Asal Usul Doraemon


Komik bersiri Doraemon mula dihasilkan pada tahun 1969. Penulisnya? Siapa lagi kalau bukan Fujiko F. Fujio. Mana-mana yang dibesarkan pada tahun 90-an, mesti pernah tengok cerita ni. Tipu la kalau kata tak pernah tengok. Hehe. Jom kita tengok asal usul Doaremon.


Bagaimana Fujiko F. Fujio Dapat Idea untuk Buat Komik Doaremon?

Beliau sebenarnya sudah kehabisan ideal untuk menghasilkan sekuel komik yang baru, sedangkan deadline semakin dekat. Dia sangat tertekan. Idea asalnya, orang keluar dari laci la, makhluk yang hidup dalam laci la...dan baginya semuanya adalah merepek. Pulang dari rumah, beliau duduk lagi di kerusinya sambil mengeluh;

"Kalaulah ada mesin waktu...pergi ke masa depan, curi idea komik buatan sendiri. Kalaulah, saat ini...ada mesin waktu..."

Dan akhirnya, beliau tertidur di situ...

Dalam tidurnya itu, beliau bermimpi tentang Doraemon :)


Kelahiran Doaremon

Doraemon dilahirkan pada tahun 2112. Asalnya, Doraemon berwarna kuning dan mempunyai telinga. Doraemon adalah robot kucing yang sentiasa bernasib malang. Akhirnya, dia dihantar ke sekolah pemulihan robot. Selepas bergraduasi, Doraemon telah diambil oleh satu keluarga yang telah membelinya secara tidak sengaja.

Kenapa Doraemon Tiada Telinga?
Soalan ini ada juga kaitannya dengan mengapa Doraemon takut dengan tikus. Tuan Doraemon, Sewashi membuat arca Doraemon untuk dihadiahkan kepada Doraemon. Tetapi telinga pada arca Doraemon kelihatan buruk. Lalu dia mengeluarkan robot tikus untuk membaiki arca tersebut. Sebaliknya, robot tikus itu pula yang menggigit telinga Doraemon yang sebenar sehinggalah Doraemon tidak lagi mempunyai telinga.

Kenapa Doraemon Berwarna Biru?
Asalnya, warna pada badan Doraemon adalah kuning, sama seperti warna Dorami, adiknya. Namun, selepas kejadian telinganya digigit tikus, Doraemon mengalami masalah kemurungan. Masalahnya semakin serius selepas dia tersilap makan ubat, menyebabkan dia semakin sedih dan selalu menangis. tangisannya menyebabkan warna kulitnya terhakis dan terjadilah warna biru.

Kenapa Doraemon Pergi ke Zaman Nobita?
Sewashi yang menghantar Doraemon ke zaman Nobita. nobita merupakan moyangnya. Sewashi tahu moyangnya itu sentiasa bernasib malang. jadi dia menghadihkan Doraemon kepada Nobita.


Nak tahu kisahnya dengan lebih lanjut, boleh tengok video di bawah :)



Mungkin ada yang tak suka dengan cerita Doraemon kerana menggalakkan budak2 menjadi malas dan asyik mengharapkan kepada Doraemon saja. Betul. Tapi, sifat setiakawan serta sanggup menghadapi kesusahan bersama-sama yang membuatkan aku jatuh cinta dengan cerita filem Doraemon, Yup, aku suka filem Doraemon je tau, sebab dalamnya yang ada unsur2 sebegitu..dan sampai sekarang pun aku masih minat lagi... hehe ^_^

Ulasan

  1. Tak silap ambe, ada sorang lagi pelukis nama Fujio F. Fujiko, die yang nyambung komik Doraemon ni lepas Fujiko F. Fujio

    Nama nk dekat same haha

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kereta rosak panggil pomen,
Sudah baca harap komen. XD

Catatan popular daripada blog ini

5 Masjid Paling Cantik di Perak