Oleh : MuhammadNadzri Penulisan ini merupakan hasil tugasan bagi kuliah Sejarah Peradaban Islam semasa penulis mengambil Ijazah Syariah di Institut Agama Islam Negeri Sumatera Utara. Ditulis asal dalam Bahasa Indonesia. PENDAHULUAN Islam merupakan agama yang minoriti di Kemboja secara keseluruhan yang mengiktiraf agama Buddha sebagai agama rasmi, namun Islam merupakan mayoritas di daerah Cham. Terdapat kira-kira 150,000 hingga 200,000 penduduk Muslim di Kemboja pada lewat 1975. Pencerobohan yang dilakukan oleh rejim Khmer, sebuah pencerobohan oleh puak komunis yang sangat kejam telah mengurangi jumlah komunitas Muslim secara mendadak.