seseorang perlu mengikuti kursus khas dari institusi atau sekolah memandu yang diiktiraf.
Syarat Pemohon Kursus Institusi Memandu
Jenis Lesen Memandu di Malaysia
Terdapat lima jenis utama lesen memandu di Malaysia yaitu:-
Kelas Lesen Memandu
Terdapat beberapa kelas lesen memandu iaitu:-
A - Kenderaan orang cacat
B - Motosikal melebihi 500 cc
B1 - Motosikal tidak melebihi 500 cc
B2 - Motosikal tidak melebihi 250 cc
C - Motosikal roda tiga
D - Motokar dengan berat tanpa muatan (BTM) tidak melebihi 3000 kg
E - Motokar berat dengan BTM melebihi 7500 kg
E1 - Motokar berat dengan BTM tidak melebihi 7500 kg
E2 - Motokar berat dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
F - Traktor / Jentera bermotor ringan (beroda) dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
G - Traktor / Jentera bermotor ringan (berantai) dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
H - Traktor / Jentera bermotor berat (beroda) dengan BTM melebihi 5000 kg
I - Traktor / Jentera bermotor berat (berantai) dengan BTM tidak 5000 kg
Cara Mendapat Lesen Memandu Antarabangsa Malaysia
Pemandu Malaysia yang melawat ke negara-negara luar umpamanya negara Thailand dan Singapura mungkin tidak sedar bahawa mereka boleh gunakan lesen memandu domestik jenis Kelas D (Kereta) dan B2 (jenis kecil) tanpa apa jua masalah.
Selain itu, pelancong Malaysia yang melancong ke nagara asing seperti Australia, New Zealand, Amerika dan sebagainya dapat mengurangkan kos perbelanjaan sekiranya mereka dapat menyewa kereta-kereta dan motosikal bagi merantau tempat-tempat di sana.
Demikian juga bagi yang pergi ke tempat asing untuk berkhidmat buat sementara waktu. Jenis golongan ini disyorkan mendapatkan lesen memandu antarabangsa (International Driving License) supaya tidak diganggu pihak polis trafik dan lain-lain semasa berada di sana.
Proses dan keperluan bagi mendapatkan lesen jenis ini hanya memerlukan:
i) Lesen domestik original Kelas B2 atau D shah (yang aktif sekurang-kurangnya 1 tahun atau lebih).
ii) Kepingan fotokopi (dua bagian) lesen tersebut di atas.
iii) Kad pengenalan asal dan fotokopi (dua bagian).
iv) 2 keping foto passport.
v) Mengisi Borang JPJ L1.
vi) Bayaran RM150 setahun.
Pergi saja ke mana-mana pejabat J.P.J di seluruh negeri untuk mencapai lesen antarabangsa anda. Boleh juga anda ke pejabat A.A.M (Automobile Association Malaysia) untuk mendapatkan lesen jenis ini. Kemudian serahkan lesen domestik kepada J.P.J. Seseorang itu tidak diizin mempunyai 2 lesen pada sesuatu masa. Kalau anda tidak lagi memerlukan penggunaan lesen antarabangsa ini lagi, bolehlah anda ke pejabat J.P.J untuk dapatkan kembali lesen domestik anda. Harus diingatkan lesen antarabangsa berharga RM150 setahun di banding dengan lesen domestik yang cuma RM30 saja.
Syarat Memperbaharui Lesen Antarabangsa Malaysia
1) Lesen itu hanya boleh diperbaharui di Malaysia sahaja.
2) Sediakan 2 keping gambar warna berukuran “passport”.
3) Bawa lesen antarabangsa Malaysia yang hampir tamat tempohnya.
4) Isi borang tertentu yang boleh di dapati di kaunter.
5) Bayaran adalah RM150 untuk setahun.

- Permohonan mengikuti Kursus Pengajar Institusi Memandu di Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia adalah dibuka sepanjang tahun.Permohonan anda adalah sah untuk tempoh satu (1) tahun dari tarikh permohonan.
- Permohonan baru bagi kursus yang sama adalah tidak dibenarkan dalam tempoh sah.
- Ketidakhadiran anda dalam mana-mana kursus yang ditawarkan akan menyebabkan permohonan anda disenarai hitam untuk tempoh satu (1) tahun. Permohonan untuk menghadiri kursus yang sama hanya boleh dibuat selepas tempoh satu (1) tahun.
- Untuk calon yang disenarai gagal anda boleh membuat permohonan untuk menghadiri kursus semula pada bila-bila masa.
- Calon yang disenaraikan sebagai calon simpanan adalah sah untuk tempoh satu (1) tahun. Permohonan baru perlu dibuat selepas satu (1) tahun.
Jenis Lesen Memandu di Malaysia
Terdapat lima jenis utama lesen memandu di Malaysia yaitu:-
- Lesen Memandu Pelajar (LDL) - diperolehi pelajar sekolah memandu. Lesen ini hanya membenarkan pemegang lesen mengendalikan kenderaan yang memaparkan plat “L” yang dimiliki oleh sekolah memandu di bawah pengawasan guru sekolah memandu. Bagi pemegang lesen pelajar motosikal, mereka dibenarkan menunggang motosikal tanpa pembonceng. Lesen boleh diperbaharui setiap 3 atau 6 bulan dengan tempoh maksima 2 tahun. Selepas tempoh tamat 2 tahun, pemegang lesen perlu mengulangi semula prosedur pelajaran memandu dari mula
- Lesen Memandu Percubaan (PDL) - diperolehi pemandu baru yang lulus kesemua prosedur pelajaran dan ujian memandu. Pemandu baru tertakluk kepada sistem mata demerit 10 mata Kesalahan Jalan Raya (KEJARA), di mana mata ditolak mengikut jenis kesalahan trafik. Lesen akan dibatalkan sekiranya pemegang lesen percubaan mengumpul 10 mata demerit. Pemandu percubaan wajib melekatkan plat lesen percubaan (ditandakan dengan huruf “P” besar berwarna putih di dalam latar belakang merah berbentuk segiempat sama) pada bahagian hadapan dan belakang kenderaan. Lesen percubaan akan dinaiktaraf kepada lesen kompeten penuh selepas 2 tahun, dan tempoh selang selama setahun diberikan untuk menaiktaraf lesen sebelum pemegang lesen perlu mengulangi semula kesemua prosedur pelajaran memandu.
- Lesen Memandu Kompeten (CDL) - Lesen memandu penuh yang dinaiktaraf daripada lesen percubaan selepas 2 tahun. Pemegang lesen CDL tertakluk kepada sistem mata demerit 15 mata KEJARA sebelum lesen mereka digantung atau dibatalkan. Lesen memandu boleh diperbaharui setiap 1, 2, 3 atau 5 tahun. Tempoh selang selama tiga tahun diberikan untuk memperbaharui lesen sebelum pemegang lesen perlu mengulangi semula kesemua prosedur pelajaran memandu.
- Lesen Memandu Vokasional (VDL) atau Lesen Memandu Komersial - Lesen memandu khas untuk pemandu kenderaan perdagangan seperti bus dan lori, dikeluarkan bersama oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).
- Permit Memandu Antarabangsa (IDP) - Lesen memandu antarabangsa untuk membolehkan pemandu Malaysia memandu di luar negara.
Kelas Lesen Memandu
Terdapat beberapa kelas lesen memandu iaitu:-
A - Kenderaan orang cacat
B - Motosikal melebihi 500 cc
B1 - Motosikal tidak melebihi 500 cc
B2 - Motosikal tidak melebihi 250 cc
C - Motosikal roda tiga
D - Motokar dengan berat tanpa muatan (BTM) tidak melebihi 3000 kg
E - Motokar berat dengan BTM melebihi 7500 kg
E1 - Motokar berat dengan BTM tidak melebihi 7500 kg
E2 - Motokar berat dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
F - Traktor / Jentera bermotor ringan (beroda) dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
G - Traktor / Jentera bermotor ringan (berantai) dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
H - Traktor / Jentera bermotor berat (beroda) dengan BTM melebihi 5000 kg
I - Traktor / Jentera bermotor berat (berantai) dengan BTM tidak 5000 kg
Cara Mendapat Lesen Memandu Antarabangsa Malaysia
Pemandu Malaysia yang melawat ke negara-negara luar umpamanya negara Thailand dan Singapura mungkin tidak sedar bahawa mereka boleh gunakan lesen memandu domestik jenis Kelas D (Kereta) dan B2 (jenis kecil) tanpa apa jua masalah.
Selain itu, pelancong Malaysia yang melancong ke nagara asing seperti Australia, New Zealand, Amerika dan sebagainya dapat mengurangkan kos perbelanjaan sekiranya mereka dapat menyewa kereta-kereta dan motosikal bagi merantau tempat-tempat di sana.
Demikian juga bagi yang pergi ke tempat asing untuk berkhidmat buat sementara waktu. Jenis golongan ini disyorkan mendapatkan lesen memandu antarabangsa (International Driving License) supaya tidak diganggu pihak polis trafik dan lain-lain semasa berada di sana.
Proses dan keperluan bagi mendapatkan lesen jenis ini hanya memerlukan:
i) Lesen domestik original Kelas B2 atau D shah (yang aktif sekurang-kurangnya 1 tahun atau lebih).
ii) Kepingan fotokopi (dua bagian) lesen tersebut di atas.
iii) Kad pengenalan asal dan fotokopi (dua bagian).
iv) 2 keping foto passport.
v) Mengisi Borang JPJ L1.
vi) Bayaran RM150 setahun.
Pergi saja ke mana-mana pejabat J.P.J di seluruh negeri untuk mencapai lesen antarabangsa anda. Boleh juga anda ke pejabat A.A.M (Automobile Association Malaysia) untuk mendapatkan lesen jenis ini. Kemudian serahkan lesen domestik kepada J.P.J. Seseorang itu tidak diizin mempunyai 2 lesen pada sesuatu masa. Kalau anda tidak lagi memerlukan penggunaan lesen antarabangsa ini lagi, bolehlah anda ke pejabat J.P.J untuk dapatkan kembali lesen domestik anda. Harus diingatkan lesen antarabangsa berharga RM150 setahun di banding dengan lesen domestik yang cuma RM30 saja.
Syarat Memperbaharui Lesen Antarabangsa Malaysia
1) Lesen itu hanya boleh diperbaharui di Malaysia sahaja.
2) Sediakan 2 keping gambar warna berukuran “passport”.
3) Bawa lesen antarabangsa Malaysia yang hampir tamat tempohnya.
4) Isi borang tertentu yang boleh di dapati di kaunter.
5) Bayaran adalah RM150 untuk setahun.
Ulasan
Catat Ulasan
Kereta rosak panggil pomen,
Sudah baca harap komen. XD