5 Idea Gila Yang Berjaya Membawa Kekayaan - Siri 2
Post sebelumnya : 5 Idea Gila Yang Berjaya Membawa Kekayaan - Siri 1
Kami senaraikan 5 idea-idea gila yang telah berjaya menghasilkan kekayaan!
1. Penggilap Cermin Kereta (Mary Anderson)
Mary Anderson adalah pencipta penggilap cermin kereta. Pada awal abad ke-20, Mary telah mengadakan lawatan ke kota New York. Kota itu sangat sarat dengan manusia yang lalu lalang, dan lalu lintas dipenuhi dengan kereta.
Di dalam perjalanannya tersebut, dia telah memilih untuk menaiki tren (sejenis keretapi dalam bandar) sebagai pengankutan. Namun, Mary merasa kurang selesa setiap kali pemandu tren seringkali berhenti untuk menyapu salji yang menghalang pandangan pada cermin tren tersebut. Mary memperhatikan, bukan sahaja pemandu tersebut, malah kesmua pemandu kenderaan melakukan hal yang sama.
Pulangnya Maru ke Alabama, muncullah idea untuk mencipta alat yang boleh melekat pada kaca kenderaan, dan dapat membersihkan kacanya. Dari saat itu, terciptalah Penggilap Cermin Kereta (wiper) yang memudahkan para pemandu di seluruh dunia. Ketika pemandu ingin membersihkan cermin dari salji atau air hujan, cukup sekadar menarik tombol di dalam keretanya sahaja.
10 tahun kemudian, seluruh kenderaan di Amerika sudah menggunakan wiper ciptaannya.
2. Dishwasher : Pencuci Pinggan yang Praktis (Josephine Cochrane)
Penemu mesin pencuci pinggan adalah Josephine Cochrane. Pada tahun 1883, suaminya telah meninggal dunia dan meninggalkan hutang yang sangat besar. Josephine akhirnya memerah otak untuk membuat suatu alat yang akan dijualnya untuk membayar hutang-hutangnya. Akhirnya, dia telah berjaya mencipta sebuah mesin cuci pinggan. Pada tahun 1886, mesin tersebut telah selesai dibuat dan telah mendapat pengesahan hak ciptanya.Pada awalnya, dia mempunyai kesulitan untuk menjual mesin tesebutm kerana mesin mencuci pinggan ciptaannya memerlukan kuantiti air panas yang banyak supaya ia boleh berfungsi. Sedangkan pada waktu itu, tidak banyak rumah yang memiliki mesin pemanas air.
Lalu, Josephine pun memutuskan untuk menawarkan alat ciptaanya itu ke hotel-hotel dan restoran besar. Ternyata, mesin cuci pinggan ciptaannya itu memudahkan para pengusaha hotel dan restoran untuk melakukan penjimatan tenaga pekerja.
3. Remaja Penjual Jem (Fraser Doherty)
Fraser Doherty memulakan bisnesnya dengan cara yang sederhana. Fraser mula membuat jem semasa berusia 14 tahun. Beliau mendapat resepi dari dapur neneknya di Scotland. Jem buatannya diberi nama SuperJam.
Superjam terjual sekitar 500,000 botol per tahun. Saat ini, Superjam menguasai kira-kira 10% dari pasaran jem Eropah. Disebabkan usahanya itu, saham Doherty sekarang bernilai 1juta hingga 2juta Dollar!
4. Colored Flare System (Martha Coston)
Ada seorang wanita bernama Martha Coston yang telah hidup menjanda pada usia 21 tahun. Dia terpaksa menanggung hidup bersama empat orang anaknya sendirian, kerana suaminya yang telah meninggal dunia. Ketika dia hampir putus asa untuk meneruskan hidupnya, ketika itulah dia telah mendapat suatu ilham. Ketika membelek-belek catatan milik suaminya itu, dia telah menemui sebuah rancangan alat komunikasi untuk kapal laut pada waktu malam.
Coston telah menghabiskan waktu selama 10 tahun untuk mencari rujukan lanjut dan menyempurnakan design suaminya tersebut. Namun, dia tetap juga tidak dapat menemukan jawapan yang tepat, meskipun telah banyak berjumpa dan berbincang dengan para ilmuan dan pihak ketenteraan.
Sehinggalah akhirnya, pada suatu malam, ketika dia membawa anak-anaknya melihat pertunjukan bunga api, dia telah mendapat suatu idea yang menarik yang boleh digunakan pada alat buatannya.
Maka dari itu, terciptalah Colored Flare System (CFS), iaitu sebuah alat komunikasi atau tanda kecemasan seperti yang telah digunakan oleh kapal laut pada malam hari. Alat ini masih lagi digunakan sehingga sekarang, dan telah banyak memberikan manfaat kepada kelancaran pengangkutan di laut.
5. Trend Gigi Hodoh di Jepun
Beberapa ketika dahulu, banyak orang yang menggunakan "kawat gigi" untuk merapikan susunan gigi-gigi mereka. Namun anehnya, keadaan yang sebaliknya berlaku di negara Jepun. Mereka lebih bangga untuk tampil dengan gigi berterabur di khalayak ramai. Di sana ia digelar dengan gaya "gigi hodoh".
Banyak salon-salon di sekitar pekan Tokyo kini yang memasang papan tanda "pakar pembuat gigi hodoh". Salon khusus untuk gigi hodoh yang dikenali dengan istilah tsuke yaeba ini sering dikunjungi oleh ramai anak-anak muda di Jepun. Bahkan, para pelancong dari luar negara juga turut ke sana untuk mendapatkan perkhidmatan ini. Harga 'menghodohkan' gigi ini tidaklah murah, bahkan ada yang mencecah sekitar 30,000 yen (390 USD).
Sumber : 110 Tokoh Dengan Idea Gila Yang Mendunia, Ihsan Fauzi, S.Si.,M.M, Tun Zulaeha, S.Si
Ulasan
Catat Ulasan
Kereta rosak panggil pomen,
Sudah baca harap komen. XD