10 Perkara Menjengkelkan Bagi Seorang Angkasawan


Ramai yang tak tahu sebenarnya kehidupan di angkasa sangat menyusahkan. Kalau korang atau kawan-kawan bercita-cita nak jadi angkasawan, selain cemerlang dalam akademik, kene siapkan diri dengan sifat sabar dan tak mengade-ngade.

Di sini kami senaraikan 10 Perkara Yang Paling Menjengkelkan Bagi Seorang Angkasawan :

1. 16 kali matahari terbit dalam sehari


Di angkasa, matahari terbit dan terbenam setiap 90minit! Macam mana lah agaknya angkasawan ni nak susun waktu tidur dan kerja mereka kan?

Bagi mengatasi hal ini, administrasi ISS (International Spacce Station) menggunakan sistem jadual 24 jam. Jam di dalam stesen angkasa juga diset sesuai dengan waktu GMT Bumi (Lebih kurang sama dengan waktu di Texas, Moscow dan Houston).

Bagi memastikan para angkasawan tak terlajak tidor, setiap pagi, mereka angkat dikejut oleh bunyi penggera daripada stesen angkasa di bumi. Ada juga sebahagian angkawasan yang menggunakan jam loceng dan pengera peribadi lain untuk membantu mereka bangun tepat waktu.

2. Tubuh badan semakin tinggi dan rapuh


Oleh sebab tiadanya tekanan graviti, kolum tulang belakang akan mengembang, menyebabkan seseorang yang berada di angkasa menjadi lebih tinggi 5 hingga 8 sentimeter. Sesiapa yang nak merasa lebih tinggi boleh la berangan ke angkasa hehe.

Tapi. pertambahan ini membawa masalah dan komplikasi lain kepada tubuh mereka, seperti sakit belakang yang kerap, dan masalah sakit sendi.

3. Makanan perlu dicampur air terlebih dahulu


Sebelum naik ke angkasa, para angkasawan dibekalkan dengan makanan bungkus yang diawet dan kering (hampir 0% kandungan air!).

Supaya memungkinkan makanan tersebut dihadam oleh perut, ia perlu ditambah air terlebih dahulu. Kebanyakan makanan di atas stesen adalah berasas gandum, seperti roti dan adunan biasa.

Dan sudah pastilah, dorang tak boleh memasak di atas angkasa. Semua makanan hanya dipanaskan di dalam microwave. Kalau tak sedap, hanya garam dan gula yang telah dicairkan menjadi pengganti kicap di sana.

4. Gejala Mabuk Angkasa


Boleh dikatakan, kesemua angkasawan pernah mengalami gejala ini. Malahan mabuk angkasa ini berlaku kerap!

Kalau di laut, adanya mabuk laut. Naik kapal terbang pula, boleh kena mabuk udara. Agaknya mabuk angkasa ni lebih kurang macam tu la kot, atau mungkin lebih teruk. Saya tak tahu, tak pernah ke angkasa.

5. Paling sukar untuk diserasikan apabila kembali semula ke bumi, "Apabila sesuatu dilepaskan, ia akan jatuh"


Apabila pulang semula ke Bumi, angkasawan perlu membiasakan semula diri mereka dengan graviti bumi. Bayngkan setelah berbulan-bulan tinggal di atas angkasa, sudah tentu badan mereka terasa berat untuk bergerak!

Namun, yang lebih sukar untuk dibiasakan adalah, tabiat melepaskan cawan di angkasa turut terbawak-bawak setelah mereka kembali ke bumi. Beberapa orang angkasawan Rusia yang telah tinggal lama di angkasa, masih terbiasa melepaskan cawan minum setelah mereka kembali ke kampung halaman.

Kalau ada anak-anak yang suka pecahkan piring dan cawan, ada peluang jadi angkasawan tu! Hehe

6. Sinaran yang membutakan akibat Radiasi Kosmik


Bukan Komik! Tapi Kosmik, iaitu suatu sinaran silau hanya dapat dilihat apabila terdedah lama kepada radiasi kosmik matahari. Pernah memandu di waktu malam? Sesetengah orang yang mempunyai silau dan memandu di waktu malam mungkin pernah mengalami simptom seperti ini, namun silau akibat Radiasi Kosmik ini lebih parah!

Dilaporkan lebih 39 orang bekas angkasawan telah mengalami masalah penglihatan dan sebahagiannya katarak mata selepas menamatkan karier mereka.

7. Hilang nikmat berbaring semasa tidur


Cuba bayangkan, jika anda terpaksa tidur berdiri selama sebulan?

Begitulah yang dirasakan oleh para angkasawan nun di atas sana. Oleh kerana ketiadaan graviti, tubuh mereka tidak dapat merasa nikmat menyandar dan berbaring. Walaupun dapat dilihat ada baris-baris tilam di stesen angkasa, itu semua sekadar syarat untuk mewujudkan suasana bilik tidur, supaya lebih mudah untuk tidur.

8. Mandi hanya menjadi angan-angan


Suatu lagi realiti yang terpaksa dihadapi di atas sana adalah tidak boleh mandi!

Jika terdesak, mereka hanya boleh membasahkan tubuh dengan tuala dan span basah, itupun tidaklah terlalu basah, kerana khuatir air yang terapung akan masuk ke dalam mesin-mesin aito.

Memakai perfume juga adalah tidak digalakkan, kerana dikhuatiri titisan kecil akan terapung dan masuk ke dalam mesin.

Malah, menyikat rambut juga seolah sia-sia, kerana rambut akan sentiasa menegak, seperti penyanyi rock punk!


9. Terpaksa menelan ubat gigi dan air kumur


Tidaklah terlalu daif, mereka masih tetap mampu menjaga kebersihan harian. Angkasawan menggunakan sejenis ubat gigi khas yang melekat kepada berus untuk mengosok gigi mereka. Setelah habis berkumur, mereka mempunyai dua pilihan, sama ada untuk meludah ke atas tisu, atau terus menelannya!

Atas faktor penjimatan tisu (kepada perkara kebersihan yang lebih "mustahak"), maka lebih kerap mereka memilih pilihan yang ke dua.

10. Membuang air adalah sangat sukar...


Terapung...tidak boleh menggunakan air...bayangkan jika mereka sakit perut hari tersebut...
Ish....korang bayang la sendiri...


Ulasan

Catat Ulasan

Kereta rosak panggil pomen,
Sudah baca harap komen. XD

Catatan popular daripada blog ini

5 Masjid Paling Cantik di Perak