Terowong Rahsia di Putrajaya Didedahkan
Orang Malaysia memang suka dengan cerita yang mistik dan misteri. Kalau korang ni memang suka menyelam dalam blogger dan mencari cerita-cerita misteri lagi top secret, mesti kome pernah baca tentang terowong rahsia yang terletak di bawah tanah Putrajaya tu kan?
Ok, kalau tak tahu, its ok...
Memang betul pun ada terowong 'rahsia' di bawah tanah Putrajaya tu. Tapi sebenarnya terowong tu mana la ada rahsia sangat. Yang jadi rahsia sebab kita je yang tak pernah tahu. Jadi, bila ada orang 'terjumpa' dengan terowong ini, mula la orang kata kerajaan ada simpan 'rahsia' terhadap 'terowong' ini. Ok, yang ini memang lawak. Sebab apa lawak? Sebab deme buat andaian tanpa tanya kepada tuan empunya tanah!
Ok, sebenarnya, tak ada rahsia pun yang ingin disembunyikan terhadap terowong bawah tanah di Putrajaya tu. Serius!
Hakikatnya, terowong itu adalah terowong monorel yang terbengkalai! Dan bukannya terowong rahsia seperti yang kome mungkin fikirkan!
Kenapa terbengkalai? Sebab Pak Lah tak nak teruskan projek ini, walaupun terowong telah dibina. Ini juga menyebabkan Tun Dr. M begitu marah dengan Pak Lah.
Ada yang persoalkan, "Habis, kenapa terowong ini dijaga dan ditutup?" Lar, kena la tutup. Bahaya kot kalau dibiarkan terbuka. nanti jangan kata binatang-binatang berbisa, manusia yang nak transformer jadi haiwan pun jadikan tempat ini sebagai sarang mereka!
Kalau kome tak percaya yang terowong ini memang bukan rahsia, jemput baca wikipedia di link ini ya;
http://ms.wikipedia.org/wiki/Monorel_Putrajaya
Malah, cerita terowong yang rahsia sangat ini telahpun keluar dalam paper utusan;
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1027&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm
Mungkin pada zaman Pak Lah, dia tak nak teruskan projek ini kerana menganggap ianya sebagai 'membazir'. Lagipun, Putrajaya ketika itu masih belum sesak lagi dengan kenderaan. Namun aku percaya, ketika mana Putrajaya semakin sesak dengan kenderaan, projek monorel bawah tanah ini akan bersambung semula.
Apapun, ini bukan terowong rahsia ya. Pieace yoo!
_________
Sumber:
juga dari kitab tebal Dr Umum
Ulasan
Catat Ulasan
Kereta rosak panggil pomen,
Sudah baca harap komen. XD