Rahsia di Sebalik 786


Bila korang ke kedai mamak, korang perasan tak logo seperti di bawah ni mesti ada? 



Ada pula yang tak ada bulan bintang, tapi nombor 786 mesti ada:



Kome tak pelik ke, apa sebenarnya maksud 786 ni?

Akhirnya selepas membuat kajian ilmiah, aku dapat beberapa teori mengenai  asal usul nombor 786 di kedai mamak:

  • Teori 1: Nombor 786 yang tertera di papan tanda kedai mamak membawa kepada formula asas kepada perniagaan India Muslim. Ia melambangkan proses penciptaan keuntungan dalam perniagaan dan pengurusan modal pusingan bagi apa-apa perniagaan yang diceburi. Formulanya ialah jika modal berjumlah RM7, jual pada nilai RM8, kemudian pusingkan modal semula sebanyak RM6. Lalu jadilah 786.

modal RM7, jual RM8, pusingkan modal RM6


  • Teori 2: Ketika berlaku persengketaan Hindu-Islam di India di zaman dahulu, orang Islam menggunakan huruf 786 bagi memudahkan mereka mudah dikenali sebagai ganti kepada perkataan "bismillah". Apa hubungan nombor 786 dengan "bismillah"? Nombor 786  membawa maksud "bismillah" kerana apabila ditambah nilai "bismillah" akan menjadi  786. Senang cite, kome tau lagu Bismillah dendangan Too Phat kan? Ala, lagu yang pernah top zaman dulu kala. Tengok lirik lagunya, deme pun ada sebut pasal nombor ni. (ada yang kata benda ni bidaah, dan aku sendiri tak berkenan dengan teori ni)

  • Teori 3:  786 adalah satu kumpulan 'kongsi gelap'. Fakta ini dikemukakan oleh pakcikku merangkap pegawai Kastam. Kumpulan ini memang amat ditakuti oleh pihak berkuasa tempatan. Kerana itu tokey kedai mamak tidak takut walaupun mereka ambik pekerja pendatang haram lantaran kuasa 'team 786' ini. Cerita ini menurut pakcik aku la, dan aku lebih percaya kepada teori ini kerana teori ini terus aku dapat kepada sanadnya (yakni pakcik aku) berbanding teori lain yang hanya berlegar melalui bacaan aku sahaja tanpa membawa bukti yang lebih kukuh.

Nak percaya dipersilakan, tak nak percaya sudah. Sekian, wassalam.

Ulasan

  1. 786 tiada kaitan ngan kongsi

    Nombor 786 ialah jumlah beberapa nilai dari huruf-huruf basamalah. Cara mengiraan ini dikenal dengan kaedah Abjad, itu memberi nilai-nilai arithmetik kepada huruf-huruf tersebut. Menurut Dr. Muzammil H. Siddiqi, bekas Presiden ISNA, ia dicipta pada Abad ke 3 Hijrah semasa zaman Abbasiyyah, dan banyak digunakan dinegara-negara Pakistan dan India.[1] Perkara yang sama juga turut dinyatakan dalam sebuah laman web anti-hadis, yang saya rasa tak perlulah saya sertakan URL-nya memandangkan ia sesat lagi menyesatkan.


    Cara pengiraanya : (berapa kali huruf didarab dengan nilai huruf)

    ب (1 kali * 2 = 2)
    س (1 kali * 60 = 60)
    م (3 kali * 40 = 120)
    ا (3 kali * 1 = 3)
    ل (4 kali * 30 = 120)
    ه (1 kali * 5 = 5)
    ر (2 kali * 200 = 400)
    ن (1 kali * 50 = 50)
    ح (2 kali * 8 = 16)
    ي (1 kali * 10 = 10)

    Jumlahnya = 2+60+120+3+120+5+400+50+16+10 = 786

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, tak pernah terpikir plak camni. mantop2!

      Padam
    2. teori ini ada disebutkan di link di atas, di bawah tajuk "teori 2".

      Saya sendiri agak menolak teori ini kerana kebanyakan ulama mengatakan hal seperti ini adalah bidaah dan hasil sejarahnya juga bercampur-campur sehingga tidak diketahui adakah ini sebabnya kedai2 mamak meletakkan teori nombor ini.

      Apapun, terima kasih atas perkongsian :)

      Padam

Catat Ulasan

Kereta rosak panggil pomen,
Sudah baca harap komen. XD

Catatan popular daripada blog ini

5 Masjid Paling Cantik di Perak

5 Bilik Hotel yang Paling Mahal di Malaysia