Cara Mudah Langsaikan Hutang PTPTN Melalui KWSP
Pengeluaran Akaun II KWSP Untuk Bayaran Balik Pinjaman PTPTN
Pengenalan
- Peminjam/ibu bapa peminjam (ahli akaun) boleh mengeluarkan Akaun II KWSP untuk membuat bayaran balik pinjaman PTPTN.
- Peminjam boleh memilih untuk membuat pengeluaran keseluruhan/sebahagian dari Akaun II KWSP untuk bayaran balik pinjaman.
- Mulai 1 April 2016, peminjam boleh membuat permohonan pengeluaran untuk bayaran balik pinjaman PTPTN secara atas talian (online) dengan menggunakan e-Pengeluaran.
Kelebihan Bayaran Balik Melalui Pengeluaran KWSP
- Boleh menggunakan Akaun II KWSP peminjam atau ibu bapa (tertakluk kepada syarat-syarat pengeluaran)
- Tiada had pengeluaran.
- Boleh membuat pengeluaran lebih daripada sekali selagi Akaun II masih berbaki.
- Tiada caj pemprosesan dikenakan
- Menikmati penjimatan kos upah/pentadbiran dan pemendekan tempoh bayaran balik
Syarat-Syarat Pengeluaran KWSP
- Pengeluaran daripada Akaun II peminjam:
- Perjanjian pinjaman pendidikan yang ditandatangani pada atau selepas 2 Januari 2001 (Peringkat Diploma dan ke atas sahaja).
- Pengeluaran daripada Akaun II ibu/bapa peminjam (ibu/bapa peminjam adalah ahli):
- Perjanjian pinjaman yang ditandatangani pada atau selepas 1 April 2000 (Peringkat Ijazah Sarjana Muda sahaja).
- Perjanjian pinjaman yang ditandatangani pada atau selepas 17 Januari 2006 (Peringkat Diploma sahaja).
Nota:
Semua peraturan dan polisi bagi tujuan pengeluaran KWSP untuk bayaran balik pinjaman PTPTN adalah tertakluk kepada pihak KWSP.
Semua peraturan dan polisi bagi tujuan pengeluaran KWSP untuk bayaran balik pinjaman PTPTN adalah tertakluk kepada pihak KWSP.
Kaedah Permohonan Pengeluaran
Secara Online ( e-Pengeluaran)
- e-Pengeluaran merupakan penghantaran permohonan pengeluaran secara online melalui Laman Web KWSP bagi ahli yang mempunyai i-Akaun.
- Langkah permohonan melalui e-Pengeluaran adalah seperti berikut:
Langkah 1:
Login ke i-Akaun ahli, klik Tab Pengeluaran, e-Pengeluaran dan klik Permohonan Baru untuk memulakan transaksi.
Login ke i-Akaun ahli, klik Tab Pengeluaran, e-Pengeluaran dan klik Permohonan Baru untuk memulakan transaksi.
Langkah 2:
Semak status permohonan melalui SMS atau Mesej Sekuriti Inbox di i-Akaun.
Semak status permohonan melalui SMS atau Mesej Sekuriti Inbox di i-Akaun.
Langkah 3:
Hadir di mana-mana cawangan KWSP bagi pengecaman Cap Ibu Jari (CIJ) bersama dokumen sokongan yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP. Tujuan pengecaman ini adalah bagi menentukan kesahihan identiti ahli sebagai pemohon dan menurunkan CIJ pada notis pengesahan sebagai bukti mengemukakan permohonan.

Ahli diberi tempoh selama empat belas (14) hari untuk hadir di kaunter KWSP dari tarikh Mesej Sekuriti yang di hantar ke inbox i-Akaun dan tarikh akhir untuk proses pengecaman Cap Ibu Jari (CIJ) juga dimaklumkan melalui SMS. Jika ahli tidak hadir dalam tempoh tersebut, permohonan akan dibatalkan secara automatik.

Tempoh Masa Bayaran
- KWSP akan memproses permohonan yang lengkap dalam tempoh tidak melebihi 15 hari bekerja dari tarikh ahli hadir ke Kaunter KWSP untuk pengecaman Cap Ibu Jari (CIJ) dan penyerahan dokumen sokongan.
Pendaftaran i-Akaun
- Untuk pendaftaran i-Akaun, dapatkan Kod Pengaktifan i-Akaun (6 digit) melalui :
- Pusat Panggilan KWSP di 03-8922 6000
- Kiosk KWSP
- Kaunter KWSP
- Aktifkan i-Akaun menggunakan Kod
- Pengaktifan i-Akaun (6 digit) melalui :
- Aktifkan i-Akaun menggunakan Kod Pengaktifan tersebut dalam tempoh 30 hari.
- Pusat Panggilan KWSP di 03-8922 6000
- Kiosk KWSP
- Kaunter KWSP
rujukan
Ulasan
Catat Ulasan
Kereta rosak panggil pomen,
Sudah baca harap komen. XD