Kelebihan Membaca Surah Al-Kahfi


Pengenalan Surah Al-Kahfi 

Surah al-Kahfi mempunyai 110 ayat.  Ia merupakan surah Makkiyah.  Di dalamnya terdapat mesej-mesej aqidah yang didatangkan sebahagiannya dalam bentuk cerita. Antara cerita atau penjelasan kisah yang dibawa di dalam surah ini ialah tentang kisah beberapa pemuda Ashabul Kahfi yang mempertahankan aqidah mereka tatkala diburu oleh pemerintah yang zalim, kisah si kafir yang memiliki dua kebun dan sahabatnya seorang yang beriman kepada ALLAH, kisah Nabi Musa dan Khidir, dan kisah Dzulqarnain membantu kaum yang berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh Yakjuj dan Makjuj. 


Janji Dicepati

Surah ini juga mengajar ummat Islam agar apabila berjanji, hendaklah mengatakan “in sha’ ALLAH”.  Ia suatu kalimah yang sangat penting.   "Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan tentang sesuatu: Sesungguhnya aku akan mengerjakan ini besok pagi, kecuali (dengan menyebut); 'Insya Allah'." (QS al-Kahfi [16]:23-24) 

Antara asbab turunnya beberapa ayat di dalam surah al-Kahfi ialah kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam ditanya oleh orang-orang musyrik tentang 3 perkara iaitu kisah Ashabul Kahfi, kisah Dzulqarnain dan tentang ruh.  Namun, wahyu tidak turun kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam tidak menyebut “in sha’ ALLAH” tatkala berjanji untuk menjawab tiga persoalan tersebut.  Selepas beberapa ketika dan agak lama menunggu wahyu, akhirnya turunlah ayat yang menyuruh Nabi sallAllahu `alaihi wasallam menyebut “in sha’ ALLAH” tatkala berjanji, diturunkan sekali jawapan-jawapan dari ALLAH tentang 3 persoalan tersebut. 


Kelebihan Membaca Surah Al-Kahfi 

Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi.  Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.

 قال البيهقي : أخبرنا محمد بن عبد الله الحاقظ، أنبأنا أبو بكر محمد بن المؤمل، ثنا الفضل بن محمد الشعراني، ثنا نعيم بن حماد، ثنا هشيم أنبأنا أبو هاشم عن أبي مجلز، عن قيس بن عباد، عن أبي سعيد الخدري ، أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : من قرأ سورة الكهف في يوم الجمعة، أضاءله من النور ما بين الجمعتين. رواه البيهقي في السنن الكبرى في كتاب الجمعة، باب ماسؤمر به في ليلة الجمعة ويومها من كثرة الصلاة على رسول الله وقراءة سورة الكهف وغيرها ؟، مجلد 4، ص : 530 ط : دار الفكر  

Ertinya : Rasulullah bersabda: Barang siapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya dari jumaat yang dia baca kepada jumaat yang berikutnya. ( H.R Baihaqi) 

قال الحاكم : عن أبي بكر بن المؤمل: حدثنا الفضل بن محمد الشعراني، حدثنا نعيم بن حماد، حدثنا هشيم،حدثنا أبو هاشم، عن أبي مجلز عن قيس بن عباد ، عن أبي سعيد، عن النبي صلى الله عليه وسلم، أنه قال : من قرأ سورة الكهف في يوم الجمعة، أضاء له من النور ما بينه وبين الجمعتين، ثم قال : هذا الحديث صحيح الإسناد، ولم يخرجاه 

Ertinya : Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum`at, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya diantara dua kali jum`at. ( H.R Hakim didalam Mustadrak)   قال السيوطي في الجامع الصغير : عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : من قرأ سورة الكهف يوم الحمعة أضاءله النور ما بينه وبين البيت العتيق ( هب ) عن أبي سعيد، ورمزه بالحسن  Ertinya : Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum`at, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya diantaranya dan Bait `Atiq. Ini sebahagian hadits yang menceritakan tentang kelebihan membaca surah Al-Kahfi. Moga kita dapat menggunakan peluang yang Allah hidangkan kepada kita dengan sebaiknya. 


Imam Muslim meriwayatkan dari hadis al-Nawas bin Sam’an yang cukup panjang, yang di dalam riwayat tersebut Rasulullah saw bersabda,

“Maka barangsiapa di antara kamu yang mendapatinya (mendapati zaman Dajjal) hendaknya ia membacakan atasnya ayat-ayat permulaan surah al-Kahfi.”

“Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari permulaan surah Al-Kahfi, maka ia dilindungi dari Dajjal.” (HR. Muslim)

Imam Nawawi berkata,

“Sebabnya, kerana pada awal-awal surah al-Kahfi itu tedapat atau berisi keajaiban-keajaiban dan tanda-tanda kebesaran Allah. Maka orang yang merenungkan tidak akan tertipu dengan fitnah Dajjal."
Demikian juga pada akhirnya, yaitu firman Allah:

“Maka apakah orang-orang kafir menyangka bahwa mereka (dapat) mengambil hamba-hamba-Ku menjadi penolong selain Aku? . . .” (Al-Kahfi: 102)

Jadi, jom kita sama-sama baca Surah Al-Kahfi! Lagi2 pada hari jumaat. Piece!
_________________
Rujukan:  
http://muzir.wordpress.com/2012/02/17/surah-al-kahfi-kelebihannya/ http://abusyahirah.blogspot.com/2011/06/fadhilat-membaca-surah-al-kahfi-pada.html

Ulasan

  1. Salam
    Share and tag to ALL
    And when I am sick, then He restores me to health
    ( سورة الشعراء , Ash-Shuara, Chapter #26, Verse #80)

    Mari kita lihat di akhirat kelak dan saya akan menjadi saksi bahawa saya telah dizalimi dan dipaksa oleh mereka di alam ghaib (malaikat/jin/setan/roh) dimana Allah SWT telah berjanji akan memanggil kesemua ciptaanNya untuk mendengar penjelasan setiap pernbuatan ciptaannya termasuk saya. Tidak ada satu patah ayat Allah dari kalangan mereka (di alam ghaib) yang cuba melakukan syirik kepada saya. Saya bersyukur keran diberi peluang ini oleh Maha Bersyukur, Ya Syakur..Ya Allah

    Allah SWT telah berjanji hambaNya bahawa Dia tidak akan menzalimi hambaNya sekadar dalam kesanggupan. Ikhlas dalam beribadat kepadaNya, tiada paksaan.

    Adakah mereka yang ghaib lebih hebat daripada Allah dan Rasul?
    Dikatakan oleh mereka (ghaib) ini adalah satu permainan.

    Balas
    Yaseen Amar Says: Komen anda sedang ditapis.
    2 April 2015 at 2:52 pm
    Surah AlKahfi:102
    Maka adakah orang-orang kafir menyangka bahawa mereka mengambil hamba-hambaKu sebagai makhluk-makhluk yang disembah, selain daripadaKu, dapat menolong mereka? Sesungguhnya Kami telah sediakan neraka Jahannam bagi orang-orang kafir itu sebagai tempat tetamu.

    Keikhlasan dalam beribadat kepadaNya dan menyembuhkan segala PENYAKIT adalah ALLAH SWT. Mengambil selain daripada Allah SWT sebagai penolong adalah SYIRIK.

    Sebarkan blog saya agar kita dapat lihat di Akhirat kelak, siapakah gerangan yang melampaui terhadap diri ini hingga tidak dapat menjalankan kehidupan seperti manusia ( ada bisikan yang beri arahan pada diri ini, apa yang perlu buat. Pada hakikat Allah SWT telah beri segala-galanya terutama AKAL untuk berfikir)

    https://plus.google.com/100703592756212393641/posts

    Balas
    Yaseen Amar Says: Komen anda sedang ditapis.
    2 April 2015 at 2:56 pm
    Dikalangan mereka di alam ghaib akan menjadi saksi di Akhirat kelak.. Tuan-puan bagaimana? Sebarkan blog ini..
    Cintailah saudara kamu sepertimana kamu mencintai diri kamu.

    In voiceevilvoice.blogspot. telah blog explains that the evidence of the content is guidance from Allah SWT. The whispers of the supernatural was presented the revelations of Allah as commanded by God.

    It is said by those in the supernatural: God & Satan Laknatullah in this character whisper .. Glory .. let’s see .. whoever they post much if CONVINCED truth sacred promise of Allah .. Allah .. See what happens in Hereafter, who is like a whisper truth & false .. many of these supernatural curious and we are real human being. We are not animals that do not need to know the truth .. to glorify God in truth as commanded by Allah SWT

    loveofallahswt7.blogspot.com
    khalifahalquran.blogspot.com
    proofalquran.blogspot.com
    khalifahalquran.blogspot.com
    dounjustice1.blogspot.com
    cintarallahdanrasul.blogspot.com
    truepromiseofhereafter.blogspot.com
    cintarallahdanrasul.blogspot.com

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kereta rosak panggil pomen,
Sudah baca harap komen. XD

Catatan popular daripada blog ini

5 Masjid Paling Cantik di Perak

5 Bilik Hotel yang Paling Mahal di Malaysia