100 AKTIVITI BUDAK BIJAK YANG BAHAGIA DALAM HIDUP YANG BUDAK KINI TAK RASA
Zaman dah berubah, cara hidup pun dah berubah. Zaman sekarang, budak2 dok main tablet je. Zaman dulu? Macam2 kami buat! Bila teringat, memang nostalgia sungguh!
1. Tangkap ikan puyu
2. Main konda kondi
3. Rondes
4. Ais Kepal
5. Baling selipar
6. Laga ikan
7. Main bola pakai pen berspring
8. Main bola guna kadbod yang dibentuk V terbalik.
9. Tekap lukisan pakai minyak masak
10. Galah panjang
11. Main terup tampar siapa terbalik kalah
12. Main guli
13. Gasing pangkah (siap leperkan paku macam pemahat nak kasi gasing orang terbelah)
14. layang-layang buat pakai surat khabar
15. Main tetris
16. Game pakai catridge main Supermario pun nak excited sangat
17. Pagi hujung minggu tengok Dragon Ball
18. Aerial TV letak tudung periuk
19. Tangkap ayam pakai tali jerut dan tabur nasi
20. Tangguk ikan di taliair
21. Mandi sungai sambil selam-selam budak kecil sampai budak tu pandai berenang.
22. Tangkap belalang kunyit di padang
23. Tanya mentadak macammana orang lain tidur
24. Tangkap pepatung
25. Sambil minum guna straw tiup sampai keluar buih
26. Tali pinggang JQ kepala besar hujung berbesi
27. Ken Follet jenama kegilaan remaja
28. Tak dengar Nirvana tak cool
29. Keluar bandar mesti pakai kemeja dan seluar slack
30. Main meriam pakai tin Ridsect
31. Modify basikal bagi sepit udang tinggi macam Harley Davidson
32. Tengok Knight Rider, McGyver, Maero Attack, Mospeada, Voltron.
33. Pancing ikan pakai cacing tanah
34. Basuh basikal di sungai mesti terbalikkan basikal dan kayuh paddle sampai tayar berpusing sambil memercikkan air. Ada "monyet" yang main air percikan tu.
35. Kena hukuman ikat di pokok letak kerengga.
36. Berdiri atas kerusi dan meja
37. Pagi Sabtu mesti tunggu rancangan TV mula dan setia tengok color bar di TV. Rancangan pertama WoodyWoodPecker
38. Video tape VHS besar. Ulang-ulang tengok Jaka Sembung dan Sundel Bolong (what a life)
39. Balik sekolah jalan kaki itu selamat. Siap cari jalan potong lalu bukit dan belakang rumah orang.
40. Main card yang ada gambar kereta, kapal terbang, kapal laut yang siap ada spesifikasinya.
41. Buat call-card RM3.50 untuk 10 keping. Kalau jadi agen dapat 10 orang kita dapat 1 set percuma.
42. Tiap-tiap hujung tahun budak perempuan dah bagi buku autograf untuk sain. Mesti kena lukis sikit dan buat kata-kata semangat dan biodata.
43. Tunggu Pilihan Bersama dalam Radio dan tunggu dengan tape kosong dan jari sedia sahaja di button rekod.
44. AC Mizal pakai CD gantung di leher buat rap seret kaki.
45. Kebanyakan lagu dalam radio ialah lagu kekecewaan putus cinta
45. Final Piala Malaysia satu kampung berkumpul tengok TV pakai generator. Paling frus bila generator hiccup dan TV mati bila on balik dah SCORE.
46. Kalau merayap main tak ingat balik makan tengahari kena takut-takutkan ada benggali potong kepala buat jambatan.
47. Kalau mandi sungai tak reti-reti balik nanti kena tarik hantu air.
48. Siapa pakai Proton Saga senang dapat jodoh.(Merepek, haha)
49. Bila tiba-tiba jalan kampung orang sodok itu tanda nak pilihanraya
50. Bila jalan yang disodok itu diletakkan batu dan disiram bitumen itu tanda pilihanraya LAGI SATU nak berlaku.
51. Bila jalanraya batu siram bitumen tu diturap penuh itu tanda pilihanraya yang lagi lagi satu nak berlaku. 3 pilihanraya baru jalanraya siap.
52. Kalau tiba-tiba jalan utama masuk Felda
jadi cantik, rumput kena potong dan bunga baru letak dalam pasu itu tanda menteri nak datang.
53. Tulis surat cinta mesti letak bedak.
54. Surat mesti ada pantun di hujungnya "Pecah kaca pecah gelas, Sudah baca harap balas".
55. Pancing public phone dengan duit 50 sen yang dipasang tali tangsi. Boleh sembang lama-lama.
56. Telefon bimbit ATUR sebesar peti ais.
57. Makan ayam tengkorak (ayam rangka goreng).
58. Kalau naik bas ekspress yang ada tandas, memang bacin
59. Buat rambut kotak macam Vanilla Ice
60. Sempat lalu zaman seluar carrot cut dan bell bottom.
61. Dulu ada penpal
62. Main baling tin
63. Suka jadi pengawas kerana boleh menyemart pakai neck tie nampak macam budak pandai dan berwawasan.
64. Baca komik Alam Perwira, Pendekar Laut dan Pedang Setiawan.
65. Yang funky baca Ujang. Yang nerd baca Dewan Pelajar & Dewan Siswa
66. Beratur di bilik air asrama dengan cara meletak bekas sabun.
67. Rewind cassette pakai pen
68. Walkman sebesar kotak tissue pun ada.
69. Jemur battery walkman yang dah lemah.
70. Pakai lencana sekolah jenis lekat dan seterika.
71. Selisih cikgu di pasar menyorok belakang tiang punya takut
72. Bila pakai cermin mata sahaja terasa diri dah kelihatan pandai.
73. Zaman itu ingat kalau lelaki kahwin dengan perempuan tak payah buat apa-apa nanti dia pregnant sendiri.
74. Zaman itu fikir seks itu haram sampai mati walaupun dah kahwin. Ustaz ke cikgu ke mak ayah ke semua segan-segan nak ajar.
75. Semua fikir Tengku Haslinda adalah isteri Farid Ismeth Emir
76. Filem dipanggik kodak.
77. Tengok wayang pacak di Kedai Mara sebelum pilihanraya. Nanti ada selingan ceramah politik.
78. Paling stylo pergi sekolah pakai kasur BM2000 atau Palas Zap.
79. Bangga kalau dapat beli jam Boy London.
80. Najib Razak ketika itu Menteri Belia & Sukan u know?
81. Dalam kelas main Capteh
82. Dalam kelas koyak buku matematik, main titik kepung
83. Tiada Gardenia yang ada Roti Cap Superman
84. Pakai internet nanti line telefon engage. Bunyi dialing dia macam bunyi anjing tercekik selipar.
85. Tiga puluh sen boleh dapat Nasi lemak dan air sirap di kantin.
86. Main bola ada 2 team, 1 team mesti tak pakai baju.
87. Main tudung oren
88. Yang perempuan main batu seremban
89. Baling batu ke air siapa punya mantul di air lagi banyak dia champion
90. Dalam TV ada slot DRAMA SWASTA.
91. Dalam TV orang kaya mesti pakai blazer dan necktie walaupun dalam rumah sendiri sambil makan roti dan perbualan mesti sebut London, Los Angeles, Paris.
92. Anak orang kaya dok asrama sikit-sikit reverse charge di public phone.
93. Bakar timah dalam batteri kereta nak buat buckle talipinggang tapi semua tak jadi.
94. Kad Raya mesti gambar masjid
95. Main tengteng (jengkek)
96. Makan Ice cream pop hisap dari bawah
97. Setiap Sabtu malam sakit perut alasan taknak mengaji tapi tengok Doraemon sihat.
98. Jenama Alien Workshop. Sticker pun jadilahh.
99. Iklan Ding Dang mesti dapat percuma mainan.
100. Fido Dido
Macam mana? Terimbau silam tak? Huhu..atau anda ada benda nak tambah lagi dalam senarai ni? Tambah saja ya dalam ruangan komen. Bagi nampak champion sikit orang zaman dulu..hoho
Atarauforro Herman Casillas Download
BalasPadamassitipra
Osiafercomp_ba John Jonas Tenorshare 4DDiG 9.1.1.2
BalasPadamMarvelous Designer 3D 11 v6.1.723.37401
IObit Software Updater Pro 4.6.0.264
AnyMP4 iOS Toolkit 9.0.86
neyvolnasa