5 Blog Paling Banyak Pengikut di Malaysia

Apa itu blog? Aku tak nak cerita. Haha. Yang aku nak cerita kat sini, 5 blog yang paling banyak follower atau members( sebenarnya aku nak buat 10, tapi oleh sebab aku malas, jadi aku buat 5 je, hehe). Semuanya main puluh2 ribu. Memang kejam. Haha (bila la blog ni nak dapat banyak followers macam blog2 kat bawah ni?)




5. irinenadia.blogspot.com 33,248 pengikut
http://irinenadia.blogspot.com/


Sape yang selalu menyelam dekat IG, mesti kenal dengan mak cik ni. Ops..aku panggil makcik sebab dia kan dah kahwin, hehe. Tapi nak kata dalam dunia IG, beliau ni memang sangat terkenal la. Geram je tengok anak perempuan dia yang comel sangat2 tu!



3. honeykoyuki.blogspot.com 34,240 pengikut
http://honeykoyuki.blogspot.com/


Dah orangnya cantik, memang ramai la yang follow (aku tak jeles ok). Beliau juga dikenali dalam dunia sebenar. Dah pernah masuk majalah, keluar tv, masuk paper. (sekali lagi aku tak jeles). Memang nak kata kalau nak jadi popular, melalui blogger pun boleh apa. Tapi...sekali lagi aku ingatkan, kena ada follower yang ramai macam akak ni. Hehe



4. peliks.blogspot.com 41,820 pengikut
http://peliks.blogspot.com/


Peliks? Memang tuan empunya blog ni agak peliks kot? Heheh..Suka buat muka yang buat orang rasa macam nak tampar. Tapi jangan tampar dia, sebab dia dah jadi isteri orang! Walaupun entry dalam blog dia panjang2, tapi best untuk dibaca (aku je yang tak baca sampai habis, haha)



2. inibelogsaya.blogspot.com 46,957 pengikut
http://inibelogsaya.blogspot.com/


Mungkin kome mengenali akak ni sebagai pelakon, kan? Tapi nak kata, dia mula dikenali melalui blog la. Jadi, kalau kome pun nak jadi pelakon atau artis ke, jadi la blogger dulu. Tapi kena pastikan yang blogger kome tu pun kena sampai puluh ribu like la macam akak ni, hehe.



1. www.lyssasecret.com 60,214 pengikut
http://www.lyssasecret.com/


Setakat yang aku tahu, memang tak ada sape-sape lagi blogger di luar sana yang dapat mencabar adik kecik ni dalam mengumpul follower yang ramai. Melepasi angka 60k tu! Dan ya, dia ni bertaraf adik je la bagi aku, sebab umur dia baru je 23 tahun. Hebat. Artikel dalam blog dia memang best untuk dibaca pun. Nampak cute dan ikhlas, haha.


Tengok la, top 5 blogger semuanya wanita.. Dan semuanya pula yang cantik2. Hai, mana la si jejaka yang tampan ni? Apapun, bilangan pengikut ni pastinya akan berubah pada setiap hari. Dan kalau kome jumpa blog yang lebih banyak pengikut daripada blog yang aku sebutkan ni, kome kongsikan la di sini ya. Ok

Ulasan

Catat Ulasan

Kereta rosak panggil pomen,
Sudah baca harap komen. XD

Catatan popular daripada blog ini

5 Masjid Paling Cantik di Perak

5 Bilik Hotel yang Paling Mahal di Malaysia