Boboiboy The Movie VS Kungfu Panda 3 : Mana Lagi Best?


Ramai yang kata filem Boboiboy The Movie best sangat. Tapi aku tak tengok. Malah aku memilih menonton Kungfu Panda 3. Boboiboy,  haram nak tengok. Dalam tv yang free pun aku tak tengok.

Tapi bila aku tengok review yang kata Boboiboy ni memang best sangat,  aku jadi tak keruan. Akhirnya aku tengok la jugak di wayang.

Jadi,  ini adalah review jujur dari aku,  berdasarkan perbandingan antara Kungfu Panda 3 dan Boboiboy The Movie ;

1. Dari segi grafik,  memang Kungfu Panda 3 jauh mendahului. Tapi kira ok la Boboiboy yang bajet pun sikit je. Still grafik dalam filem Boboiboy cantik dan memukau.

2. Audio,  aku pilih Bobiboy. Muziknya memang best dan sesuai dengan perjalanan ceritanya.

3. Jalan cerita,  hampir sama best. Cuma Kungfu Panda 3 pada permulaan cerita agak bosan sikit.

4. Klimaks,  Boboiboy memang terbaik. Mungkin sebab babak pertarungannya yang lebih banyak berbanding Kungfu Panda 3.

5. Humor,  pun aku pilih Boboiboy. Memang serius lawak filem ni. Kungfu Panda 3 pun kelakar,  tapi lawak Boboiboy yang lebih kemelayuan kot yang buat wayang lebih kedengaran bunyi ketawa.

6. Ending, Kungfu Panda 3 syok. Banyak yang kita tak tahu, dan baru diketahui di akhir filem. Tapi filem Boboiboy pun sama la jugak. Endingnya baru tahu ada watak SB dalam tu.

7. Elemen kejutan lebih pada Boboiboy. Time deme dapat kuasa tu memang excited betul. Kungfu Panda 3 pun ada elemen kejutan terutamanya di akhir pertarungan.

8. Dari segi tema dan moral, Kungfu Panda 3 lebih jelas moralnya dengan tema keluarga. Boboiboy mengangkat tema persahabatan, pun diterapkan dengan amat kuat.

=============

Ok, persoalan utama, mana lagi best? Aku memilih filem yang paling best berdasarkan kesan filem tu kepada aku lepas aku keluar dari wayang.

Dan sejujurnya, filem BOBOIBOY THE MOVIE lebih bermain di fikiranku selepas aku keluar wayang tengok filem tu berbanding filem Kungfu Panda 3.

Jadi, cepat2 la korang tengok filem Boboiboy The Movie di pawagam sebelum filem ini tak ditayangkan di sana. Memang terbaik! 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Masjid Paling Cantik di Perak

5 Bilik Hotel yang Paling Mahal di Malaysia