Fatwa tentang Vape oleh Majlis Fatwa Kebangsaan 18 Ogos 2015


Penggunaan rokok elektronik, juga dikenali sebagai Vape, telah difatwakan haram penggunaannya oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia 18 August 2015. Pengerusi Muzakarah Jawatankuasa Fatwa (JKF) Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia mengatakan bahawa keputusan tersebut adalah berdasarkan hukum yang sama diberlakukan untuk shisha, juga dikenali sebagai "paip air" atau hookahs.

"Kita telah bersepakat tentang isu rokok dan shisha, dan kita boleh mengaitkannya sama dengan penggunaan Vape. Pertama, ia merbahaya, kedua, ia membazir, dan ketiga, ia memudaratkan kesihatan. Jadi, apabila kesan yang dilihat serupa, kita telah menfatwakannya sebagai haram," katanya.

"Kita telah memutuskan bahawa tidak ada sebarang permasalahan (dengan fatwa). Pada masa yang sama, Kementerian Kesihatan telah memaklumkan bahawa mereka sedang menunggu hasil ujian dari pakar, namun kami terpaksa mengambil langkah lebih awal atas dasar asas, jika ia suatu pembaziran dan membahayakan, sudah tentu kami tidak boleh bersetuju dengannya."

Pada tarikh 17 Julai 2013, Jawatankuasa Fatwa (JKF) Majlis Kebangsaan memberitahu bahawa shisha difatwakan haram untuk orang Islam. Ia adalah atas faktor penggunaan shisha yang membawa mudarat kepada kesihatan individu. pertumbuhan ekonomi, dan pembentukan generasi masa hadapan. JKF mendapati kesemua hasil kajian yang telah dilakukan terhadap shisha membuktikan bahawa ia adalah tidak bagus untuk kesihatan, serta pengaruh besarnya di kalangan pemuda dan golongan wanita yang tersebar luas, adalah sangat membimbangkan.

Vape, juga dikenali sebagai rokok elektronik (e-cig atau e-cigarette), personal vaporizer (PV) atau Electronic Nicotine Delivery System (ENDS) adalah alatan mengewap yang menggunakan kuasa bateri, memberikan perasaan sama seperti merokok, tanpa melibatkan pembakaran tembakau. Minggu sebelumya, Menteri Kesihatan Dr. S. Subramaniam mengatakan bahawa merokok menggunakan shisha, rokok elektronik atau alatan Vape perlu diberhentikan, sehingga hasil ujian tentang risiko penggunaanya yang akan keluar dalam jangka masa dua bula diumumkan.

Beliau menambah lagi, pihak kementerian telah berbincang dengan beberapa agensi dan pihak berkaitan untuk meminta pandangan mereka berkenaan tabiat ini terhadap kesihatan individu.

"Kami melihat ia sebagai perbuatan yang sama dengan merokok, namun cara yang digunakan adalah berbeza. Pengguna masih akan merasa kesan yang sama dengan bahan rokok, namun mungkin percemaran tar adalah lebih rendah daripada asalnya. Namun, paras nikotin tetap kekal sama membahayakan kesihatan. Jangan jadikan ia (shisha atau e-cig) sebagai ikutan, atau menganggapnya sebagai suatu bentuk fesyen masa kini," ujar beliau. - 18 Ogos 2015

Untuk merujuk fatwa lebih lanjut, boleh klik sini.

_______________________________________________
Sumber : http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/vape-is-haram-for-muslims-declares-fatwa-council

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Masjid Paling Cantik di Perak

5 Bilik Hotel yang Paling Mahal di Malaysia