Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2015

Apa warna baju ini? Putih Emas atau Biru Hitam? Kenapa?

Imej
Sekarang ini, sedang hot diperdebatkan satu isu tentang warna baju. Pelik-pelik, gara-gara satu baju ini, habis kawan-kawan Facebook saya berpecah, jadi dua golongan hahaha. Ini semua kerana satu gambar baju gaun yang kini sedang tersebar luas di laman FB dan Twitter. Mesti korang pun ada ternampak gambar ni kan? Baju yang menimbulkan sengketa. Warna apa? Warna apa yang korang nampak? Putih Emas atau Biru Hitam?

Kelebihan Membaca Surah Al-Kahfi

Imej
Pengenalan Surah Al-Kahfi  Surah al-Kahfi mempunyai 110 ayat.  Ia merupakan surah Makkiyah.  Di dalamnya terdapat mesej-mesej aqidah yang didatangkan sebahagiannya dalam bentuk cerita. Antara cerita atau penjelasan kisah yang dibawa di dalam surah ini ialah tentang kisah beberapa pemuda Ashabul Kahfi yang mempertahankan aqidah mereka tatkala diburu oleh pemerintah yang zalim, kisah si kafir yang memiliki dua kebun dan sahabatnya seorang yang beriman kepada ALLAH, kisah Nabi Musa dan Khidir, dan kisah Dzulqarnain membantu kaum yang berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh Yakjuj dan Makjuj. 

Campuran Halia - Minuman di Syurga

Imej
Dua muara tempat manusia setelah kiamat kelak adalah syurga dan neraka. Syurga disediakan bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Sebaliknya, neraka disediakan bagi mereka yang ingkar dan kufur. Syurga sering diceritakan sebagai tempat yang nyaman, dipenuhi berbagai kesenangan dan kenikmatan. Sebaliknya, neraka digambarkan terisi kobaran api yang sedia menghanguskan apa saja yang disentuhnya.

5 Pakej perkahwinan Murah di Ipoh

Imej
Aku nak kahwin ke sampai nak buat post macam ni? Haha... Bukan aku je, semua orang yang tak kahwin lagi pun mesti nak kahwin. Betul tak? Hehe. Kat sini, aku sebagai orang Ipoh Mali nak bantu le kome yang nak kahwin tu, untuk save sikit duit kome. Kat sini aku senaraikan 5 pakej perkahwinan murah yang ada di Ipoh (berdasarkan kajian mendalam bertaraf PhD daripada aku, cheeewah!). jom cuci mata sambil ambik mood nak kahwin, hoho... Ayu Weeding Planner

Kenapa Berat Badan Naik Setelah Berhenti Merokok?

Imej
Penambahan berat badan rupanya adalah salah satu point penting bagi orang yang berhenti merokok. Kira-kira 80% bekas perokok mengalami masalah ini setelah mereka berhenti merokok. Purata penambahan berat badan dalam tahun pertama setelah berhenti merokok dianggarkan sehingga 6-7 kg. Bahkan, bagi seseorang yang mempunyai tabiat merokok tegar semasa dahulunya, ia boleh bertambah sehingga 15kg dalam masa setahun! Hmm...masalah kalau macam ni...nak berhenti rokok, tapi risiko gemuk pulak?