5 Persediaan Ringkas Menyambut Ramadhan bagi Yang Alpa
Ramadhan tiba....Ramadhan tiba....Ramadhan tiba....Marhaban yaaa Ramadhan...Marhaban yaaa.... (nyanyi sambil ketuk meja)
Tiba lah lagi bulan yang diberkati. Antara bulan2 yang besar dalam Islam. Penghulu segala bulan. Korang dah buat persediaan?
Ada banyak cara boleh dibuat. Di sini ku senaraikan 5 sahaja yang simple2 sebagai persiapan menghadapi Ramadhan al-Mubarak ini.
1. Buka Buku Fiqh
Ramadhan sebulan je dalam setahun. Bukan setiap hari kita berpuasa dan bertarawih. Jadi masa ini lah, terutamanya bagi diriku yang pemalas ini, masa yang terbaik untuk mula buat revision skit2 pasal hukum-hakam dan kaifiyat puasa, dan yang paling popular, buat revision tentang selawat antara rakaat terawih. Mana lah tau tiba2 kene tolak jadi bilal malam-malam esok. Ngeh ngeh ngeh
Niat puasa dah hafal?
2. Mohon Maaf
Yang ini penting. Ustaz pesan, nak mulakan ibadah, hati kene bersih, urusan dan hutang dengan orang lain pun mesti settle. Baru boleh beribadat dengan tenang dan fokus. Kalau ada kawan2 yang terasa hati dengan kita, minta lah kemaafan dari dorang. Masa ni jugalah waktu terbaik untuk kutip hutang....
3. Telefon Ibu Bapa di Kampung
Khusus untuk orang2 yang jauh dari rumah. Abang2 dan kakak2 yang kerja jauh nun di bandar. Geng2 pelajar sekolah berasrama penuh, termasuklah juga para mahasiswa/wi yang sibuk dengan musim peperiksaan sekarang ni. Isi kredit handphone dalam RM10.60. Luangkan masa untuk berborak seketika, 10 minit pon jadi lah, untuk lepas rindu, dan ambil berkat keredhaan. Dan kalau ada rezeki manalah tau, lepas tu mak ayah masuk duit lagi. Hehehe
4. Ingatkan Kerabat dan Sahabat tentang Ramadhan
Mudah je ni. Tambah2 pulak sekarang zaman berwhatsapp dan berfacebook. Copy paste pun sudah memadai. Yang penting nawaituuuuuuuuuuuuu........Nawaitu ni istilah Arab yang telah di'melayu'kan, kalau ikut tatabahasa salah ooooo....nawaitu ni kata kerja waktu lepas yang maksudnya "Aku Berniat"
Nak senang lagi? Tolong share post dari blog ni....hehehe
5. Memperbanyak zikir
Ayat 35, dalam surah Al-Ahzaab diterangkan bahawa ". orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar"
Malas nak tulis jawi.
Ulasan
Catat Ulasan
Kereta rosak panggil pomen,
Sudah baca harap komen. XD