Kekaguman Engineers Jerman Terhadap LRT Kuala Lumpur


Orang putih sifatnya memang suka berbangga. Serius.

Mereka tak boleh kalah dengan bangsa lain.

Tapi yang ini, mereka akur dengan kehebatan Malaysia. hehe.

1 cerita, ini kisah benar punya. Time tu, aku di Jerman, saja nak berjumpa dengan waris hitler di sana (jangan percaya). Di sana, aku and the geng jumpa la kawan kami yang belajar di sana. Orang Malaysia ok. Belajar enginners kot. Hebat.


Jerman memang hebat dengan kejuruteraannya. Pengangkutan awamnya superb. 'LRT' mereka memang bersepah di pekan Berlin tu.

"Hebat betul sistem LRT kat Berlin ni," ujar aku

"Hebat. Tapi, engineers Jerman lagi mengagumi LRT kita tau," kawan Jermanku membalas.

"Serius?"

"Yup."

"Kenapa?" Aku bertanya sebab nak tahu.

"Engineers Jerman ni berlagak dengan aku, kata sistem pengangkutan mereka hebat. Aku memang tak nafikan. Tapi, bila dia dah macam perlekehkan Malaysia, aku pun rasa tercabar la. Pastu aku kata la yang LRT Malaysia lagi hebat dari Jerman sebab kita punya LRT tak ada pemandu. Bila dia tau je yang LRT kita tak ada pemandu, terkejut dia. Dia macam tak boleh percaya yang LRT boleh dikawal tanpa pemandu, Haha."

Betul, LRT Jerman hebat. Tapi, sehebat-hebat mereka, tetap ada pemandu. LRT kita? Tak ada pemandu, beb.

p/s: Fakta tambahan. LRT Telah mencipta rekod dunia menggunakan sistem rel automatik tanpa pemandu yang terpanjang di dunia. Unik kerana sejarah teknologi baru dalam pengangkutan awam yang canggih. 

Kesimpulan nya, janganlah berlagak dan perlekehkan bangsa or orang lain. Sekian.

Ulasan

  1. Fuh mid, kemass.....bila mase mu gi Jerman?

    BalasPadam
  2. Time habis belajar aritu. Sebelum bali Malaysia, singgah la kat Jerman, nak jumpa waris Hitler..huhu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kereta rosak panggil pomen,
Sudah baca harap komen. XD

Catatan popular daripada blog ini

5 Masjid Paling Cantik di Perak