Biografi Imam Abu Hanifah
Tersebutlah kisah, seorang tokoh, Nu’man ibn Thabit Zuta ibn Marzuban yang lahir pada tahun 80 Hijrah (699 Masihi) ketika pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan. Lahirnya di sebuah kampung bernama Anbar di pekan terkenal di Iraq, Kufa diberi nama. Dia sangat dikenali dengan panggilan Abu Hanifah, kunya yang dikurniakan kepadanya oleh masyarakat hidupnya. Beliau sangat dikenali sebagai seorang pengasas mazhab fikih Hanafiyah (Mazhab Hanafi).
Abu Hanifah adalah dari kalangan Tabi’in, iaitu generasi yang hidup selepas zaman sahabat. Bapanya bernama Thabit bin Zuta, seorang saudagar dari Kabul, Afghanistan berusia 40 tahun semasa kelahiran Abu Hanifah.
Sesetengah orang memanggilnya dengan panggilan “Al-Taym”. Nama ini berasal daripada sejarah datuknya, Zuta yang merupakan seorang bekas abdi dari kaum Taym. Keturunannya seperti yang telah disahkan oleh sejarah, bukanlah berasal dari pertalian Arab. Menurut Al-Khatib Al-Baghdadi[1], beliau berasal dari keturunan Parsi.
Beliau Sebagai Tabi’in
Imam Abu Hanifah dilahirkan 67 tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Beliau dikenali sebagai Tabi’in kerana pernah berjumpa dengan beberapa orang daripada kalangan sahabat. Antaranya adalah seperti berikut :
1. Anas ibn Malik
2. Abul Tufail Amir ibn Wathilah
3. Abdullah ibn Anis Al-Juhani
4. Abdullah ibn Al-Harith ibn Juz’ Al-Zabidi
5. Jabir ibn Abdullah
6. Abdullah ibn Abi Awfa
7. Wa’ila ibn Al-Asqa’
8. Ma’qal ibn Yasar
9. ‘Aisha binti Hajrad
10. Sahl ibn Sa’d
11. Al-Tha’ib ibn Khallad ibn Suwaid
12. Al-Tha’ib ibn Yazid ibn Sa’id
13. Abdullah ibn Samra
14. Mahmud ibn Al-Rabi’
15. Abdullah ibn Ja’far
16. Abu Umama
Walaubagaimanapun, beliau tidak sempat berguru dengan semua sahabat. Ini adalah kerana para cendekiawan pada masa itu telah menetapkan had umur bagi sesiapa yang ingin mempelajari ilmu hadith. Sesiapa yang berumur kurang 20 tidak digalakkan masuk ke madrasah hadith kerana dikhuatiri tidak memahami maknanya dan kurang penghayatannya.
Gurunya dan Muridnya
Antara guru yang telah ditemuinya dan sempat bertalaqi bersamanya adalah :
1. Imam Ja’far ibn Muhammad Al-Sadiq
2. Aamir ibn Shurahbeel
3. Adi ibn Thabit
4. Alqama ibn Marthad
5. Mansoor ibn Umar
6. Muhammed ibn Munkadir Madni
7. Sha’abi Kufi
8. Simaak ibn Harb
9. Qataada Basri
10. Qays ibn Muslim Kufi
11. Ziyaad ibn Ilaqa
Antara muridnya juga adalah seperti :
1. Abdullah ibn Mubarak
2. Abu Bakr ibn Ayyaash
3. Abu Ismat Mugheera ibn Miqsam
4. Ali ibn Aasim
5. Imam Abu Yusuf
6. Hammad Ibn Abu Hanifah
7. Ja’far ibn Awn
8. Muhammad ibn Hasan
9. Tobah ibn Saad
10. Ubaydullah ibn Musa
11. Yunus ibn Is’haq
12. Zufar ibn Huzayl
Abu Hanifah Sebagai Seorang Pelajar
Abu Hanifah membesar dalam zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan. Semasa itu, wilayah Iraq di bawah kekuasaan Al-Hajjaj ibn Yusuf, pengikut setia kepada Khalifah. Pada waktu itu, semua tokoh dan cerdik pandai agama menjadi sasaran oleh Hajjaj kerana mereka dianggap penghalang untuk Abdul Malik mengukuhkan empayarnya ke seluruh tanah Arab dan Iraq.
Pada waktu yang sama, Abu Hanifah yang masih kecil langsung tidak mempunyai peluang untuk memperoleh pendidikan semasa mudanya. Dia akhirnya bertekad untuk mengikut jejak ayahnya sebagai saudagar sutera.
Dia akhirnya telah berjaya membuka sendiri perniagaan mengait sutera. Dia dikenali oleh orang sekeliling sebagai seorang yang jujur dan amanah. Suatu hari, pekerjanya telah menjual beberapa helai sutera yang kurang elok, tetapi terlupa untuk menceritakan kekurangan sutera itu kepada pembeli-pembelinya. Apabila Abu Hanifah mengetahui berita ini, dia merasa sangat bersalah lalu memulangkan kembali wang mereka. Kemudian, dia mengarahkan semua baki sutera yang ada disedekahkan kepada fakir miskin.
Pada tahun 95 Hijrah, Hajjaj pun meninggal, maka kerajaan Islam yang baru telah tertegak. Keadilan, kebenaran dan ketelusan telah tertegak di bawah pimpinan Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik dan diteruskan pula sehingga era Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Umar telah menaikkan kembali institusi pendidikan dan menggalakkan setiap rumah sebagai pusat ilmu. Mulai saat itulah, Abu Hanifah mula mendapat minat untuk mendalami ilmu.
Kisahnya bermula semasa Abu Hanifah sedang membantu ibunya membeli barangan, dia telah melalui jalan ke rumah As-Sha’bi, salah seorang cendekiawan Kufa yang tersohor. Sha’bi telah memanggilnya kerana tersalah anggap Abu Hanifah sebagai salah seorang murid, lalu dia bertanya tentang guru Abu Hanifah. Sebaik Abu Hanifah memberitahu bahawa dia tidak pernah belajar dengan sesiapa, Sha’bi lantas berkata,
“Aku nampak petanda-petanda kecerdikan pada dirimu wahai anak muda. Kamu seharusnya ditempatkan bersama kelompok orang-orang yang terpelajar.”
Mengikuti nasihat Sha’bi, Abu Hanifah menjadi bersemangat untuk mengembara mencari ilmu dan mendalami pengetahuan Islam. Pada awalnya, dia telah mempelajari Quran dan Hadith, dan sangat cemerlang dalam keduanya. Kemudian, dia telah berguru dengan seorang ahli fiqh yang terkenal pada zaman itu bernama Hammad ibn Abi Sulaiman.
Pada tahun 102 Hijrah, beliau telah mengembara ke Madinah untuk menimba ilmu daripada tujuh orang ilmuwan terkenal. Antaranya ialah Imam Musa Kazim dan Imam Jafar Sadiq yang terkenal sebagai salah seorang pengikut Muhammad. Beliau sangat mengagumi Imam Ja’far dan mengakuinya sebagai orang yang paling terpelajar dalam dunia Islam.
Abu Hanifah juga mengikuti pengajian Imam Malik yang berusia 13 tahun lebih muda daripadanya. Abu Hanifah juga beruntung kerana semasa pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz, baginda telah mengatur dan menyusun pengajaran hadith dengan lebih cantik. Jika sebelum ini hadith hanya tersimpan tanpa dicatat, tetapi akhirnya telah dibukukan dan diterbitkan penulisannya. Menurut riwayat, Imam Abu Hanifah telah mempelajari ilmu hadis daripada lebih empat ribu tokoh ilmu.
Hasil ilmu yang didalaminya itu, lahirlah beberapa orang tokoh besar dunia Islam yang pernah menjadi murid beliau seperti Abu Yusuf, Imam Muhammad Al-Shaybani, Abdur Razzaq, Abdullah ibn Al-Mubarak, Abu Naem Faza dan Abu Asim. Abu Yusuf telah dilantik menjadi Qadi Besar sewaktu zaman pemerintahan Khalifah Harun Ar-Rashid.
Kewafatannya
Pada tahun 763 Hijrah, Al-Mansur, menteri Abbasiyah telah menawarkan jawatan sebagai Ketua Hakim Negara kepada Imam Abu Hanifah, tetapi telah ditolak beliau kerana ingin hidup sederhana.
Abu Hanifah menyatakan dirinya tidak layak untuk memegang jawatan sebesar itu. Al-Mansur tidak berpuas hati, lalu telah menuduhnya sebagai penipu.
“Jika aku ini berbohong,” kata Abu Hanifah, “maka benarlah kata-kataku sebelum ini. Mana mungkin jawatan sebesar itu dipegang oleh seorang penipu seperti aku?”
Terkesan dengan balasannya, pemerintah mengarahkan Abu Hanifah ditangkap dan dikurung, lalu diseksa. Beliau langsung tidak diberi makan dan minuman. Walaupun begitu, beliau masih tetap berjihad dalam pengajian, apabila dia masih terus mengajar dan berkongsi ilmunya kepada orang-orang yang datang melawatnya.
Abu Hanifah telah meninggal pada tahun 767 Hijrah di dalam kurungan penjara. Tiada sebab yang jelas mengenai punca kematian beliau, ada yang mengatakan beliau meninggal kerana umurnya yang tua, dan ada juga yang mengatakan beliau telah diracun.
Ramai orang telah datang untuk mensolatkan jenazah beliau. Lebih 50,000 orang telah hadir dan solat jenazah terpaksa diulang sebanyak enam kali untung member ruang solat kepada hadirin yang datang. Sebuah masjid bernama Masjid Abu Hanifah telah didirikan di Adhamiyah berdekatan dengan Baghdad sebagai tanda peringatan atas ketokohan beliau.
Hasil Karyanya
Antara hasil karya dari beliau adalah :
1. Kitab Al-Athaar (disusun oleh Imam Muhammad Al-Shaybani) – rangkuman 70,000 hadith
2. Kitab Al-Athaar (disusun oleh Imam Abu Yusuf)
3. A’lim wal Muta’alim
4. Fiqh Al-Akbar
5. Musnad Imam ul A’zam
6. Kitabul Rad ‘ala Al-Qadiriyah
[1] Pakar sejarah Islam……selebihnya ibhas nafsaka…whahaha

Ulasan
Catat Ulasan
Kereta rosak panggil pomen,
Sudah baca harap komen. XD