5 Faktor Kemenangan Menakjubkan Khairul Idham Dalam Moto3


Nama Khairul Idham Pawi tiba2 menjadi sebutan selepas beliau menjadi rakyat Malaysia yang pertama memenangi perlumbaan moto3. Satu kemenangan di luar dugaan sehinggakan pihak penganjur sendiri terpaksa mencari lagu Negaraku di saat2 akhir sebelum Khairul naik atas podium!

Di sini, kami menulis 5 point yang menjadi kunci kemenangan anak muda dari Kg. Gajah yang baru berusia 17 tahun ini;

1. Tunggangan menakjubkan dengan menggunakan tayar kering sedangkan litar dalam keadaan basah. Semua pelumba menggunakan tayar kering kecuali pelumba Livio Loi (RW Racing GP BV). Jadi kesemua pelumba penunggang dengan berhati-hati kecuali Loi dan Khairul Idham! Sebab itulah di awal perlumbaan, hanya Loi dan Idham sahaja di hadapan, dan bila litar semakin kering, Idham terus jauh meninggalkan pelumba lain!

2. Tubuh kecil. Pernah tengok pelumba motosikal daripada orang kulit hitam? Lihatlah, juara-juara moto GP semuanya berbadan kurus macam Rossi. Idham sememangnya bertubuh kecil dan kurus, membolehkan kurang daya geseran dan pemanduannya semakin laju.

3. Islamik. Lihatlah sendiri ketika beliau naik podium. Idham mengelak daripada terkena air arak. Memang lari lintang pukang dia dibuatnya. Tindakannya memang membanggakan umat Islam. Tidak hairan kalau Allah membantunya dalam kemenangan ini.

4. Tiada tekanan. Baru berusia 17 tahun, dan ini merupakan perlumbaan moto3 yang ketiganya. Memang Idham berlumba tanpa tekanan. Ditambah seawal perlumbaan beliau sudah jauh di hadapan. Jadi tiada saingan dan serangan dari belakang yang mengganggu fokusnya.

5. Darah muda. Khairul Idham sudah diminta oleh pasukannya untuk memperlahankan pemanduannya sewaktu pusingan terakhir. Namun beliau semakin laju pula. Mungkin kerana masih muda, lagipun beliau tahu jika beliau menang, maka ia menjadi kemenangan pertama pemandu Malaysia dalam perlumbaan ini.


Moga Khairul Idham akan terus berjaya!  Selamanya Malaysia!

Jom tengok 7 masjid universiti tercantik di Malaysia! http://bestlahmalaysia.blogspot.my/2015/10/7-masjid-universiti-paling-cantik-di.html?m=1


=========
Rujukan
1. http://careta.my/?p=7231
2. http://www.astroawani.com/berita-sukan/penunggang-malaysia-khairul-idham-lakar-sejarah-juarai-moto3-gp-argentina-101004


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 Masjid Paling Cantik di Perak

5 Bilik Hotel yang Paling Mahal di Malaysia