Pakej Murah yang Best Dari Bukit Merah Sempena Cuti Sekolah!


Bukit Merah buat promosi?

Pemangku Pengurus Resort Bukit Merah, Mustafa Abu Bakar berkata, pihaknya menawarkan promosi harga runtuh sempena cuti sekolah hujung tahun ini melalui  promosi ‘Year End Amazing Holiday’ (YEAH).

“Promosi YEAH ini memaparkan dua promosi hebat bagi mereka yang ingin bercuti bersama keluarga pada hujung tahun ini iaitu Pakej YEAH dan juga YEAH Park Promotion,”katanya, menerusi satu kenyataan media.


Bukit Merah memang best!

Mengulas lanjut, setiap pakej tersebut turut menyediakan harga yang berbeza dan mempunyai pengisian yang berlainan.

“Pakej YEAH merupakan pakej bilik untuk empat orang pada harga hanya RM88.75 seorang termasuk penginapan dua hari satu malam di Laketown Hotel, sarapan pagi untuk empat orang serta tiket Eco Adventure Park (meliputi Taman Air, Taman Eko, Skycycle, bot kayuh/kayak/kanu).


“Bagi mereka yang ingin melanjutkan penginapan bagi malam kedua, harga bilik cuma RM199 termasuklah sarapan pagi untuk empat orang,”jelasnya.

Sementara itu, bagi pakej YEAH Park Promotion, pakej tersebut menawarkan promosi bagi tiket taman tema.

“Tiket Taman Air hanya RM25 (harga biasa RM38) untuk dewasa dan RM20 (harga biasa RM22) bagi kanak-kanak.

“Manakala bagi tiket Eco Adventure Park pula ditawarkan pada harga RM45 untuk dewasa (harga biasa RM54) dan RM35 untuk kanak-kanak (harga biasa RM44).


Jom kita tengok apa yang best di Bukit Merah!


Apa macam? Best kan Bukit Merah?

Dah sampai Bukit Merah, jom le singgah di Ibu Negeri Perak..ada macam2 tempat menarik di Ipoh tau..serius!

http://bestlahmalaysia.blogspot.my/2015/09/10-tempat-menarik-yang-best-di-ipoh.html


_____________
Sumber
 http://peraktoday.com.my/2015/10/dua-pakej-menarik-sempena-cuti-sekolah-di-bukit-merah-laketown-resort/

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Masjid Paling Cantik di Perak