Dessert Paling Mudah di Dunia
dessert paling mudah
Zaman sekarang, orang terlalu sibuk hinggakan nak masak pun tak sempat. Setuju? Masa pun dihabiskan dengan makan di restoran, dan semestinya duit pun banyak yang dihabisi.
Jadi, dalam post kali ini, saya mahu kongsi cara pembuatan pencuci mulut @ dessert yang paling mudah di dunia. Serius! Kanak-kanak yang belum akil baligh pun boleh buat dessert ni dengan tutup mata sebelah je.
Bahan-bahannya:
- 1 sudu minyak zaitun (kalau tiada, minyak sayuran pun boleh)
- Sekeping roti (nak berkeping-keping pun takde masalah)
- Sebiji telur
- 3 sudu nutella
- Anggur tanpa biji
Mula-mula, simpan semua bahan-bahan tadi ke dalam almari kerana kita tidak memerlukan bahan2 ini. Saya saja letak untuk menambahkan rasa teruja di kalangan pembaca. Bahan yang kita perlukan hanyalah anggur tanpa biji.
Kemudian, anggur itu kita basuh dan letak di dalam peti ais semalaman. Keesokan harinya, anda bolehlah menikmati anggur tersebut yang kini telah menjadi sorbet.
Mudah bukan?
Time nak gigit sorbet ni memang rasa keras. Tapi ia mula berubah menjadi nikmat bila gigi kita sudah tiba ke daerah isi anggur. Memang nikmat!
dessert paling mudah
Jangan main-main. Resepi ini diajar sendiri oleh Jamie Oliver!Senang kan buat pencuci mulut ini?
Jom try buat dessert ini sekarang! Dan kongsikan bersama rakan2 anda yang cakap "aku tak reti masak". Kalau resepi ini pun dia cakap tak reti, percayalah bahawa rakan anda itu sebenarnya pemalas! Haha
kau ingat ini kelakar?
BalasPadam