Inilah 'Syurga' Tersembunyi di Sebalik Kampar!
Kalau sebut Kampar, mesti kita bayangkan bahawa ia hanyalah sebuah pekan kecil. Hm...tak la kecil sangat, sebab sekarang pun dah ada Tesco kan. Tapi majoritinya tetap menganggap "Kampar? Tak ada pape pun."
Kalau yang tak tau, memang akan cakap macam tu. Tapi jangan terkejut sebab di Kampar, ada 1 tempat yang super duper best! Ini serius punya cerita okey.
Nama tempat tu..jeng3
Heritage Villa Sahom Farm Retreat
Gempak kan? Memang pun..hoho
Ini sebenarnya adalah sebuah mini resort yang terletak di Cenderiang, area Kampar. Tempat percutian ini memang amat sesuai untuk seisi keluarga, lebih2 lagi kalau nak buat family day ke, ini memang terbaik.
Kawasannya luas dan terbahagi kepada beberapa villa. Harga pun berbeza2. Jangan bimbang, harganya per night tak la mahal sangat pun. Paling murah, RM300+ , untuk penginapan sampai 10 orang tau! Murah la kan.Yang penting, best dan berbaloi!
Antara yang boleh kita buat di sini adalah memancing, berbasikal, ber BBQ, kayak, hiking, masuk kebun buah, dan yang best...main kolam! hehe.
Nak tahu lebih lanjut lagi tentang harga dan pakej yang ditawarkan, boleh refer di home facebook mereka https://www.facebook.com/sahomvalley/
Nak Booking? Boleh booking di sini http://www.ibilik.my/short_term_rentals/151564/heritage-village-sahom-farm-retreat
Siapa kata Kampar ni membosankan?
Nak tahu lagi tempat percutian yang best di area Kampar? Moh ke sini http://bestlahmalaysia.blogspot.my/2015/10/felda-residence-hot-springs-tempat.html
Pusat percutian di Kampar, memang best :)
Ulasan
Catat Ulasan
Kereta rosak panggil pomen,
Sudah baca harap komen. XD