Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013

Uji Kecepatan Otak Anda

Imej
Sumber : Perkongsian daripada Whatsapp PERMAINAN FOKUS WARNA Hmm, mungkin ramai yang tak sedar, kebanyakan manusia kurang fokus terhadap beberapa perkara. Ini kerana kemampuan otak manusia yang terbatas dalam memikirkan banyak perkaitan dalam tempoh masa yang serentak, terutamanya apabila ianya saling diputar belitkan dan dimonopoli dengan kebiasaan. Tak percaya? Mari cuba permainan ringkas ini.

Tips Kesihatan - Tiga kali setengah minit (3 x 1/2 minit)

Imej
Sumber : Perkongsian daripada Whatsapp Penulis mengekalkan format tulisan asal. YB Dr Daroyah Alwi wrote: Assalam.. Saya nak kongsi very good tips - bg yg terbangun dr tidur utk buang air...... baca ya! Penting untuk diambil perhatian!!! Tiga kali setengah minit (1/2) Para pakar selalu berpesan: Setiap individu harus ambil perhatian tentang 3 x 1/2 minit.

Komik Muslim - Pemuda Beriman

Imej
Komik versi English klik sini Kisah Pemuda dan Gadis klik sini    

Seminggu Mayat Tidak Dituntut!

Imej
Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.   Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu, wajah jenazah semakin hitam. Selepas lima minit berlalu, barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika

Komik Muslim - The Pious Student (versi English)

Imej
Komik ve rsi Bahasa Malaysia klik   sini Kisah Pemuda dan Gadis klik   sini

Rupanya Aku Belum Solat

Imej
Oleh : MuhammadNadzri Peristiwa hari Selasa bertarikh 10 Disember 2013, cuaca pada hari ini memang sangat sejuk. Maklumlah, hujan sejak dari pagi, kemudian melarat sampai ke petang, angkaranya habis banjir kebanyakan kawasan di Medan, termasuklah di dalam kampus kolej kami. Habis kuliah pada jam 2.30 petang, maka masing-masing sanggup meredah jalan utama yang banjir, dek kerana tidak tahan lagi menunggu lama, sudah berjam-jam kami terperap menunggu hujan reda, namun kecewa. Mujur pada hari ini, aku mengambil keputusan untuk pulang awal ke rumah sewa, meninggalkan kawan-kawan lain di kampus. Aku sempat pulang sewaktu hujan sedikit reda, jadi aku tidaklah terlalu basah, tapi terkena juga mengharungi banjir yang cetek. Boleh dikatakan semasa itu air baru hendak naik. Hampir satu jam juga aku di dalam angkot, kerana jalannya yang begitu sesak dengan kenderaan keluar masuk. Sampai di rumah, hujan mulai turun dengan lebat semula.

Ammar bin Yasir, Pemuda yang Dirindu Syurga

Imej
Yasir bin Amir, ayahanda Ammar, berangkat meninggalkan negerinya di Yaman guna mencari dan menemui salah seorang saudaranya. Rupanya ia berkenan dan merasa betah tinggal di Makkah. Bermukimlah ia di sana dan mengikat perjanjian persahabatan dengan Abu Hudzaifah ibnul Mughirah.   Abu Hudzaifah mengawinkannya dengan salah seorang sahayanya bernama Sumayyah binti Khayyath, dan dari perkawinan ini, kedua suami istri itu dikurniai seorang putra bernama Ammar.   Keislaman mereka termasuk dalam golongan Assabiqunal Awwalun (generasi pertama). Dan sebagaimana halnya orang-orang saleh yang termasuk dalam golongan yang pertama masuk Islam, mereka cukup menderita karena siksa dan kekejaman Quraisy.

Kajian Kritis Teori Darwin

Imej
Oleh : MuhammadNadzri Penulisan ini merupakan hasil tugasan bagi kuliah Fiqh Ibadah semasa penulis mengambil Ijazah Syariah di Institut Agama Islam Negeri Sumatera Utara, telah dibentangkan pada tarikh 27 Oktober 2013. Ditulis asal dalam Bahasa Indonesia.   Sebagian manusia lampau ada yang meyakini bahwa asal penciptaan manusia berasal dari kera. Tidak terlepas juga beberapa manusia yang hidup di zaman serba canggih ini. Ini merupakan salah satu dari pemahaman yang berjaya meresap ke dalam jiwa dan pemikiran umat manusia, yang telah dibuktikan kebatilan dan kepalsuannya. Teori tersebut dinamakan Teori Darwin, dinamakan sempena pengasas pemikiran teori ini. Jadi, menurut teori ini, manusia awalnya berbentuk kera. Lalu mengalami perkembangan dan evolusi yang mengubah struktur dan bentuk tubuh mereka lebih sempurna. Cara berpikirnya juga berkembang, dan perlahan-lahan berubah bentuk dari monyet menjadi manusia sempurna. Inilah “teori evolusi” batil yang pernah dicetus

Pengetahuan Manusia tentang Alam Semesta

Imej
Oleh : MuhammadNadzri Penulisan ini merupakan hasil tugasan bagi kuliah Akhlak Tasawuf semasa penulis mengambil Ijazah Syariah di Institut Agama Islam Negeri Sumatera Utara. Ditulis asal dalam Bahasa Indonesia.     Alam semesta adalah fana, berarti ia berasal daripada sesuatu yang tiada, kemudian diciptakan menjadi sesuatu yang bersifat jisim, sama ada dilihat mata kasar ataupun hanya nampak jika diteliti. Adapun konsep penciptaan itu, dapat juga di disimpulkan sebagai proses dari ketiadaan menjadi ada, dan akhirnya hancur. Di antaranya juga ada penciptaan manusia dan makhluk hidup lainnya. Begitulah juga perihal penciptaan alam semesta, yang diyakini dicipta dan diadakan atas sesuatu dasar dan tujuan. Ramai yang beranggapan, bahawa penciptaan kejadian alam semesta merupakan salah satu dari keajaiban dan misteri penciptaan. Lalu muncullah pelbagai persepsi dari para ilmuwan dunia, sama ada dari zaman lampau hinggalah ke zaman dewasa yang serba moden ini. Masing-masi

Ukhuwah Itu Bukan Pada Indahnya Pertemuan

Imej
"Ukhuwah itu bukan pada indahnya pertemuan, tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya." -Al-Imam al-Ghazali-

Sistem Pembuatan Lesen Memandu Malaysia

Imej
Oleh : MuhammadNadzri Penulisan ini merupakan hasil tugasan bagi kuliah Tatausaha Negara semasa penulis mengambil Ijazah Syariah di Institut Agama Islam Negeri Sumatera Utara. Ditulis asal dalam Bahasa Indonesia. Lesen memandu, di Indonesia disebut Surat Izin Memandu (SIM), merupakan dokumen rasmi yang memberi kebenaran kepada seseorang individu untuk mengendalikan sesebuah kenderaan bermotor seperti kereta, motosikal, lori atau bas. Peraturan perlesenan pemandu adalah berbeza mengikut negara, iaitu ada negara yang mewajibkan pemandu untuk lulus ujian memandu sebelum lesen dikeluarkan, manakala ada juga negara yang mewajibkan pemandu mendapatkan lesen sebelum mula memandu.

Biografi Imam Abu Hanifah

Imej
Tersebutlah kisah, seorang tokoh, Nu’man ibn Thabit Zuta ibn Marzuban yang lahir pada tahun 80 Hijrah (699 Masihi) ketika pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan. Lahirnya di sebuah kampung bernama Anbar di pekan terkenal di Iraq, Kufa diberi nama. Dia sangat dikenali dengan panggilan Abu Hanifah, kunya yang dikurniakan kepadanya oleh masyarakat hidupnya. Beliau sangat dikenali sebagai seorang pengasas mazhab fikih Hanafiyah (Mazhab Hanafi).   Abu Hanifah adalah dari kalangan Tabi’in, iaitu generasi yang hidup selepas zaman sahabat. Bapanya bernama Thabit bin Zuta, seorang saudagar dari Kabul, Afghanistan berusia 40 tahun semasa kelahiran Abu Hanifah.

Abu Hanifah dan Tukang Gunting

Imej
Ada suatu kisah, Abu Hanifah telah datang ke kedai seorang tukang gunting, ingin merapikan rambutnya. Maka dia pun berkata kepada tukang gunting itu, “Cabutlah rambut yang putih itu.” “Kelmarin aku sudah mencabutnya, tetapi ia tetap juga tumbuh, malah semakin lebat. Adakah engkau masih mahu aku mencabutnya?”

Kebersihan Hati

Imej
Oleh : MuhammadNadzri Penulisan ini merupakan hasil tugasan bagi kuliah Bahasa Indonesia semasa penulis mengambil Ijazah Syariah di Institut Agama Islam Negeri Sumatera Utara . Ditulis asal dalam Bahasa Indonesia.   Seringkali kita berbicara soal kebersihan. Kebersihan diri, pakaian, makanan, tempat tinggal dan lain–lain. Pendekatan lingkungan perbicaraan kita tidak terlepas dari berbicara soal kebersihan luaran atau zahir semata–mata. Tahukah kita kebersihan itu sebenarnya terbahagi dari kebersihan lahiriah (external) dan juga bathiniah (internal). Kebersihan lahiriah itu boleh dilihat dan dirasai melalui pancaindera kita manakala kebersihan bathiniah dapat dilihat dan dirasai melalui melalui deria hati dan perasaan. Kadangkala ianya juga dapat dilihat melalui pancaindera biasa. Hakikatnya, ramai yang terpedaya dengan kebersihan lahiriah ini. Mereka tertarik dengan kebersihan dan kekemasan yang ada pada seseorang bahkan nilaian mereka selalu terikat pada harta benda dan w

Kisah Pemuda dan Gadis

Imej
Komik versi Bahasa Malaysia klik  sini Komik versi English klik sini Di suatu malam, ada seorang gadis sedang berjalan keluar dari masjid seorang diri, ingin pulang ke rumahnya. Di pertengahan jalan, dia ternampak sekumpulan orang sedang bergaduh dan merusuh, tidak jauh dari tempat dia berhenti. Oleh kerana takut diapa-apakan, gadis tersebut mengambil keputusan untuk berpatah kembali ke masjid, lalu masuk semula menunggu pergaduhan tersebut reda. Kebetulan pula, di masjid itu tinggal seorang pemuda, yang selama ini memang menetap dan belajar di masjid tersebut. Apabila terdengar bunyi tapak kaki orang masuk, pemuda tersebut menoleh ke belakang, lalu terkejut kerana melihat seorang gadis berada di dalam kawasan masjid tersebut.

Rukhsah Solat Qasar

Imej
Oleh : MuhammadNadzri Penulisan ini merupakan hasil tugasan bagi kuliah Fiqh Ibadah semasa penulis mengambil Ijazah Syariah di Institut Agama Islam Negeri Sumatera Utara, telah dibentangkan pada tarikh 27 Oktober 2013. Ditulis asal dalam Bahasa Indonesia. Allah SWT telah memberi kelonggaran dan keringanan kepada umat Islam dalam mengerjakan ibadah solat dalam situasi tertentu khususnya ketika bermusafir. Kelonggaran ini dinamakan rukhsah solat. Sabda Rasullah SAW : إن الله يحب أن تؤتى رخصـه كما يكره أن تؤنى معصـيته . “Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringanan) yang diberikan olehNya seperti Allah membenci  dilakukan maksiat kepadaNya”. Hadis riwayat Ahmad. Rukhsah Solat bertujuan supaya umat Islam dapat menunaikan fardhu Solat dalam apa keadaan sekalipun, di samping membuktikan bahawa agama Islam yamg mengambilkira  kebajikan umat dan bukanlah agama yang menyusahkan. Allah telah mensyariatkan Solat Qasar dan Solat Jamak sebagai rukhsah bagi mereka y

Kisah Pemuda Malas Solat

Imej
Kisahnya bermula di sebuah tempat di salah sebuah Negara Arab. Terdapat seorang pemuda yang sangat liat untuk mendirikan solat. Malah dia tidak mendirikan langsung solat lima waktu. Seorang diri pun berat, apatah lagi secara berjamaah. Setiap kali ada ulama yang berkunjung ke tempat mereka, seringkali jugalah penduduk setempat mengadu kepada ulama yang datang bertandang berkenaan sikap pemuda tersebut. Berkali-kali diberikan nasihat namun sedikitpun tidak memberikan apa-apa kesan kepada anak muda ini. Malah makin menjadi-jadi.

Pemuda Muslim yang Bijaksana

Imej
Berkurun lama dahulu, semasa zaman kegemilangan Tabi’in (generasi Muslim selepas zaman sahabat), berdirilah sebuah bandar Islam yang gemilang bernama Baghdad. Ia merupakan pusat pemerintahan Empayar Islam, dan ia juga merupakan pusat tumpuan kepada ilmu-ilmu agama kerana ramainya cendekiawan yang tinggal di sana. Pada suatu hari, pemerintah kerajaan Rom telah menghantar seorang utusan ke Baghdad. Mereka telah bersepakat untuk memberikan tiga soalan kepada orang-orang Muslim, sebagai tanda cabaran. Sebaik sahaja tiba di bandar itu, dia menyatakan hasratnya kepada sang khalifah bernama Abdul Malik bin Marwan, untuk mencabar orang-orang Muslim dengan tiga soalan tadi.

Salat Khauf (Salat Takut)

Imej
Oleh : MuhammadNadzri Penulisan ini merupakan hasil tugasan bagi kuliah Fiqh Ibadah semasa penulis mengambil Ijazah Syariah di Institut Agama Islam Negeri Sumatera Utara, telah dibentangkan pada tarikh 27 Oktober 2013. Ditulis asal dalam Bahasa Indonesia.   Apabila kita sedang ada di medan pertempuran (menghadapi musuh), seperti berperang dengan orang kafir atau musyrikin, atau gerombolan-gerombolan yang hendak merosakkan keamanan dalam negeri, misalnya merampas harta benda dan sebagainya, bolehlah kita mengerjakan “solat takut”, apabila telah masuk waktu salat.    Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran : وَإِذَا كُنتَ فِيهِمْ فَأَقَمْتَ لَهُمُ الصَّلَاةَ فَلْتَقُمْ طَائِفَةٌ مِّنْهُم مَّعَكَ وَلْيَأْخُذُوا أَسْلِحَتَهُمْ فَإِذَا سَجَدُوا فَلْيَكُونُوا مِن وَرَ‌ائِكُمْ وَلْتَأْتِ طَائِفَةٌ أُخْرَ‌ىٰ لَمْ يُصَلُّوا فَلْيُصَلُّوا مَعَكَ وَلْيَأْخُذُوا حِذْرَ‌هُمْ وَأَسْلِحَتَهُمْ “Dan apabila kamu ada pada mereka, dan kamu hendak mengerjakan solat beserta mereka, maka h

Fiqh Dalam Membasuh Baju

Imej
“Sudah sampai masanya bagi aku melakukan kerja rumah,” bisik Uzma sambil memandang jam di atas meja kecil di sudut biliknya. Dia bergegas memakai tudung dan keluar dari biliknya. Uzma memungut pakaian majikan dan anak-anak majikannya di bilik tidur mereka masing-masing. Hari ini adalah hari kedua dia bekerja di rumah Puan Khairuna. Sebelum ini dia bekerja di kantin sekolah sebagai pembantu.

Siapa Kata Papan Tulis Membosankan?

Imej
Pengembaraan Bayi yang Baru Lahir di atas Papan Tulis!!   Sebahagian idea kreatif pasangan yang baru mendapat cahaya mata. Mungkin anda boleh praktikkan nanti jika anda mendapat seorang bayi. Menarik untuk dijadikan kenangan bersama keluarga, mungkin juga sebagai simpanan untuk ditunjukkan kepada bayi anda setelah dewasa nanti.

Mukadimah - Hijrah Dari Papan Tulis

Imej
Teringat semasa zaman persekolahan rendah dulu, sewaktu belajar di sekolah kebangsaan, seronok bersama rakan-rakan dari pelbagai tempat dan suku. Waktu di kelas merupakan waktu yang paling ditunggu-tunggu, kerana semasa di dalam kelaslah kami dapat berjumpa bersama rakan-rakan, berkongsi-kongsi cerita, usik mengusik, tertawa bersama dan saling 'show-off' tentang kehebatan kepunyaan masing-masing.  Ada yang baru beli kotak pensil baru, ada yang baru dapat beg baru. Ada yang seronok lawan pemadam, Tak kurang juga yang sibuk menyiapkan kerja sekolah, kerana tak sempat buat di rumah semalam. Turut ada yang masih mengantuk dan mamai kerana terpaksa bangun dan bersiap awal pagi, walhal semalam sengaja dia tidur lewat.