Bagaimana Steve Jobs Mendapat Idea Apple Sebagai Nama Syarikatnya?
Siapa yang tidak mrngenali Steve Jobs? Walaupun beliau telah meninggal dunia 4 tahun yang lalu, namanya masih diingati sebagai bapa epal (bapa epal?) lantaran idea penubuhan syarikat gergasi, Apple.
Tapi, pernahkah kita terfikir bagaimana beliau mendapat nama Apple ini?
Setelah Wozniak berjaya mencipta papan litar cetak, Steve mula mengimpikan bahawa produk itu mampu meletup di pasaran. Akhirnya mereka berdua bersetuju untuk membuka syarikat mereka sendiri, dengan Wozniak sebagai pencipta dan Steve sebagai pengurus jualan.
Setelah bersetuju, Steve mula mencadangkan nama seperti 'Executec' dan 'Matrix Electronics', namun ditolak oleh Wozniak. Setelah Steve mencadangkan nama Apple, barulah Wozniak bersetuju.
Sebabnya, Wozniak merasakan nama yang membawa imej tentang kerumitan bahan elektronik itu kurang menarik, manakala Apple bunyilah lebih meriah dan menarik.
Tapi, macam mana Steve boleh terfikir nama Apple?
Kerana kilang perbuatan komputer mereka (yang sebenarnya hanyalah sebuah bangsal kereta) dikelilingi oleh dusun-dusun Apple!
Begitulah kisahnya bagaimana syarikat Apple mendapat namanya.
Sekian...
Ulasan
Catat Ulasan
Kereta rosak panggil pomen,
Sudah baca harap komen. XD