5 Restoran yang Best di Johor Bahru

restoran yang best di johor bahru

Johor Bahru merupakan salah satu bandaraya yang terbesar di Malaysia. Jadi, tak hairanlah jika JB ada banyak hotel dan restoran mewah. Kat sini, aku nak cerita tentang restoran hipster yang best, yang ada di Johor Bahru. Jom pekena!


Restoran Malay Village
Bercirikan tradisional, restoran  ni menawarkan berpuluh2 menu sampai tak tau nak pilih apa. memang restoran yang best di johor bahru. Haha. Lagi, deconya cantik dan redup mata memandang. Kita boleh makan di meja atau duduk bersila di gabezo. Menu special, bamboo rice. Nyum3


Cafe Racer by Grillbar
Anda minat motosikal dan makanan? Maka inilah restoran yang best si johor bahru untuk anda! Terletak di Taman Pelangi, cafe ni memang tempat lepak2 para riders pun. Kalau datang sini, jangan lupa pekena hot chocolate with marsmallow. Memang terangkat!


Kapten Steamboat & Grill
Mungkin inilah restoran steamboat orang Melayu punya yang paling famous di JB. Dengan harga seorang RM28, ia dianggap murah la compare dengan yang lain. Sini memang ada banyak menu laut. Rambang matanya dibuatnya! Ada juga side dish. Boleh la try coconut aiskrim. Cair beb...

restoran yang best di johor bahru



Lokap Cafe
Nama je lokap Cafe, tapi menu di sini bukanlah menu para banduan, sebaliknya western food! Cafe yang terletak di pekan lama JB ni memang best untuk lepak berasama rakan sambil merasai suasana lokap. Menu best yang anda boleh cuba jika ke sini semestinya Murder Burger. Gempak kan namanya? Hehe.


Big Food
Restoran yang terletak di Jalan Air 1 ni turut menawarkan makanan barat. Macam2 menu! Tapi salah 1 yang best ialah BBQ Beef Ribs. Nama cuba menu yang unik, try Nasi Goreng Ketam. Nama pun bigfood, jadi setiap hidangannya memang besar. Kongsi dua tiga orang pun terlebih cukup.


Terliur? Siapa yang pernah try makan di sini, boleh tak anda review sikit rasanya di ruangan komen. Atau anda mahu kongsi restoran hipster di JB yang best? Kongsikan bersama kami ya...



restoran yang best di johor bahru


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Masjid Paling Cantik di Perak