Seluk Tangan Ke Dalam Mulut Buaya Perbuatan Khurafat?


ulamak tu org yg alim.. manakala alim itu bermaksud ..berilmu..

Seluk tangan kedalam mulut buaya ini bukanlah Ritual seperti yang dicanang oleh sesetengah orang yang berangapan cara itu kurafat dan bukan dan bercangah dari ajaran Islam.

Dr Maza terdahulu menyetuh perbuatan menyeluk tangan kedalam mulut buaya ini merupakan perbuatan kurafat kerana percaya bahawa dengan melakukan perbuatan itu si penyeluk mendapat hikmah pengubatan.

Pada aku sepatutnya Dr Maza lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan bergitu kerana beliau sepatutnya mendapatkan penjelasan ataupun pandangan sendiri daripada TGHD kerana aku berpendapat TGHD adalah ahli didalam bidang perubatan islam yang mana Dr Maza tidak mengetahui akan perkara itu.

Seperti semua orang Islam sedia maklum saya memberi contoh sekiranya demam kita jadikan Panadol sebagai jalan (kita percaya) untuk menyembuhkan demam dan sememangnya Panadol itu asbab kerana sesunguhnya kuasa penyembuhan hanyalah Dari Allah SWT, dimana pengambilan ubat itu bersesuaian dengan keperluan dan ikhtiar kita.

Seterusnya aku ingin menyetuh perbuatan menyeluk tangan kedalam mulut buaya itu dan apakah tujuanya, Seperti kita semua sedia maklum bahawa buaya adalah sejenis binatang yang bergigi tajam dan putih bersih yang memakan bangkai, jadi dengan sifat semula jadi Pemakan bangkai maka Allah Swt jadikan mulut buaya ini sangat tahan segala bakteria yang mana bangkai yang dimakan buaya semestinya mempunyai risiko penyakit berjangkit dan bakteria penyakit sangat tinggi pada haiwan yang menjadi bangkai.

Didalam mulut buaya tersebut mempunyai lendir seperti lendir didalam mulut Manusia cuma lendir didalam mulut buaya ini mengandunigi enzim yang mampu menuetralkan atau membunuh bakteria Dari bangkai yang dimakan buaya tadi, dan inilah kelebihan mulut buaya dan lendir buaya yang Allah ciptakan dengan penuh hikmah dan sebab tertentu dimana bangkai yang dimakan tidak memudaratkan buaya tadi.

Ahli-ahli Darusyifa bersama-sama Tuan Guru YB Dato Dr. Harun Din Al hafis membuat aktiviti ini untuk 'menyeluk' mulut buaya dan mengambil sesuatu dari dalamnya untuk membuat rawatan cara orang dulu pernah buat. Insyaallah dengan izin Allah mujarab kerana tangan yang menyeluk mulut buaya dan terkena lendir buaya ini DENGAN IZIN ALLAH boleh membantu merubat penyakit Ulser (Sakit Mulut), sakit tercekik tulang dan jenus-jenis sakit didalam mulut dengan cara ikhtiar tangan yang pernah menyentuh mulut atau lendir mulut buaya itu menjadi ubat kepada sakit-sakit itu tadi.

Kurafat itu datang sekiranya kita percaya Buaya itu mampu menyembuhkan atau kita jika kita percaya dengan perbuatan menyeluk itu boleh menyembuhkan penyakit.

Inilah hikmah dan rahsia perubatan dan rahsia Alam yang tidakkah mustahil bagi Allaw Swt bersesuaian dengan "tiada penyakit yang tidak boleh diubati melainkan mati".

Untuk makluman dan menolak salah faham sila rujuk : http://emufti.penang.gov.my/ekemusykilan/
bank_soalan_view.php?do=view&noRuj=00057

Wallahu a’lam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Masjid Paling Cantik di Perak