Penjelasan Saintis Muslimah Berkaitan DNA Lembu dan Akhlak Bayi

Penjelasan Seorang Saintis Muslimah Mengenai Kaitan Antara DNA Lembu dan Sikap Bayi – Benarkah susu lembu boleh buat anak manusia bersikap seperti lembu? Artikel ini adalah perkongsian semula daripada blog asal penulisSerikandiKu.Com


Saya ternampak beberapa perkongsian di halaman facebook yang menyebut tentang Ustazah yang memberitahu bahawa sekiranya bayi diberikan susu lembu, DNA lembu tersebut akan berpindah kepada bayi dan menyebabkan sikap ‘pemarah’ seperti lembu boleh di pindahkan kepada anak-anak. Rata-rata, ramai yang berkongsi post tersebut mengutuk ustazah tersebut, dan sedihnya ramai yang mengutuk tanpa fakta.


Saya ingin menulis sedikit komen tentang ini, tetapi ada sedikit point yang ingin saya kemukakan sebelum saudara/i membaca tulisan ini.

1. Saya tidak mendengar interview tersebut secara keseluruhan ataupun sedikit. Ini adalah kerana saya tinggal di luar negara dan tidak mempunyai akses kepada rancangan television Malaysia. Jadi apa yang saya komen ini adalah berdasarkan screen capture yang dikongsikan di laman FB.

2. Komen yang saya buat dibawah adalah berdasarkan sedikit screen capture yang saya fahami. Jadi sekiranya saya telah dapat lebih banyak info dari rancangan tersebut dan mendengar keseluruhan ceramah, mungkin ada yang saya ubah.

3. Saya menulis dari sudut sains, sebagai seorang saintis.
Sebelum saya menulis lebih panjang, saya ingin melontarkan sedikit persoalan.

  • Mengapa anak susuan tidak boleh bernikah dengan saudara susuan nya?
  • Mengapa anak susuan boleh menganggap ibu susuannya seperti ibu sendiri?
  • Mengapa anak yang menyusu dari susu ibu boleh mendapat antibody dari ibunya?
  • Apakah DNA? Benarkan DNA tidak boleh diubah?

DNA (deoxyribonucleic acid) adalah molecule yang membawa utusan genetic untuk segala urusan dalam tubuh. Ia diturunkan dari ayah dan ibu, untuk menjadi sesuatu yang unik dalam tubuh seseorang. DNA merupakan sistem code dan dari DNA inilah segala urusan membuat protein di dalam tubuh badan manusia tersebut. Panjang sangat nak cerita tentang DNA, boleh rujuk tempat lain sekiranya memerlukan.

Persoalan sekarang, bolehkan genetic seseorang diubah melalui pemakanan? Jawapannya adalah YA, dan ini merupakan proses yang dikenali sebagai EPIGENETICS [1].

Epigenetics adalah proses dimana genetic seseorang diubah apabila cara ‘pembacaan gene sequence’ di dalam DNA berubah. Ini berlaku tanpa mengubah struktur DNA. Ini boleh terjadi apabila ‘suis’ untuk ‘gene expression’ seseorang itu dihidupkan melalui mekanisma tertentu.


Epigenetics dalam tubuh kita boleh berubah disebabkan oleh beberapa kondisi contohnya pemakanan, ubat-ubatan dan radiasi [2, 3]. Sebab itu ada kaedah rawatan yang dinamakan gene therapy yang digunakan untuk menukar gene yang bermasalah pada sesetengah penyakit. Dan sebab itu radiasi boleh menyebabkan kanser.

Gene bayi yang berada di dalam kandungan, atau anak kecil adalah lebih sensitive kepada pemakanan yang yang diambil, lebih-lebih lagi susu [4]. Saintis ada menemui perbezaan yang ketara pada 146 genes di antara bayi yang menyusu ibu dan yang mengambil susu formula [5].

Susu dari ibu adalah sangat jauh lebih baik kepada bayi berbanding dari susu formula (botol) kerana khasiatnya yang sangat banyak dan melindungi anak dari pelbagai penyakit [6]. Ini merupakan fakta yang telah banyak diterima semua.

Walaupun begitu, terdapat sesetengah kaum ibu yang tidak menyusukan anak mereka merasa marah dengan nasihat ini kerana mereka dikatakan tidak boleh menyusukan anak-anak mereka. Perlu diingatkan bahawa penyusuan badan kepada bayi adalah perkara natural, hampir semua ibu boleh secara fizikalnya menyusukan anak-anak mereka. Hanya sesetengah penyakit sahaja yang membuatkan seseorang ibu tidak boleh menyusukan bayinya, kebanyakan sebab dalam masyarakat adalah sebab psychology [7] Di negara maju seperti UK sebagai contoh, hampir 80% ibu menyusukan bayi mereka [8].
  1. Berbalik kepada persoalan bolehkah pemakanan/penyusuan anak-anak memberi kesan terhadap genetic expression mereka? Jawapannya YA. DNA tidak boleh diubah, tetapi DNA expression seseorang boleh diubah.
  2. Boleh ia memberi kesan kepada emosi mereka? Jawapannya YA. Melalui perubahan kepada DNA expression atau epigenetics yang seperti diterangkan di atas. Mungkin sebab itu tradisi Arab pada zaman nabi untuk memilih ibu-ibu yang baik di kawasan kampong, kerana susu dari ibu yang baik boleh memberi kesan kepada anak yang disusu.
  3. Bolehkah pemakanan memberi kesan kepada orang dewasa? Jawapannya SANGAT SEDIKIT atau TIDAK.
  4. Bolehkah penyusuan dari ibu memberi antibody kepada bayi? Jawapannya YA. Ianya tidak dihadamkan oleh enzyme perut bayi dan melalui jalan yang lain dari system pemakanan yang biasa.
  5. Ustazah salah? Jawapannya, setakat info yang saya dapat dari printscreen, TIDAK. Tetapi ayat yang lebih sesuai bukanlah tentang DNA lembu mengambil-alih/bercantum dengan DNA bayi, tetapi memberi kesan kepada DNA expression bayi.
  6. Cukupkah dengan penyusuan ibu sahaja, tidak perlu memberikan anak-anak suntikan vaccine? Jawapannya, TIDAK. Bayi perlu diberikan suntikan vaccine, sebab kita bukan lagi tinggal di zaman dahulu yang tidak terdedah kepada segala jenis penyakit. Cerita vaccine ini panjang, dan memerlukan post yang lain.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Masjid Paling Cantik di Perak