10 Tempat Menarik yang Best di Ipoh

Tidak seperti bandar Melaka mahupun Port Dickson, Ipoh bukanlah sebuah bandar pelancongan. Namun, hotel-hotel di Ipoh begitu banyak sekali.

Apa yang mendorong pelancong datang ke Ipoh?

Jom kita tengok 10 tempat menarik yang best di Ipoh ini...


1. Pasar Loken

Dibuka pada pagi ahad, pasar karat ini menjual perbagai barangan lama. Terletak di Memory Lane, kat pekan lama, dikatakan inilah pasar karat yang pertama di Malaysia. Memang ada banyak barangan lama di sini, daripada yang murah hingga yang mahal genabak. Malah ada seorang peniaga yang berjaya menjual setem lama pada harga RM100,00 kepada pembeli Singapura! Kayo pik cik.


2. Muzium Geologi


Aku tidak tahu di mana silapnya, muzium ini kurang dikunjungi pelancong. Mungkin orang Ipoh sendiri tak tahu kewujudannya? Tapi bagi aku muzium ini memang best. Masuk pun percuma je. Dalamnya pun tak la bosan, siap ada dinausour yang akan mengaum lagi bila kita datang dekat. Best kot! Dan ada dam haji gergasi. Kome datang la sini, datang sambil belajar and enjoy. Hehe. Lokasinya? Kat sebelah sekolah Izuddin je, berhadapan skolah STAR  Ipoh.


3. Lost World of Tambun

Inilah tempat yang paling hot sekali di Ipoh. Nama pun Tambun, jadi lokasinya mestilah di Tambun, Ipoh. Dalamnya bukan sekadar taman tema air, tapi ada petting zoo sekali dengan permainan ala sarkas. Malamnya pula ada hotsprings, siap ada pertunjukan api lagi tau.


4. Hospital Bahagia Tanjung Rambutan

Dah sampai Tambun, alang-alang kome terus la ke Tg Rambutan. Tempat orang gila tu? Ya, dan tempat yang amat terkenal. Dalam cerita P. Ramlee pun, beliau banyak sebut tempat ni. Ok, bukan semua orang di sini sakit mental ya. Di sini, ada hospital sakit mental yang terbesar, termoden dan yang pertama dibina di Malaysia. Semestinya orang luar boleh masuk dan lihat sendiri para pesakit ini hidup secara bebas. Tempatnya memang luas, cantik, hijau mata memandang. Penduduknya (pesakitnya pakai baju hijau) pun ramah tamah, hehe. Jangan bimbang sebab yang dibiarkan bebas tu pesakit yang tak bahaya. Tapi kome jangan lebih2 pulak tau. Memang 1 pengalamaan yang menarik berjalan-jalan di sini.


5. Stesyen Keretapi Ipoh

Juga digelar Taj Mahal Ipoh kerana keunikan seni binanya. Stesyen keretapi ini masih hidup lagi ya. Di depannya ada sebuah pokok. Ha, pokok itu namanya Ipoh. Sebelahnya pula ada tugu apa ntah, hehe. Seberang jalan pula nampak dewan dan mahkamah yang juga mempunyai seni bina klasik yang cantik. Waktu malam, tempat ni memang hidup, penuh dengan warna warni.


6. Gerbang Malam

Dibuka setiap malam, pasar ini merupakan port bagi penggemar bundle. Barang-barang lain pun ada dijual di sini. Teman tak nak cerita panjang, kome datanglah sendiri di sini. Ala, dekat tengah-tengah bandar, dekat area Ipoh Parade jugak la.


7. Dataran MBI Food Court


Ipoh memang terkenal kerana makanannya, lebih-lebih lagi kopi putihnya. Kalau kome mencari makanan yang best pada waktu malam, inilah tempatnya. Open air, pemandangan cantik dan pilihan makanan yang banyak. Lagipun, hanya gerai yang terbaik saja tau yang boleh buka gerai makan di kawasan ni.


8. Kinta Riverfront

Dianggap I-City Ipoh, Kinta Riverfront adalah kawasan pinggir Sungai Kinta yang dipenuhi dipenuhi dengan cahaya berwarna warni. Bezanya? Masuk di sini secara percuma, dan tiada bayaran untuk parkir. Antara aktiviti waktu malam yang seronok dibuat di sini adalah berbasikal dua dan tiga tempat duduk. Best!


9. Tokong Sam Poh Tong

Dikatakan tokong gua terbesar di Malaysia, tokong cina ini terletak di Gunung Rapat, area orang jual limau bali Tambun. Kawasan luaran dan dalamannya cantik. Kalau kuat, boleh mendaki lebih daripada 250 anak tangga untuk menuju ke puncak gua yang terbuka. Tempat ini open untuk semua agama ya. Sambil tengok, sambil bersyukur dengan agama yang kita anuti ini.


10. Taman Kebudayaan Qing Xin Ling

Taman yang terletak di Gunung Rapat ini akan membawa pengunjungnya ke zaman 60-an. Berlanskapkan bukit dan tasik, taman ini memang menenangkan. Hiasan dan deconya memang dibuat untuk kita seakan berada pada zaman 60-an. Banyak aktiviti yang boleh dibuat di sini, dan yang paling best rasanya jungle tracking kot. Hehe. Nak masuk, kena bayar RM4.

Banyak lagi sebenarnya tempat yang best di Ipoh ni. Antaranya taman-taman rekriasi yang banyak di sini seperti Taman Dr., Taman Polo dan Taman Gunung Lang. Ipoh pun best sebagai bandaraya yang tenang. Malah Ipoh tersenarai dalam top three bandar pilihan sebagai tempat pencen yang terbaik di dunia!

Anda tahu lagi tempat yang best yang ada di Ipoh? Kongsikan bersama kami di ruangan komen ya :)







Ulasan

  1. betul..ipoh banyak jugak tempat2 yang unik tp mcm kurang shout out tentangnya kan...

    BalasPadam
  2. oh yg no4 tak ponah ler keme pergi... bole yer masuk...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh masuk. Cantik tempatnya. Para pesakitnya dibiarkan bebas. Smbil tgk pemandangan, boleh tgk telatah mereka sambil brsyukur dgn ksihatan yg diberikan olehNya

      Padam
  3. Tasik Cermin, the hidden gems of ipoh. Serius cantik!

    BalasPadam
  4. Tempat makan yang best kat ipoh byk x?

    BalasPadam
  5. Nak promosi kat kawan dari luar negeri.

    BalasPadam
  6. 9 tahun saya duduk di Ipoh..terlalu byk tempat yg x pergi lg kecuali lost world jer dah pernah pergi. insyaAllah tahun ni cadang nak bawa ank2 g semua tempat2 menarik tu :-)

    BalasPadam
  7. Tempat menarik waktu malam di bulatan Meru.Aktiviti bersama keluarga dan rakan. Taman Herba juga menarik. Ramai yang berkelah sambil mengambil udara segar di tepi tasik.

    BalasPadam
  8. Dah dua minggu dok ipoh tak tahu nak pergi mana...nak bwk budak berjalan..

    BalasPadam
  9. muzium geology tu macam ramai je yg tak tahu termasuk aku. aku tinggal dah 6 tahun di Ipoh, tak pernah aku tahu ada muzium tu. pihak pengurusan muzium kurang promosi ke?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kereta rosak panggil pomen,
Sudah baca harap komen. XD

Catatan popular daripada blog ini

5 Masjid Paling Cantik di Perak