Selepas Melihat Video Ini, Adakah Anda Mahu Membiarkan Anak Gadis Anda Bermain Facebook?


Kes pencabulan anak-anak perempuan di bawah umur makin menjadi - jadi.

Dari kes - kes ini, banyak pula peristiwa mengerikan ini terjadi kerana para predator (pemangsa anak-anak) dengan mudahnya memerangkap mangsa di media sosial Facebook.

Ingin melihat bagaimana para predator menjerat mangsa mereka? Lihat video eksperimen yang dibuat oleh seorang pemuda bernama Coby Persin ini.


Di sini, Coby membuat perangkap kepada sejumlah anak yang rata-rata masih berusia 12 tahun. Bayangkan, di usia ini, anak-anak mestinya masih duduk di bangku kelas darjah 6!

Coby menjerat mangsa dengan membuat akun Facebook palsu.
Dia pun memasang foto remaja kacak untuk menarik anak gadis ini.

Hasilnya mudah diagak, dia tak sukar mencari teman baru (add a friend) hanya dengan modal foto palsu.


Jadi, selepas menonton video ini, adakah anda mahu membiarkan anak gadis atau adik-adik anda terus bermain dengan facebook?

Fikir-fikirkan...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Masjid Paling Cantik di Perak

5 Bilik Hotel yang Paling Mahal di Malaysia