Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2014

Muafakat tidak akan wujud pada tahun 2057 ??

Imej
Hidup Muafakat Urusan Menjadi Mudah Oleh : Mohd Sofwan Ali Hidup Muafakat Urusan Menjadi Mudah Adakah akan berlaku masyarakat yang "Individualisme" suatu hari nanti? Dimanakah Identiti kita sebagai Bangsa Melayu Islam yang penuh Adab dan Kesopanan ? kita lihat masyarakat dewasa ini, boleh dikatakan tidak mempunyai identiti sendiri, kemajuan yang dicapai hanyalah sebuah cedukan kepada model luar negara atau negara maju. Maka, kita berlumba-lumba untuk meniru mereka sehingga persoalan adab, adat dan budaya yang dahulunya menyentuh sisi-sisi kesantunan orang Timur semakin dilupa. Mengapakah kita perlu menjadi Barat sedangkan secara geografinya, kita berada di Timur?

Nusantara yang bersalji?

Imej
Baru-baru ni, heboh satu dunia tentang isu salji di Indonesia. Kebetulan, saya pun sekarang sedang berada di Indonesia, tak habis study lagi. Dan rasanya rugi pulak kalau tak update tentang isu ni. Maklumlah ramai juga sahabat-sahabat di Malaysia yang tanya kabar tentang salji di sini. Mujur ada yang bertanya, kalau tidak, saya pun sudah tentu tak tahu, sebab sumber berita kami di Indonesia memang peratus besarnya dari Facebook saja.

Sudah Semakin Hampir - KUTUB BUMI & POLE SHIFT

Imej
Artikel ini diambil terus daripada laman blog mohdzopfan.wordpress.com. Admin mengekalkan format dan gaya penulisan asal. Klik sini untuk melihat ke laman asal. Hakcipta asal oleh Mohd Zopfan . Penulisan ini dirasakan amat bagus dan berguna untuk para pembaca. Justeru itu, admin merasakan adalah baik jika ia dikongsikan bersama-sama. Terpulang sama ada mempercayainya, atau hanya sekadar mengambil pengajaran baik daripadanya. Moga-moga dengan perkongsian ini, kita sentiasa beringat dan tidak leka sebagai hambaNya. Assalamualaikum warahmatullah hi wabara kaa tuh, Menyampaikan dalam bahasa termudah. Tidak perlu bermadah. Tidak perlu susah. AMARAN! BACA SAHAJA! Persoalan yang bermain di benak seketika anda membaca boleh diletakkan ke tepi dahulu. Perkara yang diberitahu ini adalah perkara yang tidak kita nampak. Masa depan. Masa depan dalam satu jangka waktu yang amat dekat TANPA disedari ramai. BACA dengan SABAR.

JOM RIHLAH ILMIAH..!! TERBUKA UNTUK SEMUA..!!

Imej
Oleh : Mohd Sofwan Ali Termasuk Anak Muda di MALAYSIA DAN INDONESIA..!! JOM RIHLAH ILMIAH..!! TERBUKA UNTUK SEMUA..!! Bersempena Pesta Buku Islami Jakarta yang akan berlangsung pada 28hb Februari - 9hb Mac 2014, tentunya ramai dari kalangan w arganegara Malaysia khususnya terdiri dari para pelajar, berhasrat untuk mengunjungi ke acara pesta buku terbesar di Indonesia itu. Justeru, beberapa orang anak muda dengan anjuran bersama Universiti Terbuka Anak Muda (UTAM) mengambil inisiatif untuk menawarkan peluang kepada anda dengan menganjurkan Rihlah Ilmiah Jakarta-Bandung 4 Hari 3 Malam yang julung-julung kalinya diadakan ini. Menyahut pesan Ilahi supaya mengembara dan bertukar-tukar ilmu pengetahuan, pakej Rihlah Ilmiah yang dirancang khusus untuk tujuan tersebut yang turut merangkumi ziarah-diskusi ke Institute for the Study of Islamic Thought and Civilizations (INSISTS), Pesantren Darut Tauhid dan UIN Syarif Hidayatullah, lawatan ke tempat-tempat wisata (pelancongan) seperti Old

Ayat-Ayat Tentang Hijab Dan Memandang Berdasarkan Surat An-Nur Ayat 30 & 31

Imej
Oleh : MuhammadNadzri Penulisan ini merupakan hasil tugasan bagi kuliah Tafsir Ayat Hukum Keluarga semasa penulis mengambil Ijazah Syariah di Institut Agama Islam Negeri Sumatera Utara. Ditulis asal dalam Bahasa Indonesia.             Sesungguhnya Allah telah menetapkan suatu aturan bagi setiap perkara itu dengan sangat sempurna dan teratur. Setiap yang diperintah dan dilarangnya itu tidak lain dan tidak bukan adalah demi kebaikan dan menjaga kemaslihatan umat manusia. Hanya kita saja yang perlu menyedari hakikat ini, sama ada secara langsung berdasarkan dalil ataupun secara kritis berdasarkan kajian dan pemerhatian di dalam setiap aspek aktivitas harian.

Mengapa anak kecil di tangan pengemis kebanyakan tertidur?

Imej
Diterjemah oleh : MuhammadNadzri Artikel asal : Why is the child in hands of the beggars always sleeping? Pernahkah anda tertanya-tanya? Sila baca dengan sabar. Berdekatan dengan sebuah stesen minyak, kelihatan seorang wanita sedang duduk, tidak pasti berapa umurnya. Rambutnya kusut tidak terurus, dia terduduk sayu dan lemah. Wanita itu duduk di atas lantai yang kotor itu, dan di sebelahnya diletakkan sebuah beg. Orang-orang yang lalu lalang di kawasan itu akan mencampakkan duit ke dalamnya. Dalam pelukan wanita tersebut, ada seorang kanak-kanak berusia sekitar dua tahun, sedang lena tidur di bahu wanita itu. Anak kecil itu turut kelihatan sedih, berpakaian lusuh dan kotor.

Pengajian Taalim Al-Ittihad di Masjid Nur Chadijah, Wisma Wartawan, Medan, Indonesia

LAMAN INI MASIH DALAM PEMBINAAN. HARAP BERSABAR.

Pengajian Malam Ahad - Penerangan dari Pakar Aswaja dan Sunni

Oleh : MuhammadNadzri Penulisan ini adalah berbentuk perkongsian tentang kuliah yang pernah dihadiri oleh penulis. Asal dalam bahasa Indonesia, namun disesuaikan dengan Bahasa Melayu untuk tatapan kebanyakan pembaca. Penulis mengambil beberapa isi penting daripada hasil pembentangan di Pengajian Ta'lim Al-Ittihad , Medan untuk kali ke 196 pada tarikh 11 Januari 2014. Topik pembentangan pada malam itu adalah berkisar tentang Pencerahan terhadap kelompok Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) dan Sunni, serta beberapa maklumat penting berkenaan fahaman dan aliran-aliran kiri. Antara penceramah yang hadir untuk berkongsi adalah : 1. Professor Dr. Habib Muhammad Baharun daripada Majlis Ulama' Indonesia (MUI) 2. Kiyai Haji Muhammad Idrus Ramli dari Dewan Pakar Aswaja, Jawa Timur.

Teori Ketata Negaraan Menurut Sunni Dan Syiah

Imej
Oleh : MuhammadNadzri Penulisan ini merupakan hasil tugasan bagi kuliah Fiqh Siyasah semasa penulis mengambil Ijazah Syariah di Institut Agama Islam Negeri Sumatera Utara, telah dibentangkan pada tarikh 23 Disember 2013. Ditulis asal dalam Bahasa Indonesia. Tata cara menjalankan dan memimpin sesebuah negara merupakan aspek yang sangat penting bagi keberadaan sesebuah negara. Selain itu, mempelajari pola pikir politik sangat perlu untuk mengetahui ciri-ciri politik dalam sesebuah negara.            Di dalam perkembangan pengajaran Islam dewasa ini, dikenali dengan beberapa pahaman dan pegangan yang muncul, walaupun masih sama kononnya berteraskan fahaman dan ajaran asal Islam, namun hakikatnya apabila ianya diteliti dengan lebih terperinci, maka dapat dilihatlah beberapa perbedaan dan perincian yang menyimpang dalam sesetengah ajaran, walaupun setiap satunya mengklaim bahawa masing-masing merupakan pegangan yang paling tepat dan murni.