Rahsia Kenapa Dr. M Pilih Tahun 2020


Semua orang di Tanah Malaya ini kenal pada Dr. M, kan. Ok, yang tak kenal, Dr. M adalah nama manja bagi Dr. Mahathir, Perdana Menteri Malaysia ke-4. Dan mungkin ramai yang tahu, wawasan 2020 adalah cetusan daripada beliau, kan?



Pencetus Idea Kepada Wawasan Negara Maju

Ok, di sini aku nak cerita sikit. Sebenarnya, asal kepada rangka tindakan untuk Malaysia menggariskan hala tuju negara dengan lebih jelas adalah daripada pemikiran Tan Sri Nordin, si genius daripada ISIS (Institute of Strategic and International Studies). Kemudian, Dr. M setuju bahawa Malaysia perlu ada target untuk menjadi negara maju (ketika itu, pada tahun 1991, ada 19 buah negara je yang dianggap negara maju). Ok, faham. Tapi...kenapa beliau pilih tahun 2020? Bukan tahun 2017 ke, atau apa-apa tahun yang  lain???


Kenapa Tahun 2020?

Dr. M yang juga seorang doktor tertarik dengan ukuran optometri yang digunakan untuk penglihatan, iaitu 2020 - angka yang bererti penglihatan 100% di kedua-dua belah mata. 2020, ia membawa maksud bahawakita tahu dengan jelas arah tuju kita dan apa yang akan terjadi kepada Malaysia pada tahun 2020. Kesimpulannya, itulah rahsianya kenapa Dr. M pilih tahun 2020, bukannya tahun 2015 atau tahun-tahun yang lain.

Sekian.

p/s: maaf, malas nak tulis panjang-panjang. Lagipun kalau tulis panjang, bukan kome baca betul-betul sampai habis, kan?

_______________
Rujukan:
kitab tebal DOKTOR UMUM, Memoriar Tun Dr Mahathir Mohamad

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Masjid Paling Cantik di Perak

5 Bilik Hotel yang Paling Mahal di Malaysia