5 Pakej perkahwinan Murah di Ipoh

Aku nak kahwin ke sampai nak buat post macam ni? Haha... Bukan aku je, semua orang yang tak kahwin lagi pun mesti nak kahwin. Betul tak? Hehe.

Kat sini, aku sebagai orang Ipoh Mali nak bantu le kome yang nak kahwin tu, untuk save sikit duit kome. Kat sini aku senaraikan 5 pakej perkahwinan murah yang ada di Ipoh (berdasarkan kajian mendalam bertaraf PhD daripada aku, cheeewah!). jom cuci mata sambil ambik mood nak kahwin, hoho...



Ayu Weeding Planner




Juga dikenali dengan nama Buaian Pelamin ipoh, butik ini terletak di medan Gopeng, area stesen bus gajah putih tu. Ayu Wedding Planner ni bagi aku 5 stars la. Pekerja terbaik, harga pun murah, pelamin cantik n baju dia pun banyak yang lawa-lawa. Oh, harganya tak tetap, tapi kita boleh bincang dengan owner dia yang memang peramah tu.

Maaf si model, nak tunjuk pada pembaca ni yang baju di Ayu ni lawa je, huhu. Piece


pape, kome try contact no kat pic di atas. Atau boleh jenguk di facebook mereka. Kat sana, boleh la kome nak geledah di punya pelamin dengan bajunya sekali... https://www.facebook.com/buaianmoden



DH Andaman


kalau kome memang nak bajet murah tapi cantik, ini la kot tempatnya. Lagipun di sini ada pakej. Pakej dia paling murah RM350. Murah la kan? Dia bagi baju pengantin sepasang dengan pelamin. Baju dia pun banyak yang lawa-lawa.


Cantik la kan? Nak tengok real punya, pergi la ke butik deme yang terletak di Simpang Pulai sana. Ala, kome tengok dulu la facebook deme ni; https://www.facebook.com/pages/Butik-DH-andaman/180779755275989?sk=timeline



Butik Pengantin Dynas Collection


terletak di Taman Perpaduan, butik ini menarik minatku kerana di sini, semua baju pengantin dikenakan harga yang sama, tak kira ia baju yang lama mahupun yang baru. harga full pakej yang terendah dia letakkan pula adalah RM999. Murah la kan?


Kalau kome nak tahu lebih lanjut, jenguk2 la facebook deme ya; https://www.facebook.com/pages/Butik-Pengantin-Dynas-Collection/375917012424229



Butik Pengantin fiezaandaman Ipoh


bestnya di sini, kita boleh bincang bajet perkahwinan kita macam mana (bukan semua butik macam tu ke? haha). Apapun, harga pakej kahwin dia murah and ramai yang puas hati dengan hasil kerjanya.


Lokasi butik ni di Station 18. Kome boleh la tengok lebih lanjut di facebook mereka; https://www.facebook.com/pages/Butik-pengantin-fiezaandaman-ipoh/289622577839736?sk=timeline



D'sha Bridal


Satu lagi butik yang terletak di Station 18. Butik di sini juga menawarkan pakej lengkap perkahwinan dengan harga serendah RM999. Owner dia pun lemah lembut dan baik hati.


kalau kome nak tengok puas2 lagi, ce tengok fb mereka; https://www.facebook.com/dsha.bridal.3



Ini la antara butik-butik murah yang aku ketemu di Ipoh. Kome ada tak jumpa butik-butik pengantin yang murah di Ipoh? Ce kongsikan di sini. Tak lalu teman dan bertawaf di bandaraya metropolitan Ipoh ni, nak cari butik pengantin yang murah, huhu. Mangkong teman

Ulasan

  1. hai..asslam..Teera La Mizie pun lawa jugak pelaminnya.. boleh chekidout FB deme :

    https://ms-my.facebook.com/pages/Teera-La-Mizie/413915192004150

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kereta rosak panggil pomen,
Sudah baca harap komen. XD

Catatan popular daripada blog ini

5 Masjid Paling Cantik di Perak