Campuran Halia - Minuman di Syurga



Dua muara tempat manusia setelah kiamat kelak adalah syurga dan neraka. Syurga disediakan bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Sebaliknya, neraka disediakan bagi mereka yang ingkar dan kufur. Syurga sering diceritakan sebagai tempat yang nyaman, dipenuhi berbagai kesenangan dan kenikmatan. Sebaliknya, neraka digambarkan terisi kobaran api yang sedia menghanguskan apa saja yang disentuhnya.


Salah satu gambaran tentang syurga yang diberikan Al-Quran adalah segelas minuman yang akan diberikan kepada para penghuninya, iaitu minuman yang bercampur "zanjabil" (halia). Eh betul ke? Mari buka Al-Quran :

وَيُسْقَوْنَ فِيهَا كَأْسًا كَانَ مِزَاجُهَا زَنجَبِيلًا


"Di dalam sana (syurga) mereka diberi minum segelas minuman bercampur halia"
Surah Al-Insan, ayat 17

Kisah Al-Quran ini sungguh mengusik hati. Kenapa mesti halia? Mengapa tidak kelapa, avokado, teh hijau dan bahan-bahan mahal yang lain?

Ternyata, sedar atau tidak, halia adalah minuman yang sangat popular. Banyak produk minuman berpaket pada masa kini turut dicampur halia sebagai penambah khasiat. Korang mesti pernah dengar Kopi Halia kan?

Salah satu produk berasaskan halia - Eh, bukan nak promote, nak tunjuk sample je hehe

Jika di Indonesia, mereka lebih kreatif! Pada malam hari di Pekan Medan, di pinggir-pinggir jalan banyak terdapat warung kaki lima yang menjual minuman "jahe" (bahasa indonesia untuk halia) dicampur dengan susu, telur, dan madu! Pergh! Rasanya memang mantoooppp lah!

STMJ namanya. Sekali pandang macam teh tarik bubble! Rasanya best dan berlemak!

Dan jangan tak tahu, India merupakan negara pengeluar halia terbesar di dunia!



Ada beberapa tanaman yang dianggap serumpun dengan halia, dan mempunyai khasiat yang sama dengan halia, boleh dikatakan memang satu family lah dengan si halia ni...antaranya :
  1. Lengkuas
  2. Lempoyang Merah
  3. Temu Lawak
  4. Kunyit
  5. Sedingin

KHASIAT KELUARGA HALIA

Halia memang telah menjadi bahan penelitian yang cukup intensif. Ratusan hasil penelitian tentang halia telah dipublikasikan. Melihat hal tersebut, kita hanya mampu mengumam,"Sayangnya, yang meneliti sekarang bukan ilmuwan Muslim."
  • Untuk ubat batuk, sari halia ditambah jus bawang putih segar dan madu.
  • Untuk meredakan mual, halia segar ditambah sedikit madu dan diminum bersama air suam.
  • Dapat digunakan untuk mengatasi jantung berdebar-debar, gangguan pencernaan, nafsu makan menurun
  • Untuk meredakan sakit kepala, halia segar dicampur air, diaduk hingga berbentuk pasta dan dilumur di ubun atau belakang leher untuk meredakan sakit kepala.
  • Halia mencegah pengoksidaan sehingga dapat mengurangkan risiko kanser
  • Menghalang pertumbuhan kuman
  • Melancarkan peredaran darah
  • Peransang kesuburan bagi lelaki
  • Pengambilan halia yang seimbang dapat mengelakkan penyakit kejang
  • Membantu penurunan kolestrol dalam tubuh badan
  • Dapat melegakan kembung perut, atau perut berangin
Dan macam-macam lagi yang mungkin kita tak tahu....

Seperti India, halia juga telah lama digunakan di negeri Tirai Bambu, China. Di China, halia dibezakan menjadi halia segar dan kering. Halia kering dipakai sebagai bahan baku ubat oleh seorang tabib yang hidup pada zaman dahulu. Dua buku medikal yang membahaskan khasiat halia segar turut ditemui di China pada tahun 500M. Mungkin ini latar belakang munculnya pesan agar kita menuntut ilmu sampai negeri Cina?

Ulasan

  1. teh campur dengan telur? Sedap ke? macam pelik je.. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. dia pakai telur putih je kot, telur kuning x gune. best juga, berlemak. mula2 ingat xsedap. dah try baru tau :)

      Padam

Catat Ulasan

Kereta rosak panggil pomen,
Sudah baca harap komen. XD

Catatan popular daripada blog ini

5 Masjid Paling Cantik di Perak

5 Bilik Hotel yang Paling Mahal di Malaysia