Kenapa Berat Badan Naik Setelah Berhenti Merokok?



Penambahan berat badan rupanya adalah salah satu point penting bagi orang yang berhenti merokok. Kira-kira 80% bekas perokok mengalami masalah ini setelah mereka berhenti merokok.

Purata penambahan berat badan dalam tahun pertama setelah berhenti merokok dianggarkan sehingga 6-7 kg. Bahkan, bagi seseorang yang mempunyai tabiat merokok tegar semasa dahulunya, ia boleh bertambah sehingga 15kg dalam masa setahun!

Hmm...masalah kalau macam ni...nak berhenti rokok, tapi risiko gemuk pulak?

Tambahan, bekas perokok juga mempunyai peluang yang lebih besar dan lebih mudah bertambah berat badan berbanding orang yang tidak pernah merokok. Dasyat bukan? Lihat sini untuk info lanjut.


Punca berat badan bertambah setelah berhenti merokok

Ada dua punca utama yang diketahui :

  • MAKAN LEBIH BANYAK – ramai perokok mendapati tabiat makan mereka berubah setelah berhenti merokok. Kebanyakan mengalami perasaan lapar yang kerap sebagai simptom berhenti merokok, namun rasa lapar ini tidak kekal lama, dan akan kembali normal setelah beberapa ketika.
  • NIKOTIN BERKURANG DALAM TUBUH – nikotin adalah bahan yang menyebabkan ketagihan, terdapat di dalam "ganja" yang menjadi sebab perokok sentiasa merasa tidak senang jika tidak dapat melepaskan hajat mereka. Walaupun begitu, nikotin bukanlah suatu bahan yang menyebabkan kanser, namun dikenali sebagai pembantu mempercepatkan sistem pencernaan makanan di dalam tubuh. Setelah berhenti, jumlah nikotin akan berkurang perlahan-lahan dari tubuh. Oleh kerana itulah, proses pencernaan makanan menjadi lebih perlahan, sehingga kuantiti makanan yang biasa diambil semasa sebelum berhenti merokok, mampu menambah berat badan secara luar biasa setelah berhenti merokok.

Bekas perokok makan lebih kerap

Sebahagian bekas perokok makan lebih kerap, kebiasaannya di dalam tempoh seminggu atau dua minggu pertama setelah berhenti. Ini disebabkan :

  • Kelesuan, dan rasa kosong akibat hilang punca nikotin untuk tubuh akan mengundang rasa yang hampir sama seperti rasa lapar. Bekas perokok seolah "ditipu" untuk mempercayai mereka lapar, walhal tidak sebenarnya.
  • Hilang kepuasan oral, meletakkan puntung rokok ke bibir mengundang mereka supaya terpaksa mengambil alternatif lain, iaitu dengan menjamah makanan.
  • Makanan boleh membawa ketenangan. Jika bekas perokok mengalami tempoh yang sukar sepanjang usaha mereka untuk berhenti, mereka mungkin perlu memberi ganjaran kepada diri sendiri atas usaha keras mereka, sedikit snek dan makanan yang lazat sudah pasti dapat melegakan hati mereka.
  • Sebahagian perokok sering sengaja terlepas waktu makan mereka. Sarapan mungkin mencukupi dengan hanya segelas kopi dan beberapa batang rokong. Namun, apabila berhenti merokok, mereka akan merasa sayang untuk meninggalkan waktu makan.
  • Kebanyakan bekas perokok mendapati makan harian menjadi lebih sedap dan lazat setelah berhenti merokok.

Jika berat badan tetap bertambah setelah berhenti merokok

Jangan sesekali berfikir merokok semula akan membantu mengatasi masalah berat badan anda.

Teruskan usaha anda untuk memperbaiki diet yang benar, dan menambah aktiviti senaman fisikal. Jumpa doktor atau pakar diet untuk nasihat dan bantuan moral.

Anda mungkin mempunyai 40kg lebih daripada berat ideal anda. Namun, dalam masa yang sama anda telah menghindarkan diri daripada penyakit jantung dan kanser yang lebih parah.

Jangan khuatir jika berat badan tetap bertambah setelah pelbagai diet dan usaha keras anda. Apalah sangat nilai beberapa kilogram tersebut berbanding risiko sakit yang didapati jka anda terus merokok. :)




Ulasan

  1. walaupun merokok, tetap kena jaga makan, tapi kalau dah berhenti merokok, itu yang terbaik

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kereta rosak panggil pomen,
Sudah baca harap komen. XD

Catatan popular daripada blog ini

5 Masjid Paling Cantik di Perak